Cuaca di Broome

Goombaragin, Broome, WA. © Tourism Western Australia

Cuaca di Broome

Broome mengalami iklim tropika dengan musim panas yang panas dan lembap dan musim sejuk yang hangat. Pukul rata suhu dari bulan Oktober hingga April ialah sekitar 33°C. Musim sejuk (Jun-Ogos) adalah sederhana dengan purata suhu harian bulan Julai sekitar 27°C. Suhu waktu malam jarang jatuh kurang daripada 5°C pada sepanjang tahun. Purata hujan tahunan ialah 532 mm tetapi kadangkala hujan tidak turun berbulan-bulan lamanya. Januari hingga Mac adalah masa yang paling basah dalam setahun. Siklon tropika boleh berlaku dari bulan November hingga April, paling biasa pada bulan Januari dan Februari. Anda akan mendapat sedikit maklumat di sini tentang suhu, taburan hujan dan aktiviti bermusim untuk membantu anda merancang percutian anda di Broome.

Cuaca Broome dinyatakan sebagai musim kering (Mei hingga Oktober) dan musim hujan (November hingga April). Pada musim kering, Broome mengalami hari yang hangat dengan langit cerah hampir setiap hari dengan suhu antara 20°C dan 30°C. Aras kelembapan adalah rendah dan waktu malamnya dingin. Hujan tidak banyak pada tempoh ini, namun tanahnya subur dan menghijau, serta air terjun mengalir deras berikutan musim hujan. Masa paling popular untuk dilawati adalah dari pertengahan bulan Jun hingga Ogos, apabila semua jalan dan tarikan biasanya dibuka pada masa ini.

Semasa musim hujan, biasanya hujan tidak turun dengan kerap di Broome, sebaliknya hujan turun dengan lebat sekejap-sekejap selepas tengah hari atau lewat petang. Purata suhu waktu siang berada dalam julat pertengahan 30°C. November merupakan bulan paling panas dengan aras kelembapan yang tinggi, walaupun pada waktu malam. Antara bulan Januari dan Mac adalah musim monsun, yang mungkin mendatangkan siklon, hujan dan kemungkinan banjir. Ribut petir dengan persembahan kilat yang luar biasa menjadi pemandangan biasa. Semasa musim hujan The Kimberley berubah. Bunga liar menjadi mekar dan hidupan liar paling aktif ketika ini. Ramai pengendali pelancongan beroperasi sepanjang tahun walaupun sesetengah tarikan dan jalan mungkin ditutup pada musim hujan. Saksikan pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan di Lautan Hindi dengan pantai yang putih dan air berwarna biru firus di Cable Beach sambil menunggang unta.

Kaum Yawuru, pribumi wilayah Broome, mengenal pasti enam musim yang berlainan. Mankala (Disember –Mac) membawa pemandangan matahari terbenam yang mengagumkan dan pertunjukan kilat yang luar biasa manakala hujan menyuburkan tanah. Dalam musim Marul (April) hujan berkurangan tetapi cuaca masih lembap dan panas. Air yang banyak di kawasan ini menggalakkan pertumbuhan pesat merentasi pandangan darat semula jadi ini. Musim Wirralbu (Mei) adalah ketika angin yang lebih dingin bertiup dari padang pasir. Fros terbentuk pada waktu malam, yang menandakan permulaan musim sejuk. Musim Barrgana (Jun – Ogos) merupakan permulaan musim kering, yang ditandakan oleh suhu yang lebih rendah, malam yang disinari bintang dan langit nan biru. Semasa musim Wirlburu (September) siang mula menghangat, manakala malamnya masih dingin. Kabus mula terbentuk di laut dan wilayah ini menjadi kering dan gersang. Musim Larja (Oktober) menandakan pembentukan kelembapan dalam menunggu ketibaan hujan. Waktu siangnya panas dan lembap. Ikuti lawatan bersama juru pandu Orang Asli untuk memahami budaya tradisional kawasan Broome dan Kimberley.


Carta Iklim

Suhu

Jan

Feb

Mac

Apr

Mei

Jun

Jul

Ogos

Sep

Okt

Nov

Dis

Tahunan

Min suhu maksimum (°C)

33.3

32.9

33.9

34.3

31.5

29.1

28.8

30.3

31.8

32.9

33.6

33.9

32.2

Min suhu minimum (°C)

26.3

26

25.4

22.6

18.2

15.1

13.7

14.9

18.5

22.3

25.1

26.5

21.2

Sumber: Biro Meteorologi, 2013

Carta Kerpasan

Taburan Hujan

Jan

Feb

Mac

Apr

Mei

Jun

Jul

Ogos

Sep

Okt

Nov

Dis

Tahunan

Min taburan hujan (mm)

178.7

179.8

102.8

26.4

26

17.5

7.2

1.7

1.4

1.4

8.9

55.6

607

Desil 5 (median) taburan hujan (mm)

122.4

166.6

70.8

3.4

4.1

1

0.6

0.6

0.8

0

1

34

550.2

Min bilangan hari hujan ≥ 1 (mm)

9

9.2

6.4

1.9

1.7

1.2

0.5

0.3

0.2

0.2

0.8

3.8

35.2

Sumber: Biro Meteorologi, 2013

Idea Lebih Lanjut mengenai Australia