Tasmanian Devil

Fraser Island, Queensland

Tasmanian Devil

Tasmanian Devil

Tasmanian devil ialah marsupium karnivor dan menyerupai anjing kecil yang kecil dan gempal. Kepalanya lebar, ekornya lebat dan kasar dan bulunya berwarna hitam. Nama Tasmanian devil diberikan oleh peneroka awal Eropah kerana mereka terganggu pada waktu malam apabila mendengar bunyi berkeriut dan bunyi menggeram dari haiwan ini. Walaupun rupanya dan reputasinya sebegitu, Tasmanian devil sebenarnya seekor haiwan yang pemalu. Ia ialah haiwan marsupium karnivor yang terbesar di dunia selepas Harimau Tasmania pupus pada tahun 1936. Sejak tahun 1995 Tasmanian devil telah dimusnahkan oleh penyakit tumor pada muka haiwan inil dan oleh itu haiwan ini kini termasuk dalam spesies terlindung. Lihat haiwan ini di taman hidupan liar di Tasmania, seperti Taranna di Tasman Peninsula.

Idea Lebih Lanjut mengenai Australia