Cuaca di Alice Springs

West MacDonnell Ranges, Alice Springs, NT. © Tourism NT

Cuaca di Alice Springs

Iklim Alice Springs di Red Centre Australia adalah antara yang melampau. Tidak seperti Top End di Wilayah Utara yang beriklim tropika, Red Centre beriklim separa gersang. Pada musim panas (Disember–Februari), julat purata suhu adalah antara 20°C dan 35°C. Pada musim sejuk (Jun–Ogos), julat purata suhu adalah 3°C –20°C. Musim bunga dan musim luruh mengalami waktu siang yang hangat dan malam yang dingin. Taburan hujan jauh berbeza dari tahun ke tahun, tetapi purata tahunannya adalah di sekitar 286mm. Di sini anda boleh mendapatkan maklumat tentang suhu, taburan hujan dan aktiviti bermusim untuk membantu anda merancang percutian di Alice Springs.

Alice Springs bukan sahaja mempunyai musim panas yang panas dan musim sejuk yang sejuk, suhunya kadangkala boleh berubah sehingga 28°C dalam sehari. Taburan hujan berubah dari tahun ke tahun, tetapi pada keseluruhannya, iklimnya kering pada kebanyakan masa.

Musim luruh merupakan antara masa paling sesuai untuk melawati Red Centre, dengan siangnya yang hangat dan malam yang dingin tanpa terlalu banyak perbezaan. Antara cuaca terbaik Alice Springs berlaku pada bulan April dan Mei dan ini masa yang baik untuk melawati Uluru-Kata Tjuta National Park. Pada bulan-bulan musim panas, waktu siangnya boleh menjadi terlalu panas untuk mengembara atau berjalan di sekeliling taman.

Dalam musim sejuk, suhu waktu malam boleh jatuh hingga ke bawah 0°C. Kadangkala fros tebal di atas tanah pada waktu pagi kelihatan seperti hamparan salji. Waktu pagi sebegini biasanya diikuti dengan suhu tengah hari yang nyaman pada suhu sekitar 20-an darjah. Apabila hujan turun, suhu maksimum waktu siang boleh menjadi serendah 8°C hingga 10°C dengan awan meliputi kawasan banjaran. Bulan yang lebih dingin dari Mei hingga September adalah masa yang paling sesuai untuk menerokai Larapinta Trail. Pakaian tebal juga amat penting pada musim ini.

Musim bunga adalah antara musim yang paling menguja, dengan perubahan besar suhu dari hari ke hari, ribut petir yang luar biasa, ribut hujan batu dan ribut debu. Ini juga merupakan musim bunga liar, yang mencapai kemuncaknya pada bulan September dan awal Oktober. Di Alice Springs, pemandangan menakjubkan bukan sahaja dapat dilihat di luar. Lawati Araluen Cultural Precinct dan anda akan menemui pelbagai galeri, muzium, arca dan tapak suci yang memberikan pengalaman unik tentang kesenian, kebudayaan dan warisan Orang Asli. Acara kesenian dan kebudayaan utama Australia Tengah, iaitu Festival Padang Pasir Alice diadakan setiap tahun pada bulan September.

Musim bunga adalah masa yang sesuai untuk menyertai lawatan kenderaan pacuan empat roda atau trek menunggang unta merentasi gumuk berombak di Simpson Desert. Terapung di atas MacDonnell Ranges di dalam belon udara panas untuk melihat pemandangan landskap dan hidupan liar yang hebat dari udara, menjadikan kawasan ini sangat mengilhamkan.

Red Centre Way, dari Alice Springs ke Kings Canyon, adalah antara cara paling sesuai untuk menghayati keajaiban semula jadi landskap merah purba yang luas ini.

Topi dan losen pelindung suria menjadi keperluan penting semasa berada di luar pada musim panas. Jangan lupa memastikan keadaan cuaca sebelum anda keluar dan pastikan anda membuat persediaan bagi menghadapi perubahan suhu. Jaga diri anda daripada dehidrasi dengan meminum banyak air tanpa mengira musim.


Carta Iklim

Suhu

Jan

Feb

Mac

Apr

Mei

Jun

Jul

Ogos

Sep

Okt

Nov

Dis

Tahunan

Min suhu maksimum (°C)

36.4

35

32.6

28.2

23

19.8

19.7

22.6

27.2

30.9

33.6

35.4

28.7

Min suhu minimum (°C)

21.5

20.7

17.5

12.6

8.2

5

4

6

10.3

14.8

17.8

20.2

13.2

Sumber: Biro Meteorologi, 2013

Carta Kerpasan

Taburan Hujan

Jan

Feb

Mac

Apr

Mei

Jun

Jul

Ogos

Sep

Okt

Nov

Dis

Tahunan

Min taburan hujan (mm)

38.6

43.8

32.4

16.5

18.5

13.8

15

9.2

8.5

21.4

29.1

36.9

284.4 

Desil 5 (median) taburan hujan (mm)

16

15.6

10.9

1.5

6.4

4

2.6

2.1

1.5

17.8

20.2

24.6

237.6

Min bilangan hari hujan ≥ 1 (mm)

3.3

3.5

2.4

1.5

2.1

1.7

1.8

1.3

1.5

2.9

3.8

4

29.8

Sumber: Biro Meteorologi, 2013

Idea Lebih Lanjut mengenai Australia