Tarikan warisan Australia

Tarikan warisan Australia

Hayati sejarah Australia, dari tradisi Aborigine tua, hinggalah ke era banduan dan penjajah.  Ketahui mengenai pemilik tradisi Sydney dan lihat permulaan koloni di tapak sejarah yang mengunjur dari pelabuhan hinggalah ke Parramatta.  Intai seni bina ledakan emas Melbourne yang mewah dan nikmati sajian, wain dan beli belah di bangunan yang tersenarai sebagai warisan di Brisbane.  Amati seni Aborigine dan kolonial di Adelaide, berhampiran perkampungan Jerman Hahndorf.  Jejaki keturunan Aborigini Kings Park di Perth dan berjalan bersama-sama roh para banduan, pemburu ikan paus dan pelaut zaman lampau di Hobart.  Baca perlembagaan Australia pertama di Canberra dan pelajari mengenai sejarah Perang Dunia Kedua Darwin yang amat dramatik.

Old Government House, Parramatta, NSW
Old Government House, Parramatta, NSW

Sydney, New South Wales

Ikuti laluan warisan melalui Macquarie St hingga ke Circular Quay.  Intai pameran sejarah sosial di Hyde Park Barracks, kubu yang diperbuat daripada batu pasir, lawati Justice and Police Museum (Muzium Keadilan dan Polis) dan makan malam di pelabuhan di bangunan era Victoria, Customs House.   Naik feri ke Fort Denison, sebuah pulau pelabuhan kecil tempat banduan jenayah ringan pernah dipenjara suatu masa dulu.  Terokai rumah agam di Elizabeth Bay dan Rumah Vaucluse atau tontoni persembahan di State Theatre yang tersergam indah.  Kunjungi Old Government House, bangunan awam tertua di Australia yang terletak di Parramatta.  Lihat Sydney menurut sudut pandangan Aborigini apabila anda menaiki kapal persiaran mengelilingi Sydney Harbour atau Cronulla atau kunjungi Royal Botanic Gardens or Rocks sebagai seorang Aborigini. 

Flinders Street Station, Melbourne, VIC
Flinders Street Station, Melbourne, VIC

Melbourne, Victoria

Bersiar-siar di Bangunan Royal Exhibition di Carlton yang disenaraikan sebagai Warisan Dunia. Ia dibina pada tahun 1880 dan merupakan tapak Parliamen Komonwel.  Kunjungi Old Melbourne Gaol (Penjara Melbourne Lama) di tengah–tengah pusat bandar, tempat penjenayah ranger bush Ned Kelly telah digantung, dan bersiar-siar melalui Stesen Flinders Street.  Kunjungi Cooks Cottage (Kotej Cook) – rumah tempat Captain Cook tinggal semasa zaman kanak-kanaknya yang dibina semula secara teliti – di Melbourne Timur.  Berkelah di taman Como Historic House (Rumah Sejarah Como), yang dibina pada tahun1847.  Beri penghormatan kepada penduduk Victoria yang tumbang dalam Perang Dunia Pertama di Shrine of Rememberance  Berjalan melalui Golden Mile Heritage Trail (Laluan Warisan Era Emas) dari Federation Square melalui tinggalan ledakan emas Victoria.  Pelajari mengenai budaya Aborigine Victoria di Koorie Heritage Trust atau semasa melalui Aboriginal Heritage Walk (Laluan Warisan Aborigine) merentas Royal Botanic Gardens (Taman Botani Diraja).

Customs House, Brisbane, QLD
Customs House, Brisbane, QLD

Brisbane, Queensland

Hubungi sejarah Aborigine yang begitu panjang dengan menonton persembahan penari Yuggera di hutan belukar Kangaroo Point.  Terokai mercu tanda, bangunan yang tersenarai sebagai warisan, iaitu Brisbane City Hall (Dewan Bandar Raya Brisbane), yang turut menempatkan City Hall Art Gallery (Galeri Seni Dewan Bandar Raya, Menara Jam, King George Square dan Brisbane Administration Centre (Pusat Pentadbiran Brisbane).  Dibina pada tahun 1920an, susun atur dalaman Inggeris neoklasiknya merangkumi tangga marmar yang tersergam, siling kekubah, candelier dan lantai berjubin mozek.  Beli belah di Arked Brisbane yang tersenarai sebagai warisan dan kunjungi Old Government House (Bangunan Kerajaan Lama), tempat tinggal asal bagi Gabenor Queensland zaman dahulu.  Tontoni orkestra bermain di antara tiang-tiang agam  Corinthian di Customs House dan pastikan anda melihat persembahan di Treasury Building (Bangunan Perbendaharaan), yang dibina mengikut gaya palazo Itali.

Australia di Galeri Seni Austraila Selatan, SA
Australia di Galeri Seni Austraila Selatan, SA

Adelaide, Australia Selatan

Lihat artifak Aborigine di Muzeum Australia Selatan dan seni kolonial Australia di Galeri Seni Austraila Selatan, kedua-duanya terletak di North Terrace.  Melancong secara terbimbing melalui rumah agam Muzium Ayers House dan jelajahi Carrick Hill, sebuah rumah 1930an yang dibina mengikut gaya manor Inggeris abad ke-17.  Hidupkan semula kehidupan tentera pada tahun 1880an di Fort Glanville dan kehidupan gabenor negeri awal di Old Government House (Bangunan Kerajaan Lama) di Belair National Park (Taman Negara Belair).   Tinjau gereja, kotej dan rumah agam kolonial di Adelaide Utara dan gudang, dermaga dan muzium di Pelabuhan Adelaide, di tengah-tengah bandar raya maritim ini.  Ketika berada di Adelaide Hills, rebut peluang untuk mengunjungi pekan Jerman 1830an Hahndorf dan pekan gaya Inggeris di Mt Torrens.

