Walabi Australia

Fraser Island, Queensland

Walabi Australia

Walabi Australia

Nama walabi berasal dari suku kaum Orang asli Eora di Sydney. Ia merujuk kepada kira-kira 30 spesies makropod yang lebih kecil daripada kanggaru atau walaroo. Spesies yang paling biasa ialah walabi lincah dan walabi berleher merah, yang kelihatan sama dengan kanggaru dan walaroo, serta kerap dilihat di negeri selatan. Walabi batu mempunyai kemahiran untuk hidup di kawasan muka bumi berceranggah dan mempunyai kaki yang sesuai serta direka bentuk untuk mencengkam batu dan bukannya untuk mengorek tanah. Walabi yang sangat kecil dan tinggal di dalam hutan dipanggil pademelon. Walabi tinggal di merata-rata kawasan di Australia, terutamanya di kawasan terpencil, berbatu dan berceranggah. Lihat haiwan ini di Flinders Ranges di Australia Selatan, Freycinet National Park di Tasmania dan di Namadgi serta Kosciuszko National Parks di Alp Australia.

Idea Lebih Lanjut mengenai Australia