Dingo Australia

Fraser Island, Queensland

Dingo Australia

Dingo Australia

Dingo ialah anjing liar Australia walaupun haiwan ini bukan haiwan asli benua ini. Dingo bersaiz sederhana dan berkepala lebar, hidungnya muncung, telinganya tercacak, ekornya lebat dan bulu badannya berwarna merah hingga kuning. Hidungnya lebih panjang, giginya lebih panjang dan tengkoraknya lebih leper berbanding dengan anjing domestik yang sama saiznya. Dingo ialah haiwan karnivor dan biasanya memakan kanggaru, walabi, lembu, wombat dan possum. Dingo ialah haiwan yang bersosial tinggi dan membentuk kawanan yang stabil serta kawasan miliknya yang ditentukan dengan jelas jika mungkin. Haiwan ini berkomunikasi dengan raungan dan rengekan serta kurang menyalak berbanding dengan anjing domestik. Dingo ditemui di seluruh Australia, kecuali di Tasmania. Lihat haiwan ini di Fraser Island Queensland, di Kimberley, Australia Barat dan di sekitar gurun Wilayah Utara dan Australia Selatan.

Idea Lebih Lanjut mengenai Australia