Rakyat Australia terkenal

Rakyat Australia terkenal

Kenali lebih mendalam tentang rakyat Australia terkenal, yang pencapaian mereka disebar luasmerentasi pelbagai bidang seperti filem, sukan, muzik, kesenian, sains, sastera, politik, penciptaan dan penerokaan. Berikut ialah gambaran menyeluruh tentang rakyat Australia yang tinggi pencapaiannya dan terkenal, daripada ‘The Don” dalam kriket Australia, Sir Don Bradman, ke pelukis Orang Asli, Queenie McKenzie. Kenali sebahagian daripada pelakon Australia yang berjaya menembusi pentas dunia, penulis buku kami yang disanjungi dan saintis Australia yang memenangi hadiah Nobel. Ingat, ini hanyalah pengenalan, dan bukannya senarai penuh rakyat Australia yang terkenal.

Pelakon Australia terkenal

Beberapa pelakon Australia telah berjaya di peringkat antarabangsa, termasuk pemenang Anugerah Akademi, Geoffrey Rush, pelakon filem Shine dan The King’s Speech. Russell Crowe, Nicole Kidman dan Cate Blanchett juga turut memenangi anugerah Pelakon Terbaik. Pelakon utama filem aksi, Hugh Jackman juga merupakan penyanyi dan penari hebat, siap dengan Anugerah Tony. Pelakon Australia lain yang terkenal termasuk Naomi Watts, yang terkenal melalui lakonannya dalam filem Mulholland Drive, dan Heath Ledger, yang memenagi Anugerah Oscar posthumus untuk persembahannya dalam filem The Dark Knight. Pelakon Australia yang terkenal di peringkat antarabangsa termasuk Guy Pearce, Eric Bana, Tony Collette, Rachel Griffiths dan Paul Hogan. Errol Flynn pula terkenal dengan watak lakonan romantik pada zaman 1930-an dan 1940-an. .

Bintang sukan Australia terkenal

Sukan merupakan sebahagian besar daripada kebudayaan Australia dan negara ini telah melahirkan ramai tokoh sukan. Wira kriket kami termasuk Sir Donald Bradman, Ritchie Benaud, Allan Border, adik beradik Waugh, Shane Warne dan Glen McGrath. Perenang terkenal Australia termasuk Dawn Fraser, Shane Gould, Kieren Perkins dan Ian Thorpe. Pelari kami yang paling dikenali ialah Cathy Freeman. Beliau telah menyalakan api obor Olimpik dan memenangi pingat emas dalam acara 400m di Sydney Olympics 2000. Pelari lain yang dikenali termasuk Betty Cuthbert, Herb Elliot dan John Landy, yang terkenal dengan semangat kesukanan yang ditunjukkan di Melbourne Olympics 1956. Bintang tennis Australia termasuk Rod Laver, Ken Rosewall, John Newcombe, Pat Cash, Pat Rafter, Lleyton Hewitt, Margaret Court dan Evonne Goolagong Cawley.
 

Penyanyi dan penulis lagu Australia yang terkenal

Terdapat penyanyi terkenal dari Australia dalam setiap kategori muzik. Penyanyi opera terhebat kami ialah Dame Nellie Melba dan Dame Joan Sutherland. Bintang muzik lagu country Australia termasuklah Smoky Dawson dan Slim Dusty, dan yang terkini John Williamson, James Blundell, Kasey Chambers dan Keith Urban. Puteri pop Kylie menggegarkan carta antarabangsa setelah begitu lama selepas kemasyhuran bintang Grease, Olivia Newton John dan John Farnham yang ikonik. Jimmy Barnes, Peter Garret, Michael Hutchence dan Daniel Johns terkenal sebagai penyanyi utama kumpulan rock. Penyanyi Orang Asli terkenal termasuk Jimmy Little, Christine Anu, Archie Roach, Ruby Hunter dan Geoffrey Gurrumul. Rolf Harris telah menulis banyak lagu ikonik Australia sementara penulis lagu dan penghibur, Peter Allen telah diabadikan dalam muzikal pentas.

Pelukis Australia terkenal

Pelukis terkenal Austalia termasuk pelukis avant-garde, mendiang Brett Whitely, pelukis landskap John Olson dan jurufoto Bill Henson dan Tracey Moffat. Ken Done juga mendapat kemasyhuran di seluruh dunia dengan lukisan dan rekaannya yang berwarna-warni. Pelukis Orang Asli terkenal pada abad yang lalu termasuk Albert Namatjira, David Malangi, Rover Thomas, Queenie McKenzie dan Emily Kngwarreye. Pelukis cat Florence Rodway, Grace Cossington Smith dan Margaret Preston merupakan perintis gerakan pemodenan, sementara pelukis cat Norman Lindsay menimbulkan kontrovesi dengan hasil bogelnya. Pelukis Australia terkenal yang lain termasuk pelukis cat Pro Hart, jurugambar moden Max Dupain, pelukis cat Heidelberg seperti Tom Roberts dan Arthur Streeton dan pelukis surrealis Sidney Nolan, Arthur Boyd dan Albert Tucker.

