Tarikan budaya Australia

Tarikan budaya Australia

Dari monumen kebangsaan hinggalah ke galeri butik dan pesta terbuka di luar, bandar raya Australia mempunyai budaya kreatif yang kaya dan sentiasa berkembang maju.  Hadiri persembahan menyeluruh di Sydney Opera House yang menjadi ikon dunia dan terokai khazanah negara di Canberra.  Bandingkan pameran ibarat epik dengan peragaan seni jalanan di Melbourne, bandar yang dihuni syarikat opera dan balet kebangsaan.  Hayati budaya Aborigine dan Eropah sepanjang North Terrace Adelaide dan menjamu mata melihat seni Aborigine atau raikan pesta luar bangunan di Darwin.  Terokai ruang kebudayaan Brisbane yang terbentang luas, dari Pusat Kebudayaan Queensland hinggalah ke Powerhouse, bangunan moden terkini.  Tinjau teater di panggung tertua Australia di Hobart dan bersiar-siar dari galeri dan muzium di Perth hinggalah ke jalur seni tepi pantai di Fremantle.

Tontoni terbitan teater, simfoni atau  balet di bangunan ikon Sydney Opera House, yang menyajikan santapan penglihatan pelabuhan yang berkelip-kelipan indah semasa waktu selingan.  Pastikan anda menonton persembahan di Sydney Theatre Company atau Bangarra Dance Theatre di Walsh Bay yang anggun, atau kunjungi panggung bebas di Surry Hills dan Kings Cross.  Jelajahi laluan budaya dari The Rocks ke Hyde Park, sambil berkunjung ke Muzium Seni Kontemporari, Galeri Seni New South Wales dan Muzium Australia.  Jamu mata di galeri seni dari galeri yang besar hinggalah ke galeri gaya butik di Paddington, Surry Hills dan Redfern, yang menempatkan ruang persembahan futuristik CarriageWorks.  Nikmati muzik jazz di Basement di Circular Quay, muzikal bertenaga di Lyric Theatre Pyrmont atau konsert di State Theatre yang mewah.  Pedalaman barat, Enmore dan Newtown menempatkan lokasi muzik live pinggiran kota.  Alami kemeriahan Sydney Festival pada bulan Januari, Pesta Penulis Sydney (Sydney Writers’ Festival)  pada bulan Mei dan Pesta Filem Sydney (Sydney Film Festival) menjelang Jun nanti.  

Jamu mata melihat koleksi seni Australia di  National Gallery di Victoria, hanya salah satu daripada sebilangan galeri yang terletak di ruang budaya mercu tanda Federation Square.  Kunjungi Pusat Seni Kontemporari Australia dekat Southbank. Di sini anda boleh juga menonton hasil penerbitan Melbourne Theatre Company atau Orkestra Simfoni Melbourne.   Terokai seni awam di Docklands serta mural, pemasangan dan galeri yang dikendalikan sendiri oleh karyawan di lorong-lorong bandar raya ini.   Tontoni persembahan Balet Australia atau Opera Australia yang dilakukan di pentas mereka sendiri di Pusat Seni di sini.  Berpakaian segak untuk menonton muzikal di daerah panggung yang mewah atau kabaret, drama atau muzik intim di lorong-lorong CBD.  Kunjungi Muzium City dan Muzium Melbourne, yang membuka peluang untuk anda menikmati budaya Aborigine Victoria.  Pelajari perkara baru semasa mengunjungi Koorie Heritage Trust atau semasa melalui Aboriginal Heritage Walk (Laluan Warisan Aborigine) merentas Royal Botanic Gardens (Taman Botani Diraja).  Melbourne menjadi tuan rumah bagi banyak acara kebudayaan termasuk Melbourne Comedy Festival (Pesta Komedi Melbourne) setiap April, International Jazz Festival (Pesta Jazz Antarabangsa) pada bulan Mei dan International Arts Festival (Pesta Seni Antarabangsa) menjelang September.

