Cuaca di Brisbane

Manly Boat Harbour, Brisbane, QLD. © Paul Ewart & Tourism Queensland

Cuaca di Brisbane

Brisbane mempunyai iklim subtropika dengan cuaca hangat atau panas pada kebanyakan masa dalam setahun. Pada musim panas (Disember – Februari), purata suhu maksimum adalah sekitar 30°C. Bandar ini menghadapi taburan hujan tertinggi dalam musim panas yang kadang-kadang disertai ribut petir dan juga banjir. Ini juga merupakan tempoh yang paling lembap di Brisbane. Musim sejuk biasanya kering dan bersuhu sederhana. Kebanyakan hari-hari dalam musim sejuk adalah bermatahari dengan purata suhu sekitar 17°C. Purata taburan hujan bulanan sepanjang tahun adalah dalam lingkungan 96 mm. Di sini anda boleh mendapatkan maklumat tentang suhu, taburan hujan dan aktiviti bermusim untuk membantu anda merancang percutian di Brisbane.

Queensland mengalami musim yang lebih panas dan lembap atau musim yang dingin dan kering berbanding musim panas dan musim sejuk biasa. Bulan November hingga Mei merupakan separuh tahun yang lembap dan panas. Taburan hujan paling tinggi dialami pada bulan Januari hingga Mac. Ini juga merupakan musim siklon tropika. Jika siklon berlaku, ia mungkin membawa bersama hujan yang lebat dan kadangkala banjir. Brisbane dan Rockhampton menerima purata 450mm hujan dari bulan Januari hingga Mac; bagaimanapun suhu jarang jatuh ke bawah 20°C. Walaupun begitu, kejohanan tenis wanita Antarabangsa Brisbane diadakan dalam bulan Januari.

Musim Luruh (Mac – Mei) menandakan berakhirnya suhu panas musim panas dan permulaan siang dan malam yang lebih dingin dan segar. Walaupun siangnya masih hangat, purata suhu harian ialah antara 15-25°C. Inilah masa yang sesuai untuk mendaki Story Bridge dalam kembara pendakian atau menelusuri sungai dari dekat dengan kayak atau papan kayuh. Anda boleh menyaksikan pasukan Brisbane Broncos bermain dalam Liga Ragbi Kebangsaan di Brisbane Stadium atau pasukan Brisbane Lions dalam Liga Bola Sepak Australia di Brisbane Cricket Ground dari bulan Mac hingga September.

Pada Musim Sejuk (Jun – Ogos), waktu siang di Brisbane biasanya nyaman dan cerah dengan suhu sederhana hingga hangat dengan purata 11-21°C. Malam biasanya terasa dingindan suhu di awal paginya menyegarkan. Inilah masa yang sesuai untuk berjalan-jalan dan menerokai bandar ini serta kawasan sekelilingnya. Brisbane merupakan bandar yang padat dengan banyak laluan pejalan kaki, jejak dan laluan basikal, yang saling berhubung dengan jambatan yang menghubungkan kawasan-kawasan utama. Brisbane Marathon Festival diadakan pada bulan Ogos, dengan pelari yang datang bertanding dari seluruh dunia. Dari bulan Jun hingga November, anda boleh memerhatikan ikan paus di Moreton Bay. Bulan-bulan dalam musim sejuk juga menyediakan suasana yang sesuai untuk bermain golf. Bermainlah di sekitar Royal Queensland Golf Club, kelab golf utama di Queensland pada kedudukan #29 di Australia, yang terletak di tebing Brisbane River.

Musim bunga (September – November) merupakan antara musim terbaik untuk berada di Queensland dengan harinya yang hangat lagi cerah diimbangi oleh bayu laut yang dingin. Iklimnya sama dengan musim luruh, dengan purata suhu sekitar 15-25°C. Waktu malamnya nyaman dan mungkin dingin. Inilah masa yang sesuai untuk berseronok di pantai atau menyertai pelayaran untuk bersiar-siar di Brisbane River. Festival Brisbane, yang merupakan festival kesenian utama bandar ini, berlangsung dari pertengahan September hingga awal bulan Oktober.


Carta Iklim

Suhu

Jan

Feb

Mac

Apr

Mei

Jun

Jul

Ogos

Sep

Okt

Nov

Dis

Tahunan

Min suhu maksimum (°C)

30.3 

30 

28.9 

 27.1

 24.4

 21.9

 21.8

23.1 

 25.6

26.8 

27.8 

29.2 

26.4 

Min suhu minimum (°C)

 21.3

21.4 

19.8 

 17.3

13.4 

 11.6

10 

 10.5

13.7 

 16.3

 18.6

20.3 

16.2 

Sumber: Biro Meteorologi, 2013

Carta Kerpasan

Taburan Hujan

Jan

Feb

Mac

Apr

Mei

Jun

Jul

Ogos

Sep

Okt

Nov

Dis

Tahunan

Min taburan hujan (mm)

47.3 

48.1 

50.4 

 57.3

56.0 

49.2 

 47.6

50.1 

 58.0

66.2 

60.3 

59.3 

 649.6

Desil 5 (median) taburan hujan (mm)

36.8 

 33.0

38.8 

49.8 

55.2 

42.7 

44.4 

49.2 

52.9 

 66.4

 53.7

52.0 

645.0 

Min bilangan hari hujan ≥ 1 (mm)

 5.6

5.1 

6.1 

7.9 

9.7 

 9.5

9.8 

10.5 

 10.4

 10.2

8.3 

7.2 

100.3 

Sumber: Biro Meteorologi, 2013

Idea Lebih Lanjut mengenai Australia