Penulis Australia terkenal

Penulis Australia terkenal termasuk BryceCourtenay, novelis terunggul kami dan Colleen McCullough. Patrick White memenangi Hadiah Nobel pada tahun 1973 untuk sastera dan hadiah Man Booker telah dianugerahkan kepada Thomas Keneally, Peter Carey (dua kali) dan DBC Pierre. Penulis kontemporari lain yang turut mendapat sanjungan termasuk David Malouf, Tim Winton, Kate Grenville, Helen Garner, Christopher Koch, penulis drama David Williamson dan Geraldine Brooks, yang memenangi Hadiah Pulitzer 2006 untuk Fiksyen. Penulis ekspatriat yang disegani termasuk Clive James, Robert Hughes, Geoffrey Robertson dan penulis feminisme Germaine Greer. Nama-nama penting dalam sejarah kesusasteraan Australia termasuk penyair ‘bush’ Henry Lawson dan Banjo Paterson dan novelis Henry Handel Richardson, Miles Franklin, Christina Stead dan Marcus Clarke

Ahli Politik Australia terkenal

Sir Henry Parkes merupakan penyokong terawal untuk kerajaan persekutuan. Edmund Barton merupakan Perdana Menteri Australia yang pertama, diikuti oleh Alfred Deakin yang mengetuai tiga kerajaan. Billy Hughes, Perdana Menteri Australia yang ketujuh, menukar parti sebanyak lima kali sepanjang 51 tahun kerjaya parlimennya. Robert Menzies merupakan Perdana Menteri kedua belas dan yang paling lama berkhidmat serta merupakan pengasas Parti Liberal Australia. Perdana Menteri parti Labor yang awal termasuk John Curtin yang mengetuai Australia semasa Perang Dunia ke-2 dan Ben Chifley yang menubuhkan kerakyatan Australia. Gough Whitlam diingati kerana reformasi progresifnya dan penyingkiran yang penuh drama. Perdana Menteri Australia terkini termasuk Malcolm Fraser, Bob Hawke, Paul Keating, John Howard, Kevin Rudd dan Julia Gillard.

Saintis Australia yang terkenal

Ahli Farmakologi dan Patologi Howard Florey borkongsi Hadiah Nobel pada tahun 1945 untuk usahanya mengekstrak penisilin. Saintis Australia lain yang merupakan pemenang hadiah Nobel termasuk William Bragg, John Warcup Cornforth, John Eccles, Bernard Katz, Peter Doherty dan Elizabeth Blackburn. Ahli geologi Dorothy Hill merupakan professor wanita yang pertama di universiti Australia. Saintis Australia lain yang terkenal termasuk perintis imunologi dan virologi, Frank Macfarlane Burnet, pakar magnetisme Robert Street, ahli kimia berasaskan teori David Craig dan pakar perubahan iklim Tim Flannery. Brian Anderson, Richard Stanton dan Patricia Woolley juga telah memberi sumbangan besar dalam bidang masing-masing yang berbeza.

Pereka Australia dan rekaan Australia terkenal

Orang Asli Australia mencipta boomerang yang aerodinamik dan sejenis pembaling lembing yang dipanggil woomera. Pereka Australia terkenal termasuk Alfred Traeger, yang membuat sebuah radio untuk Perkhidmatan Doktor Terbang Diraja pada tahun 1929, dan David Ronald de Mey Warren, yang mencipta perakam data penerbangan dan perakam suara kokpit. Professor Ian Frazer 2006, pemenang anugerah Australian of the Year, mencipta vaksin untuk mengelakkan kanser serviks. Rekaan Australia terkenal yang lain termasuk pad nota (1902), kekili penyelamat peluncur (1906), aspirin (1915), perentak (1926), penisilin (1940), penyidai pakaian Hills Hoist (1946), picagari pakai buang plastik (1949), tong wain (1965), telinga bionik (1978), penyimbah tandas dwi simbah (1980), teknologi anti-pemalsuan bagi wang kertas (1992) dan kanta lekap jangka panjang (1999).

Pengembara Australia terkenal

Setelah pendaratan Kapten Cook pada tahun 1770, dan ketibaan First Fleet pada tahun 1788, beberapa pengembara awal bertekad keluar untuk menerokai Australia. Mereka termasuk pasangan Bass and Flinders yang melayar di Tasmania, Burke dan Wills yang menemui maut dan Hume dan Hovel yang berjalan kaki dari Sydney ke pinggir pantai Victoria. Ernest Giles mengembara melalui gurun barat Australia yang tandus dengan menunggang unta dan George Evans menemui rantau Lachlan River Valley di pusat New South Wales. Pengembara Australia terkenal yang lain termasuk Thomas Mitchell dan John Oxley. Pada abad ke-20, Sir Douglas Mawson mengetuai siri ekspedisi saintifik penting ke Antartika.

Warga Australia lain yang terkenal

Warga Australia lain yang terkenal termasuk pakar bedah jantung Victor Chang, perintis injap jantung tiruan dan pakar oftalmologi Fred Hollows yang menolong mengembalikan penglihatan kepada lebih sejuta manusia seluruh dunia. Ahli Perniagaan Austalia terkenal termasuk mogul media Rupert Murdoch dan mendiang Robert Holmes a Court, Kerry Packer dan Richard Pratt. Pengarah filem Australia terkenal termasuk Bruce Beresford, Baz Lurhmann, Jocelyn Moorhouse, Phillip Noyce, Fred Schepsi dan Peter Weir. Jurutera Australia terkenal termasuk John Bradfield dan Sir John Monash. Ben Hall dan wira tempatan Ned Kelly merupakan renjer hutan Australia yang terkenal. Warga Australia terkenal yang lain termasuk Charles Kingsford-Smith, penghibur Barry Humphries dan pengislah social Eddie Mabo.

Idea Australia selanjutnya