Kanggaru Australia

Fraser Island, Queensland

Kanggaru Australia

Kanggaru Australia

Kanggaru merupakan haiwan unik yang hanya terdapat di Australia dan muncul dalam jata negara kami. Ia merupakan sejenis mamalia dan macropod dari kumpulan marsupium yang termasuk walabi dan pademelon. Kanggaru ialah satu-satunya haiwan besar yang bergerak dengan meloncat dan kanggaru jantan dewasa yang membiak selalu bergaduh dengan bertumbuk menggunakan tangan depan dan menendang dengan kaki belakang. Terdapat 55 spesies kanggaru di seluruh Australia. Di Victoria, haiwan ini boleh ditemui di Anglesea di Great Ocean Road dan di Grampians. Lihat haiwan ini di Kangaroo Island yang terletak di Australia Selatan dan di Flinders Ranges. Anda boleh melihat haiwan ini dari jarak dekat di Namadgi dan Kosciuszko National Park di Alp Australia, di Pebbly Beach di New South Wales dan Maria Island di Tasmania.

Idea Lebih Lanjut mengenai Australia