The Roundhouse, Fremantle, WA
The Roundhouse, Fremantle, WA

Perth, Australia Barat

Terokai sejarah geologi negeri, sejarah  Aborigine yang kaya dan petempatan Eropah di Muzium Australia Barat di Northbridge.  Lawati Old Mill (Kilang Lama), yang dibina pada tahun 1835 untuk mengisar tepung, dan  Old Perth Boys School (Sekolah Lelaki Perth Lama), yang dibina pada 1854 daripada batu pasir yang diangkut oleh para banduan dari Swan River.  Kunjungi Perth Mint (Kilang Syiling Perth), salah satu kilang syiling tertua di dunia, di Perth Timur.  Lakukan lawatan Aborigine melalui Kings Park, tempat ular mitos Wagyl dikatakan telah masuk ke bawah tanah sebelum muncul kembali di kaki Gunung Eliza untuk membentuk Swan River.  Hayati sejarah Fremantle di Roundhouse, sebuah penjara negeri terawal, serta Penjara Fremantle dan Muzium Maritim Australia Barat.

Battery Point, Hobart, TAS
Battery Point, Hobart, TAS

Hobart, Tasmania

Merayau-rayau melalui gudang 1830an di Salamanca Place, lapangan batu buntar di kawasan dermaga Hobart.   Tenung dan berasa kagum dengan seni peneroka awal dan sepasang  Tasmanian Devil di Muzium dan Galeri Seni Tasmania, yang berhampiran dengan bangunan warisan di kawasan pesisir pantai Sullivans Cove.  Intai makhluk halus yang dikatakan menghuni Theatre Royal, teater tertua di Australia.  Naiki Kelly's Steps (Tangga Kelly), yang dibina oleh pengembara legenda James Kelly pada tahun 1839, dan lakukan kunjungan mencari hantu di Battery Point, sub bandar tertua di Hobart.  Anda juga akan mendapati bangunan tua yang indah-indah belaka seperti Kotej Arthur Circus, Gereja Anglican St. George dan Muzium Warisan Narryna.  Berjalan menyeberangi jambatan tertua Australia dan berdiri dalam sel penjara tertua berhampiran Richmond.

Tugu Peringatan Australia, Canberra, ACT
Tugu Peringatan Australia, Canberra, ACT

Canberra, Wilayah Ibu Negara Australia

Merayau melalui lebuh yang menjadi tempat istiadat, Anzac Parade dan imbas kembali kisah perang Australia dan kawalan keamanan di Australian War Memorial (Tugu Peringatan Australia).  Kunjungi Museum of Australian Democracy (Muzium Demokrasi Australia) di Old Parliament House (Bangunan Parlimen Lama).  Bersiar-siar di taman Lanyon Homestead yang terbentang luas dan merayau-rayau dalam Blundells’ Cottage, yang dibina pada tahun 1860an yang kini menjadi muzium amali.  Lakukan kunjungan terbimbing melalui kotej pekerja di Mugga Mugga, atau sekolah yang pertama di Canberra,  St John’s Schoolhouse Museum (Muzium Bangunan Sekolah St John).  Mentelaah dokumen sejarah di National Library (Perpustakaan Negara) Australia atau perlembagaan Australia yang pertama di National Archives (Arkib Negara) yang berhampiran.  Tinjau seni batu Aborigine di Namadgi National Park (Taman Negara Namadgi) dan Tidbinbilla Nature Reserve (Hutan Simpan Tidbinbilla) yang berhampiran.

Darwin, NT
Darwin, NT

Darwin, Wilayah Utara

Lakukan kunjungan di Government House dan lawati Presint Bersejarah Myilly Point, yang menempatkan empat kotej yang menjadi contoh utama seni bina Pra Perang Dunia Kedua bandar raya ini.  Ketahui mengenai warisan Aborigine Darwin yang kaya dan hidupkan semula tragedi Siklon Tracy yang melanda pada tahun 1974 di Muzium dan Galeri Seni Wilayah Utara.  Semasa di Smith St, kunjungi Katedral Christchurch dan Browns Mart, yang dibina pada tahun 1885, yang berjaya disenaraikan sebagai bangunan warisan.  Tontoni futej serangan udara Perang Dunia Kedua yang dilancarkan ke atas Darwin di Muzium Pertahanan East Point dan tinjau kubu pertahanan senjata di Charles Darwin National Park.  Berjalan ke terowong minyak Perang Dunia Kedua sekitar Presint Dermaga dan menyelam untuk menerokai bangkai kapal perang di Darwin Harbour.  Imbas kembali tradisi budaya Aborigine yang masih hidup setelah sekian lama di bandar raya ini di galeri seni sepanjang Mitchell St.

Tarikan warisan Australia

Idea Australia selanjutnya