WACA, Perth

WACA, Perth, WA.

WACA, Perth

WACA, yang agak terlindung di pinggir bandar East Perth, telah menjadi kampung halaman sukan kriket di Australia Barat semenjak awal tahun 1890-an. WACA merupakan parap pemilik dan pengendalinya, Western Australian Cricket Association. Sepanjang sejarahnya, tempat ini telah digunakan untuk pelbagai sukan lain, termasuk karnival olahraga, Australian Rules Football, besbol, bola sepak, Rugby League, Rugby Union dan International Rules Football di samping konsert muzik rock yang besar.

WACA Ground dibuka secara rasminya pada tahun 1893 dengan perlawanan pertama yang diadakan pada tahun 1894. Pada tahun 1907, pasukan England XI melawan Western Australia buat kali pertama di lapangan ini.

Sir Donald Bradman bermain di lapangan ini buat pertama kali pada tahun 1932, yang menarik kedatangan lebih daripada 20,000 peminat. Papan skor ikonik WACA yang mula digunakan pada tahun 1954 masih lagi berfungsi. 'Test’ Stand dibina untuk meraikan perlawanan Kriket Test yang pertama antara Australia dan England, yang dimainkan di WACA pada tahun 1970. Rolling Stones membuat persembahan di WACA sewaktu membuat lawatan Pacific Tour 1973. Test Stand kemudiannya dinamakan semula kepada Inverarity Stand sempena pemain kriket negeri Australia Barat, Australia Selatan dan negara Australia iaitu John Inverarity. Prindiville Stand dibuka untuk memperingati ulang tahun WACA yang ke-100 pada tahun 1985. Menara lampu dipasang pada tahun berikutnya untuk membolehkan sukan waktu malam seperti perlawanan kriket dari siang ke malam untuk dimainkan di lapangan ini. Lillee-Marsh Stand telah dibina pada tahun 1988 iaitu ulang tahun Australia yang ke-200, untuk memperingati dua orang pemain terbaik kriket Australia.

Dengan keupayaan untuk menampung 24,500 orang, seramai 28,000 peminat memenuhi stadium ini untuk menyaksikan perlawanan kriket One Day International antara Australia dan Afrika Selatan pada tahun 1994. Khalayak paling ramai di WACA seramai 34,317 orang telah hadir untuk menyaksikan AFL Preliminary Final antara pasukan West Coast Eagles dan Melbourne Football Club pada tahun 1994. Guinness World Record bagi balingan bola keranjang tertinggi di dunia telah dilontarkan dari salah satu antara empat menara lampu di WACA.

Kawasan membaling bola di WACA dianggap sebagai salah satu yang paling pantas dan melantun di dunia. Ciri-ciri ini, bergabung dengan angin sepoi tengah hari yang dipanggil The Fremantle Doctor, telah menjadikan lapangan ini tempat yang menarik bagi pembaling laju dan ayun. Sehingga bulan Disember 2012, empat daripada tujuh mata ratusan Test terpantas telah dicapai di WACA.

WACA Museum yang terletak di WACA, menampilkan bahan pameran dan memorabilia mengenai kriket Australia Barat. Lawatan berpandu ke muzium ini tersedia pada hari-hari bekerja.

WACA dikelilingi oleh Queens Park dan Gloucester Park yang bersejarah, tempat perlumbaan kuda ligas. Taman Queens Gardens yang bermula pada tahun 1899, merupakan tempat yang sesuai untuk berkelah atau bersiar-siar. Luangkan sedikit masa untuk membeli-belah dan menikmati tempat-tempat tarikan yang hebat, galeri dan muzium di bandar ini atau pilih antara pelbagai restoran di tepi sungai untuk menikmati makan tengah hari yang lazat menggunakan hasil tani setempat.

Bas CAT percuma beroperasi dari Perth ke WACA Ground dari pelbagai perhentian di sekeliling bandar. Pintu masuk terletak di Hale Street, berhampiran dengan selekoh Nelson Crescent.

Idea Lebih Lanjut mengenai Australia