Cuaca di Adelaide

Grange Jetty Cafe, Adelaide, SA. © SATC & Adam Bruzzone

Cuaca di Adelaide

Cuaca Australia Selatan berbeza dari panas dan kering di bahagian pedalaman, hingga sederhana dan lembap di kawasan selatan dan pinggir pantai. Umumnya, Adelaide mempunyai musim sejuk yang sederhana dan lembap serta musim panas yang panas dan kering. Ia merupakan bandar yang paling kering antara semua ibu kota Australia yang lain. Purata taburan hujan tahunan ialah 553 mm. Jun merupakan bulan yang paling lembap, dengan purata sekitar 80 mm. Purata taburan hujan pada musim panas ialah adalah dalam lingkungan 20 mm. Purata suhu maksimum ialah 29 °C pada musim panas dan 15–16°C pada musim sejuk. Di sini anda boleh mendapat maklumat tentang suhu, taburan hujan dan aktiviti bermusim untuk membantu anda merancang percutian di Adelaide.

Musim Luruh (Mac hingga Mei) adalah masa yang sesuai untuk melawati Adelaide. Matahari sentiasa bersinar dan cuaca hangat dan nyaman. Suhu harian pada musim luruh di Adelaide berubah daripada minimum 12.5°C hingga maksimum 22.4°C.

Festival dwitahunan Tasting Australia (April-Mei) diadakan di Adelaide dan di pelbagai lokasi di seluruh Australia Selatan pada musim luruh. Inilah masa terbaik untuk menikmati hasil keluaran tempatan Australia Selatan yang segar.

Australia Selatan menerima paling banyak hujan dalam bulan-bulan musim sejuk (Jun, Julai dan Ogos). Hujan lebih banyak turun di sekitar Adelaide dan Mount Lofty Ranges berbanding di kawasan pedalaman. Purata suhu harian musim sejuk di Adelaide adalah daripada minimum 8°C hingga maksimum 15.9°C.

Pada musim bunga (September hingga November) Australia Selatan diceriakan oleh pelbagai warna dan haiwan liar berkembang biak. Purata suhu harian musim bunga di Adelaide antara minimum 11.6°C hingga maksimum 21.7°C. Masa terbaik untuk menjalani Arkaba Walk di Flinders Ranges adalah dari bulan Oktober hingga April.

Dalam musim panas (Disember hingga Februari) orang ramai berpusu-pusu menuju ke pantai, jadi pekan di pesisir pantai menjadi popular dan mungkin agak sibuk. Penduduk tempatan turut memanfaatkan cuaca yang lebih hangat ini untuk makan malam di luar di banyak restoran dan kafe mewah di Adelaide. Naiki trem ke pekan pinggir pantai Glenelg, yang beriklim Mediterranean hangat sepanjang tahun.

Di Barossa Valley, musim panas membayangkan sinar mentari dan hari-hari yang hangat. Malamnya pula sesuai untuk makan di luar. Hari yang cerah pada musim bunga merupakan waktu yang baik untuk berjalan kaki sambil menghayati alam semula jadi. Bawa pakaian yang nipis untuk waktu siang dan pakaian tebal untuk waktu malam yang dingin. Pada Musim Luruh, daun musim luruh pada jalaran pohon anggur menyediakan pemandangan yang sangat mengagumkan. Bulan-bulan Musim Sejuk membawa siang yang lebih sejuk dengan sedikit hujan dan malam yang sejuk yang amat sesuai untuk menikmati segelas wain sambil berdiang di perapian kayu.

Kangaroo Island adalah destinasi untuk semua musim. Pada musim panas, pemandangannya merupakan percanggahan padang rumput keemasan dengan warna bunga liar musim panas. Koala, walabi, kanggaru dan Singa laut Australia melahirkan anak-anaknya. Pada Musim Luruh, Burung Kakak Tua Hitam Berkilat yang jarang ditemui dan Burung Penguin mula bersarang. Musim sejuknya memang menakjubkan dengan kawasan desa yang menghijau dengan suburnya, sungai yang mengalir dan hidupan liar yang banyak. Ikan paus Southern Right melalui pinggir pantai dalam penghijrahannya ke Great Australian Bight untuk beranak. Musim bunga merupakan musim kelahiran semula. Inilah masa yang elok untuk melihat pelbagai jenis bunga liar, burung dan mamalia yang mengagumkan.


Carta Iklim

Suhu

Jan

Feb

Mac

Apr

Mei

Jun

Jul

Ogos

Sep

Okt

Nov

Dis

Tahunan

Min suhu maksimum (°C)

29.3

29.4

26.3

22.7

18.9

16.1

15.3

16.6

19

21.8

25.1

27

22.3

Min suhu minimum (°C)

17.1

17.2

15.2

12.4

10.2

8.1

7.5

8.2

9.7

11.5

14

15.6

12.2

Sumber: Biro Meteorologi, 2013

Carta Mendakan

Taburan Hujan

Jan

Feb

Mac

Apr

Mei

Jun

Jul

Ogos

Sep

Okt

Nov

Dis

Tahunan

Min taburan hujan (mm)

19

13.5

27.4

39.8

60

79.4

74.7

68.8

59.2

43.1

30.9

29

544

Desil 5 (median) taburan hujan (mm)

18.8

10.4

20.8

33.1

60.8

78.8

68.8

73.7

56.4

37

29.8

23.8

545.2

Min bilangan hari hujan ≥ 1 (mm)

2.8

2.1

3.6

5.3

8.8

11

11.9

11.9

9.2

6.5

4.8

4.4

82.3

Sumber: Biro Meteorologi, 2013

Idea Lebih Lanjut mengenai Australia