Biarkan masa terhenti di Gallery of Modern Art (Galeri Seni Moden), yang merupakan yang terbesar di Australia, dan lihat rangka dinosaur dari Queensland di Muzium Queensland.  Menjamu mata melihat kerja-kerja tokoh seni Australia di Queensland Art Gallery (Galeri Seni Queensland) serta tontoni ballet, opera atau orkestra di Queensland Performing Arts Centre (Pusat Seni Persembahan Queensland).  Kesemuanya terletak di bawah satu bumbung yang mempunyai reka bentuk seni bina unik di Queensland Cultural Centre (Pusat Kebudayaan Queensland) di South Bank.  Di New Farm, ruang yang dahulunya merupakan ruang perindustrian, kini bertukar wajah menjadi Brisbane Powerhouse dengan menjadi lokasi teater, komedi, tarian, seni, pasar dan restoran.  Tontoni muzik langsung di Fortitude Valley yang terletak bersebelahan atau nikmati teater bebas di West End.  Tontoni pemain orkestra di antara tiang-tiang Corinthian yang besar Customs House.  Nikmati segala-galanya dari kabaret hinggalah ke komedi di Treasury Building (Bangunan Perbendaharaan), yang dibina mengikut gaya palazo Itali, atau tontoni konsert di Brisbane City Hall (Dewan Bandar Raya Brisbane) yang bersejarah itu.  Hadiri Brisbane Writers Festival (Pesta Penulis Brisbane) pada bulan September dan Pesta Brisbane pada bulan Oktober.

Biarkan diri anda berasa kagum dengan koleksi artifak Aborigine terbesar di Muzium Australia Selatan dan koleksi seni kolonial yang lengkap di Art Gallery (Galeri Seni) South Australia.  Jika anda berjalan lebih jauh sepanjang North Terrace, kunjungi State Library (Perpustakaan Negeri), Parliament House (Bangunan Parliamen) dan Government House (Bangunan Kerajaan).  Lihat koleksi seni di Adelaide Festival Centre (Pusat Festival Adelaide), yang menempatkan State Opera (Opera Kebangsaan), State Theatre (Teater Kebangsaan), Australian Dance Theatre (Orkestra Simfoni Adelaide).  Lihat para pelukis dan pengarca menyiapkan kerja tangan mereka di West End atau ikuti laluan galeri dari jalan CBD yang anggun hinggalah ke pekan jirannya Kent Town dan Norwood.  Bersiar-siar di jalanan untuk menikmati teater, seni, muzik, tarian dan filem luar bangunan sepanjang sebulan Adelaide Fringe Festival (Pesta Pinggiran Adelaide) lewat Februari nanti.  Dengari muzik dari seluruh dunia di WOMADelaide, yang diadakan setiap dua hari bulan Mac di Botanic Park (Taman Botani) bandar ini.   Tontoni persembahan hebat di Adelaide Cabaret Festival (Pesta Kabaret Adelaide) pada bulan Jun atau rayakan budaya ‘queer’ atau ‘mak nyah’ dalam Feast Festival (Pesta Jamuan) pada bulan November.

Lihat seni Aborigini di Art Galleri (Galeri Seni) Western Australia serta seni visual dan persembahan di The Perth Institute of Contemporary Arts (Institut Seni Kontemporari Perth).  Terokai asal usul geologi negeri ini, sejarah Aborigine yang kaya dan petempatan golongan Eropah di Muzium Western Australia.  Kesemuanya terletak di bawah satu bumbung, iaitu di Perth Cultural Centre (Pusat Kebudayaan Perth) di Northbridge.  Beberapa blok dari sini, tontoni persembahan Balet, Opera atau Orkestra Simfoni Western Australia di satu-satunya teater Edwardian yang masih ada di sini.  Tontoni teater di Playhouse dan Perth Theatres atau nikmati nyanyian para penyanyi soul serta simfoni indah yang diperdengarkan di dalam ruang seni bina akustik unggul Perth Concert Hall.  Kunjungi Aboriginal Art Gallery (Galeri Seni Aborigine) di Kings Park sebelum mengunjungi muzium dan enklaf artistik Fremantle.  Bersiar-siar di antara Muzium Maritim Western Australia, Muzium Fremantle dan Pusat Seni neo-Gothic Fremantle.  Menjamu mata dengan seni Aborigine dan kontemporari di berbilang galeri yang beratur sepanjang High Street, di Mosman Park dan Cottesloe.  Setiap musim panas Perth International Arts festival (pesta Seni Antarabangsa Perth) dipenuhi program teater, muzik, tarian dan seni visual yang serba lengkap dan menyeluruh.

