Platipus Australia

Fraser Island, Queensland

Platipus Australia

Platipus Australia

Platipus ialah haiwan yang kecil, berwarna perang gelap, berbulu, merupakan mamalia yang bertelur dengan kaki berselaput dan paruh seperti itik. Platipus hidup dalam lubang yang digali pada tebing sungai. Haiwan ini boleh menyelam dan boleh kekal di dalam air sehingga lima belas minit. Tidak seperti paruh itik, paruh platipus bergetah dan fleksibel. Paruh ini mempunyai ratusan sel elektroreseptor di dalamnya yang boleh mengesan arus elektrik yang terhasil apabila mangsanya berenang melalui air. Platipus boleh ditemui di sepanjang kawasan pantai timur Australia di anak sungai kecil dan sungai yang tenang. Lihat haiwan ini di Tidbinbilla Nature Reserve berdekatan Canberra, di Lake Elizabeth di Great Otway National Park, Victoria di Great Ocean Road dan di Cradle Mountain-Lake St Clair National Park, Tasmania.

Idea Lebih Lanjut mengenai Australia