Emu Australia

Fraser Island, Queensland

Emu Australia

Emu Australia

Emu ialah burung yang besar, berwarna perang, berbulu halus dan tidak boleh terbang. Emu membesar sehingga dua meter tingginya kakinya panjang dan mempunyai tiga jari yang membolehkannya berlari laju sehingga 50km sejam. Emu betina lebih besar daripada emu jantan dan bertelur sehingga 20 biji telur yang besar dan berwarna hijau pekat. Gambar emu dapat dilihat pada duit siling 50 sen dan bersebelahan kanggaru merah pada jata Australia. Ia juga merupakan watak yang muncul semula dalam mitos Orang asli. Emu menjauhi kawasan dengan ramai penduduk dan memakan rumput, daun dan serangga kecil. Anda akan nampak emu di padang rumput, hutan sklerofil dan savana hutan kayu di seluruh Australia. Anda boleh melihat emu di Tower Hill di Great Ocean Road, kawasan pedalaman Victoria dan New South Wales serta Queensland Selatan.

Idea Lebih Lanjut mengenai Australia