Mata Wang

Mata Wang

Dolar dan sen

Mata wang kebangsaan Australia ialah dolar Australia yang terdapat dalam bentuk wang kertas bernilai $5, $10, $20, $50 dan $100. Syiling terdapat dalam bentuk 5, 10, 20 dan 50 sen serta satu dan dua dolar.  

Wang kertas kami yang berwarna-warni memaparkan gambar orang Australia yang terkenal pada masa silam dan kini.

Wang kertas $100 memaparkan muka soprano yang terkenal di mata dunia iaitu Dame Nellie Melba (1861–1931) dan tentera, jurutera serta pentadbir yang unggul iaitu General Sir John Monash (1865–1931).

Wang kertas $50 memaparkan muka penulis dan pencipta Orang Asli iaitu David Unaipon (1872–1967) dan ahli parlimen wanita yang pertama di Australia iaitu Edith Cowan (1861–1932).

Wang kertas $20 memaparkan muka pengasas perkhidmatan perubatan udara (Perkhidmatan Doktor Udara Diraja) yang pertama di dunia iaitu Reverend John Flynn (1880–1951) dan muka Mary Reibey (1777–1855) yang datang ke Australia sebagai banduan pada tahun 1792 dan kemudiannya menjadi seorang usahawan perkapalan serta dermawan yang berjaya.

Wang kertas $10 memaparkan muka penyair-penyair iaitu AB ‘Banjo’ Paterson (1864–1941) dan Dame Mary Gilmore (1865–1962).

Wang kertas $5 memaparkan muka Ratu Queen Elizabeth II dan Bangunan Parlimen di Canberra yang merupakan ibu negara kami.

Reka bentuk syiling $1 dan syiling 50, 20, 10 dan 5 sen yang standard direka oleh tukang emas rasmi Ratu iaitu Stuart Devlin.

Syiling $1 memaparkan lima ekor kanggaru. Syiling $2 memaparkan ketua suku Orang Asli dengan berlatar belakangkan Bintang Pari dan pohon rumput tempatan. Syiling 50 sen memaparkan jata Australia: lencana enam negeri pada perisai pusat yang disokong oleh seekor kanggaru dan seekor emu.

Syiling 20 sen memaparkan platipus, (akan diganti dengan legenda kriket iaitu Donald Bradman); syiling 10 sen memaparkan lyrebird jantan yang menari dan syiling 5 sen memaparkan echidna.

Pada tahun 1996 Australia menjadi negara pertama di dunia yang mempunyai siri wang kertas polimer (plastik) yang lengkap.

Tempat untuk membeli mata wang Australia

Pertukaran mata wang tersedia di bank, hotel dan lapangan terbang antarabangsa.  Bank Australia membekalkan perkhidmatan yang setara dengan negara-negara barat lain dan mesin pengeluaran wang tunai atau Mesin Teler Automatik (ATM) digunakan secara meluas walaupun kemudahan awam mungkin terhad di luar bandar dan kawasan pedalaman. EFTPOS juga digunakan secara meluas di kebanyakan kedai di Australia. Bayaran akan dikenakan apabila urus niaga dibuat, terutamanya jika pengeluaran daripada akaun antarabangsa.

Waktu perbankan biasanya dari 9.30 pagi hingga 4.00 petang pada hari Isnin hingga Khamis dan hingga 5.00 hingga pada hari Jumaat. Sesetengah cawangan dibuka pada pagi Sabtu. Empat bank Australia yang terbesar ialah: National Bank of Australia, Australia New Zealand (ANZ) Bank, Commonwealth Bank of Australia dan Westpac Banking Corporation. Bank yang lebih kecil adalah seperti: ING Direct, AMP Banking dan HSBC Australia.

Australia Post juga membekalkan perkhidmatan perbankan bagi pihak lebih daripada 70 bank dan institusi kewangan, jadi anda boleh gunakan kad kredit atau kad debit anda untuk penyimpanan dan pengeluaran, pertanyaan baki akaun, pembayaran bil kad kredit dan pengiriman wang ke luar negara.

