Tumbuhan di Australia

Bunga liar, Alice Springs, NT © Claire Takacs 2010

Tumbuhan di Australia

Dianggarkan terdapat sebanyak 27,700 spesies tumbuhan di Australia, termasuk fosil hidup seperti palma cycad dan pohon rumput, serta bunga liar yang menakjubkan, contohnya waratah, kacang gurun Sturt, pokok banksia dan kangaroo paw.

Kami juga mempunyai kira-kira 2800 spesies eucalypt (pokok gam), dan 1000 spesies akasia yang kami gelar ‘wattle’. Wattle Emas merupakan bunga lambang Australia. Pokok jenis eucalypt meliputi hampir 80 peratus daripada hutan kami. Acasia, melaleuca (tea tree), kasuarina (she-oak), callitris (pain sipre), bakau dan hutan hujan meliputi 20 peratus yang selebihnya.

Hutan
Hutan

Hutan

Pokok tertinggi di Australia boleh dijumpai di Valley of the Giants yang terletak di barat daya Australia Barat. Giant tuart, karri dan jarrah merah yang berusia sehingga 500 tahun juga boleh dijumpai di sini. Trek Bibbulmun yang sepanjang 1,000 kilometer dipenuhi dengan pelbagai hutan jarrah, marri, wandoo, karri, tingle dan juga kawasan paya yang terkenal di persada dunia.

Hutan hujan bersuhu dingin di hutan belantara Tasmania yang tersenarai dalam tapak Warisan Dunia mempunyai pokok-pokok yang tertua di planet ini seperti Pain Huon yang jarang ditemui.

Pain Wollemi yang besar lagi agung adalah saki baki landskap berusia 200 juta tahun, sewaktu Australia, New Zealand dan Antartika bercantum bersama sebagai satu benua besar Gondwana. Pain Wollemi pernah dianggap telah pupus selama berjuta tahun sehingga dijumpai semula oleh pengembara belukar pada tahun 1994. Terdapat kurang daripada 100 pokok masih wujud dalam keadaan liar yang tumbuh di gaung-gaung hutan hujan tebal Great Blue Mountains.

Eucalypt
Eucalypt

Eucalypt

Pokok gam (eucalypt) adalah pokok yang paling biasa dikaitkan dengan Australia. Pokok gam ini dijumpai di kawasan seperti subalpine, hutan paya pinggiran pantai, hutan kayu dan kawasan pedalaman yang kering. Greater Blue Mountains mempunyai kepelbagaian spesies eucalyptus yang terbanyak di dunia. Pada hakikatnya, Blue Mountains mendapat namanya daripada kilauan cahaya biru yang naik ke langit yang terbentuk daripada minyak pokok tersebut. Di Alps Australia, gam salji perak dan merah yang bersinaran tertonjol dalam kalangan muka bumi yang diliputi salji. Di sungai purba di Flinders Ranges Australia Selatan terdapat gam merah yang tumbuh di tebing anak sungai yang kering. Koala hanya memakan daun spesies eucalypt yang tertentu sahaja.

Hutan Hujan
Hutan Hujan

Hutan Hujan

Hutan hujan pada satu ketika menyelubungi sebahagian besar benua besar selatan purba iaitu Gondwana. Di hutan ini terdapatnya tumbuhan purba yang wujud sejak lebih daripada 100 juta tahun dahulu. Hutan hujan Australia terbentang merentasi negara dan terdapat dalam setiap jenis iklim. Hutan Hujan Daintree di utara Queensland merupakan hutan hujan tropika yang tertua di dunia, wujud sejak 135 juta tahun yang dahulu. Sebanyak 13 jenis hutan hujan yang luar biasa dapat ditemui di sini. Hutan Hujan Gondwana di Tenggara Queensland dan bahagian utara New South Wales mempunyai kawasan hujan subtropika yang terbesar di dunia bersama dengan hutan hujan sejuk sederhana. Kelompok-kelompok hutan hujan kering tumbuh di kawasan Kimberley di Australia Barat. Terdapat hutan hujan monsun di Kakadu National Park dan galur paku pakis yang subur di Otway Ranges di Victoria.

Kawasan Paya
Kawasan Paya

Kawasan Paya

Kawasan paya menarik banyak burung migrasi datang ke Kakadu National Park serta Croajingolong National Park dan Nadgee Nature Reserve di tenggara Australia yang tersenarai dalam senarai Simpanan Biosfera Dunia UNESCO. Australian adalah negara yang pertama menandatangani Konvensyen Ramsar bagi Kepentingan Antarabangsa Kawasan Paya dan Cobourg Peninsula di Wilayah Utara telah diisytihar sebagai tapak Ramsar pertama di dunia pada tahun 1974. Australian pada masa ini mempunyai sebanyak 65 tapak Ramsar di seluruh negara, meliputi kawasan seluas kira-kira 8 juta hektar.

Bunga Liar
Bunga Liar

Bunga Liar

Bunga liar, termasuk bunga daisi yang tahan lama, menjadikan kawasan rumput savana yang kering di Australia hamparan warna mengikut musim. Dari bulan Jun hingga bulan September, kelihatan lebih daripada 12,000 spesies bunga liar berkembang merentasi Australia Barat. Dari hujung bulan Ogos hingga ke pertengahan bulan Oktober lebih daripada 100 jenis bunga liar boleh kelihatan di Pulau Kangaroo di Australia Selatan, ini menjadi keunikan pulau ini. Di Alps Australia, padang rumput alpine terhias dengan kuntuman billy button kuning, pokok bercetusan merah jambu serta bunga daisi berwarna perak dan putih sebaik sahaja salji mencair.

Flora Australia yang unik termasuk Proteaceae dari keluarga Banksia (bottlebrush), Grevillea dan Telopea (waratah). Kira-kira 80 peratus tumbuh-tumbuhan dan hampir semua spesies Proteaceae yang dijumpai di barat daya Australia Barat tidak dapat dijumpai di lain-lain tempat di dunia ini. Kawasan semak heath di sepanjang Great Ocean Road di Victoria merupakan tapak yang paling kaya dengan orkid di Australia.

Bunga liar adalah spesies yang terkawal di Australia, jadi jangan cuba memetiknya!

Idea Australia selanjutnya