Ikan Paus di Australia

Fraser Island, Queensland

Ikan Paus di Australia

Ikan Paus di Australia

Ikan paus humpback dan southern right boleh dilihat di garis pantai Australia. Ikan paus humpback boleh dilihat apabila haiwan ini berhijarah ke utara di sepanjang bahagian pantai timur Byron Bay dan Hervey Bay dari bulan Mei hingga bulan November. Rasai kekaguman melihat gerakan akrobatik lemah lembutnya dan dengar lagu bawah laut yang mengasyikkan pada hidrofon di salah satu lawatan memerhati ikan paus yang anda boleh ambil dari Sydney ke Hervey Bay.

Lihat ikan paus Southern Right bersama dan beranak di dalam kandang air Warrnambool di Great Ocean Road atau apabila haiwan ini tiba dari perairan Antartik dengan ikan paus humpback di Great Oyster Bay, Tasmania yang indah. Anda boleh melihat ikan paus yang perlahan dan lemah lembut ini berhijrah melalui garis pantai Australia Barat dari Geographe Bay, Dunsborough dan Albany. Atau cari haiwan terancam ini – yang pernah satu ketika dahulu diburu sehingga hampir pupus – dari sanktuari paus Head of Bight atau Pelabuhan Victor di Australia Selatan.

Idea Lebih Lanjut mengenai Australia