Cuaca di Gold Coast

Gold Coast, QLD. © Tourism Australia

Cuaca di Gold Coast

Gold Coast Queensland mempunyai iklim subtropika nyaman yang ideal untuk berseronok di luar sepanjang tahun. Gold Coast secara purata mengalami 245 hari cuaca nyaman dan cerah setiap tahun dan hujan purata sekitar 1400mm setiap tahun, dengan kebanyakan hujan turun dalam musim panas (Disember – Februari). Suhu siang hari di pantai biasanya dalam pertengahan 20°C. Kawasan pedalaman lebih sejuk sedikit dengan suhu maksimum musim sejuk sekitar 16°C. Pada musim sejuk, langit cerah dan udara kering menandakan suasana malam yang dingin. Di sini anda boleh mendapat maklumat tentang suhu, taburan hujan dan aktiviti bermusim untuk membantu anda merancang percutian anda ke Gold Coast.

Pada musim panas (Disember – Februari) suhu purata di Gold Coast sekitar 20-28°C yang nyaman, walaupun taburan hujan tertinggi berlaku antara bulan Januari dan Mac. Hari panas sering diikuti oleh ribut tropika. Kelembapan paling tinggi pada waktu ini, namun ia diimbangi dengan bayu laut yang dingin. Ini antara waktu terbaik untuk menikmati pantai Gold Coast yang indah permai. Hutan hujan yang dingin dan serok gunung di pedalaman memberikan kelegaan pada hari-hari yang panas dalam musim panas. Bulan Januari masa yang amat sesuai untuk menyejukkan diri dengan ikan lumba-lumba di Sea World atau bersuka-suka dengan aktiviti air di taman tema Wet ‘n’ Wild. Magic Millions Horse Racing Carnival juga diadakan pada bulan Januari. Gold Coast masih panas dan lembap pada bulan Februari dan inilah masa yang sesuai untuk berada di pantai, meluncur atau berenang di kolam mandi. Anda boleh melihat ikon Australia bertanding dalam karnival luncur air dan pertandingan meluncur seperti Quiksilver Pro. Di pedalaman Gold Coast, hutan hujan yang subur menghijau kelihatan hidup dipenuhi tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang menarik dan suhunya lebih sejuk dan kurang lembap berbanding kawasan pantai. Aktiviti popular lain pada waktu ini adalah memancing di laut dalam dan di kawasan terumbu atau memerhati burung di hutan hujan.

Pada Musim Luruh (Mac – Mei) hari yang cerah diikuti oleh malam hangat yang amat sesuai untuk aktiviti air di luar seperti memancing dan belayar. Gold Coast Triathlon dan Australian Surf Life Saving Championships diadakan dalam bulan Mac dan April.

Musim Sejuk (Jun – Ogos) di Gold Coast biasanya cerah dan kering. Jun menandakan permulaan musim memerhati ikan paus. Bot pelancongan mula menuju ke luar untuk mencari ikan paus pada awal bulan Jun hingga penghujung Oktober. Ramai orang di Australia melarikan diri daripada cuaca lebih dingin di negeri-negeri selatan untuk bercuti di Queensland dalam tempoh ini. Kelembapan adalah lebih rendah, hujan juga kurang, namun suhunya masih hangat. Surfers Paradise Festival berlangsung dari pertengahan Jun hingga pertengahan Julai.

Iklim Musim Bunga (September – November) sama dengan Musim luruh, dengan siang yang cerah diikuti malam tropika yang sederhana. September mungkin berangin, sesuai untuk sukan seperti pelayaran layang-layang, meluncur angin dan belayar. Anda boleh melihat bunga-bungaan dan taman musim bunga yang berwarna-warni di Springtime on the Mountain Festival yang berlangsung di Mount Tamborine.
Pada bulan Oktober, saksikan Ironmen dan Ironwomen bersaing di Coolangatta Gold. Musim bunga juga adalah masa yang sesuai untuk melawati pasar tempatan atau pasar malam di Surfers Paradise atau Broadbeach.


Carta Iklim

Suhu

Jan

Feb

Mac

Apr

Mei

Jun

Jul

Ogos

Sep

Okt

Nov

Dis

Tahunan

Min suhu maksimum (°C)

28.6

28.5

27.7

25.7

23.4

21.3

21.1

21.8

23.8

25.2

26.6

27.7

25.1

Min suhu minimum (°C)

21.8

21.8

20.7

18.3

15.3

13.1

12

12.4

14.8

169

18.9

20.4

17.2

Sumber: Biro Meteorologi, 2013

Carta Kerpasan

Taburan hujan

Jan

Feb

Mac

Apr

Mei

Jun

Jul

Ogos

Sep

Okt

Nov

Dis

Tahunan

Min taburan hujan (mm)

131

177

103.7

123.3

117.2

115.9

46.6

60

43.8

1003

125

142.6

1285

Desil 5 (median) taburan hujan (mm)

111.8

1476

103.8

89

78.7

75.4

35

31.8

24

102.6

85.4

1262

1267

Min bilangan hari hujan ≥ 1 (mm)

9.1 

10.3

11.1

9.2

8.7

7.1

4.8

4.5

5.3

6.7

 8.8

9.3

94.9

Sumber: Biro Meteorologi, 2013

Idea Lebih Lanjut mengenai Australia