Jika anda berancang untuk tinggal di Australia tempoh selama bila-bila masa atau melawat dengan Visa Cuti sambil Bekerja atau mana-mana jenis visa lanjutan, anda mungkin perlu buka akaun bank Australia. Di Australia, kebanyakan pendapatan termasuk gaji atau upah dan faedah kerajaan dibayar secara langsung ke dalam akaun bank.
Persatuan Bank-bank Australia membekalkan maklumat yang berguna untuk membantu anda memilih akaun bank yang paling memenuhi keperluan anda. [http://www.bankers.asn.au]

Jika anda perlu mengirim atau menerima wang dari luar negara di Australia, anda boleh melakukannya  sama ada melalui dalam talian, pemindahan wang antarabangsa (pemindahan bertelegraf) atau melalui bank. Lebih baik jika anda merancang pelbagai cara untuk mendapatkan  wang anda dari luar negara, seperti kad kredit, cek kembara, wang tunai, kad debit atau kad tunai sebelum anda keluar dari negara anda.

Cara yang paling mudah untuk mengeluarkan wang daripada akaun bank di negara sendiri adalah melalui ATM (mesin teler automatik) yang terdapat rangkaian antarabangsa seperti Cirrus (Mastercard) atau PLUS (Visa). ATM Australia menggunakan kod empat digit, jadi semak dengan bank anda dan pastikan anda tukar kod anda sebelum keluar dari negara.

Kad kredit dan Cek Kembara

Kad kredit seperti American Express, Bankcard, Diners Club, MasterCard, Visa dan JCB diterima di Australia. VISA atau MasterCard biasanya diterima dan kedua-duanya diterima di mana-mana tempat yang menerima kad kredit. American Express dan Diners Club diterima di pasar raya besar, rantaian kedai serbaneka dan kebanyakan destinasi pelancongan. Kad JCB hanya diterima di destinasi pelancongan yang terhad. Kad Discover biasanya tidak diterima.

Adalah lebih baik anda mempunyai lebih daripada sejenis kad kerana bukan semua kad diterima oleh semua pekedai. Bawalah sedikit wang tunai bersama anda  pada setiap masa kerana banyak kedai tidak akan menerima pembayaran kad bagi pembelian yang kurang daripada AUD$15. Pekedai di sesetengah tempat mungkin mengenakan bayaran tokok kad kredit.

Cek kembara tidak diterima secara meluas di Australia dan ini sama dengan banyak negara yang lain. Jika anda ingin beli cek kembara, lebih baik belinya dalam dolar Australia kerana banyak kedai yang kecil, restoran atau kedai perniagaan lain mungkin tidak tahu kadar pertukaran jika anda memberikan cek yang bernilai mata wang asing seperti dolar AS atau paun British.

Membawa wang masuk ke Australia

Tiada had bagi jumlah mata wang yang boleh anda bawa masuk ke atau bawa keluar dari Australia, tetapi jika anda merancang untuk masuk ke Australia dengan lebih daripada AUD$10,000 dalam bentuk tunai (Dolar Australia atau mata wang asing yang sama nilai), anda mesti mengisytiharkannya kepada Kastam Australia di lapangan terbang semasa anda mendarat. Anda mungkin juga diminta untuk mengisi borang Alatan Boleh Runding Pembawa (BNI) jika anda membawa nota bank, cek kembara, cek peribadi, kiriman wang atau wang pos. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari Perkhidmatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Australia [www.customs.gov.au]

Cukai Barangan dan Perkhidmatan

Australia mempunyai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 10 peratus. Anda boleh mendapatkan pemulangan untuk GST yang dibayar bagi barangan yang dibeli di sini jika anda telah membelanjakan AUD$300 atau lebih di sebuah kedai, dengan tempoh tidak lebih daripada 30 hari sebelum berlepas dari Australia. Kemudahan Skim Pemulangan kepada Pelancong terdapat di kawasan berlepas di terminal antarabangsa. Untuk maklumat lanjut, lihat maklumat kerajaan Australia di bahagian Skim Pemulangan kepada Pelancong. [http://www.customs.gov.au/site/page4643.asp]

Penukar mata wang

Penukar mata wang yang berguna ini akan membantu anda menukar mata wang negara anda pada kadar pertukaran semasa. Penukar Mata Wang Universal

Penukar mata wang

Penukar mata wang yang berguna ini akan membantu anda menukar mata wang negara anda pada kadar pertukaran semasa. Penukar Mata Wang Universal

 

Idea Australia selanjutnya