Cuaca di Canberra

Canberra, ACT. © Tourism Australia

Cuaca di Canberra

Canberra mempunyai iklim yang selalunya kering dengan musim panas yang hangat hingga panas dan musim sejuk yang dingin. Canberra mempunyai sekitar sembilan jam cahaya matahari sehari pada musim panas dan menurun ke sekitar lima jam pada musim sejuk. Januari adalah bulan terpanas dengan purata suhu maksimum 28°C. Purata hujan tahunan ialah 629 mm dan bulan Oktober merupakan bulan yang paling lembap. Semasa musim sejuk, salji turun di Alps Australia berhampiran. Purata suhu harian di bandar ini pada musim sejuk adalah sekitar 11°C; jatuh ke bawah 0°C pada waktu malam. Anda akan mendapat sedikit maklumat di sini tentang suhu, taburan hujan dan aktiviti bermusim untuk membantu anda merancang percutian anda di Canberra.

Ibu negara Australia ini mengalami empat musim berlainan, dengan setiap satunya mempunyai keindahan dan tarikan tersendiri.

Musim bunga (September – November) di Canberra adalah sangat indah kadangkala dengan udara pagi yang segar, terang, hari yang cerah dan malam yang menyegarkan. Purata suhu pada musim bunga adalah antara 6 – 19°C. Pada bulan September Canberra menjadi tuan rumah kepada Floriade, suatu festival bunga yang terbesar di Australia. Di wilayah-wilayah yang mengelilinginya, ladang anggur mula bangun dengan tuaian pertamanya. Musim bunga adalah ideal untuk meredah belukar dan meneroka bunga liar di Tidbinbilla Nature Reserve dan Namadgi National Park yang berdekatan.

Musim panas Canberra (Disember – Februari) memberikan kesempatan tanpa had untuk berseronok dengan aktiviti luar yang menggembirakan, terutamanya sukan air di Lake Burley Griffin. Waktu siangnya hangat hingga panas, dengan sinaran matahari yang cerah dan sedikit kelembapan, diikuti dengan malam yang sederhana dan nyaman. Suhu berubah-ubah antara 12 - 27°C. Sertai orang ramai di laman Parliament House untuk mendengar nama-nama yang menerima Anugerah Rakyat Australia Tahun Ini yang diumumkan pada malam menjelang Hari Australia pada bulan Januari.

Musim luruh (Mac – Mei) di Canberra adalah masa yang menyeronokkan apabila pepohonan di taman dan kebun bunga di bandar ini bertukar warna menjadi merah, keemasan dan jingga. Suhu jatuh ke purata sekitar 7-20°C. Hari-harinya bersuhu sederhana dengan malam yang dingin. Jika anda melawat dalam bulan April, anda boleh memberi penghormatan kepada mereka yang berjuang untuk Australia waktu peperangan dalam upacara menjelang pagi bertempat di Tugu Perang Australia pada Hari Anzac. Musim luruh juga merupakan masa menuai di ladang anggur. Lawatilah Canberra District Wineries untuk melihat ladang anggur yang sedang subur. Cuba hadir pesta District Wine Harvest Festival Canberra pada bulan April. Acara perlumbaan Australian Running Festival dan Canberra Marathon juga berlangsung pada bulan April.

Di Canberra pada musim sejuk (Jun – Ogos) adalah masa yang sesuai untuk bersantai dan menikmati segelas besar wain cuaca sejuk sambil berdiang dekat perapian kayu. Purata suhu pada musim sejuk adalah antara 1 - 12°C. Waktu malam dan awal paginya menyegarkan, namun terdapat fros dan kadangkala kabus pada hari yang biasanya cerah hingga cerah terik. Inilah masa yang nyaman untuk menunggang basikal dan berjalan kaki di tepi tasik, atau mencari trufel di Festival Trufel Canberra dan Wilayah Ibu Negara pada bulan Jun. Pada bulan Ogos, kawasan di sekitar Canberra mula hangat untuk Fireside Festival, sambutan tahunan ibu negara bagi menyambut musim sejuk. Pada bulan November, langit berbintang yang cerah merupakan masa terbaik untuk melawat Mt Stromlo Observatory. Pada bulan-bulan musim sejuk, salji turun di Alps Australia yang berdekatan, tempat anda mencuba aktiviti unik iaitu berski atau meluncur salji di Australia.


Carta Iklim

Suhu

Jan

Feb

Mac

Apr

Mei

Jun

Jul

Ogos

Sep

Okt

Nov

Dis

Tahunan

Min suhu maksimum (°C)

 28.5

28.1

24.7

20.1

15.8

12.3

11.5

13.5

16.2

19.6

23.5

26.3

20

Min suhu minimum (°C)

13.6

13.8

11.5

7

4.2

1.4

0

13

4

6.7

9.7

11.9

7.1

Sumber: Biro Meteorologi, 2013

Carta Kerpasan

Taburan Hujan

Jan

Feb

Mac

Apr

Mei

Jun

Jul

Ogos

Sep

Okt

Nov

Dis

Tahunan

Min taburan hujan (mm)

59.8

51.2

55.6

49.3

47.5

37.9

52.4

47.6

65.2

61.9

58.7

46.1

632.6

Desil 5 (median) taburan hujan (mm)

36.9

49.5

48.3

48.3

53.2

37.9

37.6

45.7

63.9

48.6

54.2

35

604.8

Min bilangan hari hujan ≥ 1 (mm)

5.4

4.1

4.9

5.4

5.8

5.5

6.4

7

7.9

7.3

7.4

5.5

 72.6

Sumber: Biro Meteorologi, 2013

Idea Lebih Lanjut mengenai Australia