Koala Australia

Fraser Island, Queensland

Koala Australia

Koala Australia

Koala ialah marsupium Australia yang unik. Kadangkala haiwan ini dipanggil beruang koala kerana rupanya sama dengan beruang teddy. Ia juga menyerupai wombat iaitu saudaranya yang masih hidup dan paling rapat tetapi bulunya lebih tebal, telinganya lebih besar dan anggota badannya lebih panjang. Koala hanya aktif selama lebih kurang dua jam sehari dan mendapat semua cecairnya dengan memakan daun eucalyptus. Anda boleh melihat koala di sepanjang pantai timur Australia yang beriklim sederhana. Antara tempat kegemaran haiwan ini untuk berkumpul termasuklah Tidbinbilla Nature Reserve, berdekatan dengan Canberra, sekitar Port Stephens di New South Wales dan Lone Pine Koala Sanctuary di Queensland. Lihat haiwan ini di hutan Phillip Island di Victoria dan Yanchep National Park di Australia Barat.

Idea Lebih Lanjut mengenai Australia