Anda pasti kagum melihat seni peneroka awal dan sepasang Tasmanian Devil di Muzium dan Galeri Seni Tasmania, yang berhampiran dengan bangunan warisan di kawasan pesisir pantai Sullivans Cove.  Kunjungi studio seniman dan tontoni seni persembahan di gudang warisan Salamanca Arts Centre (Pusat Seni Salamanca).  Tontoni Orkestra Simfoni Tasmania bermain di  Federation Concert Hall di Davey Street atau nikmati muzik jazz live di salah satu bar di Salamanca Place.  Tontoni balet, opera, drama dan muzikal antarabangsa atau mana tahu anda dapat mengimbasi makhluk halus yang dikatakan menghuni Theatre Royal, teater tertua di Australia.  Noel Coward pernah beraksi di sini dan Sir Laurence Olivier telah menggesa agar warga Tasmania mengekalkan bangunan ini.  Lihat seniman unggul Tasmania di Lady Franklin Gallery di Lenah Valley dan jangan lupa untuk mengamati mural berwarna-warni, turapan laluan jalan kaki yang bercorak dan tiang lampu berhias yang membarisi jalan-jalan raya di Hobart Utara.  Para pemuzik turun ke jalan-jalan raya Hobart untuk Hobart Summer Festival (Pesta Musim Panas Tasmania serta Taste of Tasmania Festival (Pesta Cita Rasa Tasmania) yang berlangsung sepanjang seminggu, menjelang tahun baru. 

Ketahui mengenai kelahiran sistem politik Australia di Old Parliament House (Bangunan Parlimen Lama), kemudian tonton para ahli politik berdebat mengenai isu semasa dari galeri awam di Parliament House (Bangunan Parlimen) yang baru.  Lihat koleksi negara seni Australia terunggul di National Gallery of Australia (Galeri Kebangsaan Australia) serta warga Australia yang ternama diabadikan di atas kanvas di National Portrait Gallery (Galeri Potret Kebangsaan).  Kunjungi National Museum (Muzium Negara) Australia, War Memorial (Tugu Peringatan Perang dan National Capital Exhibition (Pameran Ibu Negara).  Mentelaah dokumen sejarah di National Library (Perpustakaan Negara) Australia atau perlembagaan Australia yang pertama di National Archives (Arkib Negara) yang berhampiran.  Manjamu mata dengan seni dan kraf di Muzium dan Galeri Canberra atau nikmati seni visual dan persembahan di Galeri ANCA.  Tontoni persembahan opera, balet, teater atau muzikal di Canberra Theatre Centre (Pusat Teater Canberra) di Civic.  Tontoni hasil usaha seniman tempatan di  Street Theatre (Teater Jalanan) atau pilih muzikal klasik di School of Music (Fakulti Muzik) di Australian National University.  Jangan ketinggalan untuk ke Canberra International Music Festival (Pesta Muzik Antarabangsa Canberra) pada bulan Mei.  Pandu melalui Poachers Trail (Laluan Penceroboh) ke galeri, studio dan bengkel kraf yang menaburi kawasan luar bandar Canberra.

Jelajahi warisan Aborigini yang kaya dan hayati semula tragedi Siklon Tracy yang melanda pada tahun 1974 di Muzium dan Galeri Seni Wilayah Utara.  Lihat seni dan kraf tradisional dan kontemporari Aborigini di pelbagai galeri yang membarisi Mitchell St. yang dihiasi pepohon palma. Tontoni futej serangan udara Perang Dunia Kedua yang dilancarkan ke atas Darwin di Muzium Pertahanan East Point dan kunjungi kotej-kotej unik di Presint Bersejarah.  Iklim tropika Darwin bererti kebanyakan acara kebudayaan dilakukan di luar bangunan.   Tontoni wayang rumah seni berbumbungkan bintang yang bertaburan di Deckchair Cinema, dari April hingga November.  Nikmati kugiran popular masa kini di Bass in the Grass di Darwin Amphitheatre menjelang akhir bulan Mei.   Jangan ketinggalan merayakan Darwin Festival (Pesta Darwin) pada bulan Ogos – 18 hari yang dipenuhi muzik, tarian, teater, komedi, kabaret, filem dan seni visual di George Brown Botanic Gardens (Taman Botanikal George Brown).  Dalam bulan yang sama Darwin Fringe Festival (Pesta Pinggiran Darwin) dirayakan bandar ini selama dua minggu, dipenuhi seminar, pertunjukan udara, filem Aborigini, piala puisi, jam muzik jalanan, burlesk dan pameran seni.

Tarikan budaya Australia

Idea Australia selanjutnya