Manuka Oval, Canberra

Manuka Oval, Canberra, ACT.

Manuka Oval, Canberra

Manuka Oval di Canberra yang terletak di pinggir bandar bernama Griffith bersebelahan dengan kawasan perniagaan Manuka; ialah arena ulung bagi acara kriket dan ragbi Australian Rules Football (AFL) di Australian Capital Territory.

Manuka Oval mempunyai sejarah yang kaya dan pelbagai, bermula semenjak tahun 1920-an, apabila Manuka Circle Park hanya merupakan sebuah padang terbuka. Ia memainkan peranan penting dalam kehidupan bandar Canberra pada tahun-tahun awalnya. Sejarahnya dipenuhi dengan pelbagai acara termasuk perlawanan tenis, ujian anjing gembala, karnival olahraga dan perayaan ketenteraan. Kawasan Manuka Oval mengekalkan kebanyakan penanaman pepohonan asal dari waktu itu dari jenis sipres, poplar, oak dan elm. Pepohonan yang kini telah besar dan matang mengelilingi lapangan sukan ini dengan memberikan pemandangan yang menarik dan unik.

Perlawanan kriket yang pertama telah dimainkan di sini pada tahun 1930. Bradman Pavilion, granstan utama di Manuka Oval telah dibina pada awal tahun 1960-an untuk memperingati pemain kriket legenda Australia, Sir Donald Bradman, yang bermain di Oval. Pada awal tahun 1980-an, papan mata asal dari Melbourne Cricket Ground telah dipasang di Manuka Oval selepas MCG memasang papan mata elektronik yang pertama di Australia.

Kedua-dua granstan yang dinamakan sempena dua orang Perdana Menteri, Sir Robert Menzies dan Bob Hawke. Mereka telah memulakan tradisi membawa pasukan kriket antarabangsa ke Canberra untuk melawan pasukan Prime Minister’s XI. Pada hari ini, perlawanan tahunan kriket Prime Minister’s XI merupakan antara acara penting dalam kalendar stadium ini, dengan seramai 13,550 orang yang datang dan melebihi keupayaan stadium ini.

Lapangan ini pertama kali menjadi tuan rumah kepada perlawanan One Day International antara Afrika Selatan dan Zimbabwe sebagai sebahagian daripada Cricket World Cup tahun 1992.

Manuka Oval juga menjadi tuan rumah kepada permainan AFL dalam musim sejuk dan merupakan tempat asal kelab ragbi Greater Western Sydney Giants. Tempat ini kini dipanggil StarTrack Oval semasa musim ragbi AFL di bawah perjanjian penajaan hak penamaan.

Pemasangan menara lampu baru-baru ini kini membolehkan Manuka Oval menjadi tuan rumah kepada perlawanan serta acara kriket dan ragbi di waktu malam. Skrin video gergasi yang kekal dan tempat duduk tambahan juga telah dipasang apabila stadium ini dinaik taraf tidak lama dahulu.

Dari Manuka Oval, hanya menara St Christopher's Cathedral dan Red Hill yang boleh dilihat di luar lapangan ini. Di tapak stadium ini, kotej kurator asal dua tingkat dan taman Lord's Taverners juga merupakan tanda tempat yang bersejarah.

Jangan lepaskan peluang untuk bangunan Parliament House Australia yang hanya 10 minit perjalanan dari stadium. Lawatan ini adalah percuma dan diadakan beberapa kali sehari, tujuh hari seminggu. Tempat adalah terhad dan ia diuntukkan berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Pelbagai tarikan lain di Canberra termasuk muzium dan galeri nasional. Terdapat taman serta ruang terbuka yang indah dan mengagumkan untuk mengembalikan kita kepada alam semula jadi di sekeliling Lake Burley Griffin. Terdapat juga sebilangan laluan basikal di sekeliling bandar yang menuju ke Manuka Oval.

Manuka Oval terletak di Manuka Circle dan dengan mudah boleh dicapai dengan bas atau teksi dari pusat bandar Canberra. Jalan-jalan di Canberra yang teratur juga memudahkan anda memandu sendiri jika anda memilih untuk menyewa kereta.

Idea Lebih Lanjut mengenai Australia