Cuaca di Cairns

Lagun Cairns Esplanade, Cairns, QLD. © Paul Ewart & Tourism Queensland

Cuaca di Cairns

Seperti kawasan lain di Queensland, Cairns mengalami dua musim dengan cuaca yang jelas berbeza, musim ‘lembap’ dan musim ‘kering’. Cairns Tropika mengalami musim panas yang panas dan lembap serta musim sejuk yang sederhana dan kering. Purata hujan tahunan ialah 1992 mm yang kebanyakannya turun antara bulan Januari dan Mac. Musim lembap bermula pada bulan Disember, yang membuatkan waktu siangnya lembap dan malamnya berangin kencang. Suhu biasa pada waktu siang di Cairns ialah 23-31°C pada pertengahan musim panas dan 18°C pada pertengahan musim sejuk. Siklon tropika kadangkala berlaku dari bulan November hingga Mei. Di sini anda boleh mendapatkan maklumat tentang suhu, taburan hujan dan aktiviti bermusim untuk membantu anda merancang percutian di Cairns.

Musim Panas (Disember - Februari) di Cairns merupakan musim ‘lembap’ atau monsun. Kebanyakan taburan hujan tahunan di wilayah ini berlaku pada musim panas walaupun suhunya masih hangat dan kelembapannya tinggi. Suhu pada waktu adalah sekitar 24° - 31°. Purata taburan hujan pada bulan Januari kira-kira 396mm.

Waktu ini antara yang paling sesuai untuk menyertai lawatan hutan hujan ke Hutan Hujan Daintree atau Cape Tribulation yang terkenal. Hutan hujan ini sangat subur pada masa ini dan sungai serta air terjunnya sedang mengalir. Lawati pekan Kuranda yang menawan ini dan naik Skyrail Rainforest Cableway atau Kuranda Scenic Railway. Terdapat juga aktiviti berakit meredah jeram di Tully River. Musim panas adalah masa terbaik untuk berseronok menyelam di Great Barrier Reef. Walaupun sedang dalam musim lembap, angin bertiup dengan tenang dan kejelasan dalam air kadangkala melebihi 50 meter. Suhu air pada terumbu berubah-ubah daripada 22°C yang selesa pada musim sejuk hingga 29°C pada musim panas, ideal untuk keseronokan dalam air, daripada bersnorkel hingga menyelam skuba pada sepanjang tahun. Musim memancing barramundi dibuka semula pada bulan Februari.

Menjelang bulan April, musim lembap biasanya tamat dan musim ‘kering’ bermula. Cuaca masih sangat hangat pada bulan April, siang dan malam, dengan purata suhu antara 22°C dan 29°C. Karnival tahunan Reef and Rainforest Carnivale diadakan di Port Douglas pada bulan Mei.

Antara masa paling popular untuk melawat Cairns adalah pada musim sejuk (Jun – Ogos). Ini adalah kemuncak musim pelancongan. Langit yang cerah dan suhu nyaman sesuai untuk menerokai wilayah atau mula belayar di Whitsunday Islands. Dari bulan Julai hingga Ogos anda mungkin bertuah dapat melihat ikan paus kelasa yang berhijrah melalui pesisir pantai atau berenang dengan ikan paus minke yang selalu ingin tahu. Suhu yang lebih sejuk dan kelembapan yang lebih rendah juga sesuai untuk bermain golf. Di Hamilton Island yang berada di Great Barrier Reef, Hamilton Island Golf Club adalah satu-satunya lapangan kejohanan golf pulau Australia dan berlatar belakangkan Whitsunday Islands yang mengagumkan.

Diadakan setiap tahun pada bulan Ogos dan September, Festival Cairns adalah antara festival kebudayaan wilayah yang terkemuka di Australia.

Kelembapan di Cairns paling tinggi dari bulan Oktober hingga Disember. Ini merupakan musim ribut petir sebelum bermulanya hujan monsun. Sekitar bulan-bulan Oktober dan November, terumbu karang mula kelihatan hidup dengan pembiakan karang tahunan.

Musim siklon di Cairns biasanya berlaku dari bulan November hingga Mei.


Carta Iklim

Suhu

Jan

Feb

Mac

Apr

Mei

Jun

Jul

Ogos

Sep

Okt

Nov

Dis

Tahunan

Min suhu maksimum (°C)

31.4

31.2

30.6

29.2

27.6

26

25.7

26.6

28.1

29.5

30.6

31.4

29

Min suhu minimum (°C)

23.7

23.8

23.1

21.6

19.9

17.8

17.1

17.4

18.7

20.6

22.3

23.4

20.8

Sumber: Biro Meteorologi, 2013

Carta Kerpasan

Taburan Hujan

Jan

Feb

Mac

Apr

Mei

Jun

Jul

Ogos

Sep

Okt

Nov

Dis

Tahunan

Min taburan hujan (mm)

395.3

450.6

427.7

196.5

90.2

45.5

29.3

27

33.7

46.6

93.8

178.8

2018

Desil 5 (median) taburan hujan (mm)

346.9

402.8

394.1

165

85.5

34.1

24.2

17.2

18.5

29

68.1

129.6

1992

Min bilangan hari hujan ≥ 1 (mm)

15.6

16.4

16.2

14.8

10.3

6.8

5.4

4.9

4.9

5.6

8

10.7

119.6

Sumber: Biro Meteorologi, 2013

Idea Lebih Lanjut mengenai Australia