Zon masa di Australia

Zon masa di Australia

Australia dibahagikan kepada tiga zon masa yang berasingan:

Waktu Piawai Australia Timur (Australian Eastern Standard Time) (AEST) meliputi negeri bahagian timur iaitu Queensland, New South Wales, Victoria, Tasmania dan Wilayah Ibu Negara Australia (Australian Capital Territory). AEST bersamaan dengan Waktu Semesta Berkoordinat (Coordinated Universal Time) ditambah dengan 10 jam (UTC +10).

Waktu Piawai Australia Tengah (Australian Central Standard Time) (ACST) meliputi negeri Australia Selatan (South Australia), bandar Broken Hill di barat New South Wales dan Wilayah Utara (Northern Territory). ACST bersamaan dengan Waktu Semesta Berkoordinat ditambah dengan 9½ jam (UTC +9½).

Waktu Piawai Australia Barat (Australian Western Standard Time) (AWST) meliputi Australia Barat. AWST bersamaan dengan Waktu Semesta Berkoordinat ditambah dengan 8 jam (UTC +8).

Waktu Jimat-Siang

Pada musim panas, New South Wales (NSW), Victoria, Australia Selatan, Tasmania, dan Wilayah Ibu Negara (ACT) akan mengubah jam mereka ke hadapan iaitu kepada Waktu Jimat-Siang (DST). Waktu Jimat-Siang bermula pada jam 2:00 pagi (Waktu Piawai Australia Timur, AEST) pada hari Ahad yang pertama dalam bulan Oktober dan akan berakhir pada jam 3:00 pagi (Waktu Jimat-Siang Timur Australia) pada hari Ahad pertama bulan April.

NSW, ACT, Victoria dan Tasmania beralih daripada AEST kepada Waktu Jimat-Siang Timur Australia (AEDT), UTC +11. Australian Selatan dan bandar Broken Hill di NSW akan beralih daripada ACST kepada Waktu Jimat-Siang Australia Tengah (ACDT), UTC +10½.

Waktu Jimat-Siang tidak berlaku di Queensland, Wilayah Utara (Northern Territory) atau Australia Barat (Western Australia).

Zon masa dunia

Waktu Min Greenwich (GMT) adalah di garisan bujur kosong darjah dan masa zon dunia dikira ke timur atau ke barat daripada garisan ini. Sebaliknya, istilah Waktu Semesta Berkoordinat (UTC) kini telah digunakan secara meluas.

Garisan Tarikh Antarabangsa merentasi Lautan Pasifik mengubahkan tarikh sebanyak satu hari. Jika anda merentasi garisan tarikh untuk bergerak ke timur, anda akan ditolak satu hari, jika anda berjalan ke barat anda ditambah dengan satu hari (mengikut perbezaan tempatan). Apabila anda berjalan terus dari Los Angeles atau London ke Australia anda akan sampai dua hari kemudian, perjalanan sebaliknya pula, anda akan tiba pada hari yang sama anda bertolak dari Australia. Begitulah, sekiranya anda ingin meninggalkan Australia.

Idea Australia selanjutnya