Cuaca di Melbourne

Federation Square, Melbourne, VIC. © Tourism Victoria

Cuaca di Melbourne

Cuaca di Victoria dibahagikan kepada pelbagai zon iklim berbeza, daripada kawasan panas, kering di barat laut ke padang salji alpine di timur laut. Melbourne terkenal dengan musimnya yang boleh berubah, yang selalu disebut sebagai mempunyai ‘empat musim dalam satu hari’. Umumnya, bandar ini mengalami iklim sederhana dengan musim panas yang hangat hingga panas; musim bunga dan musim luruh yang sederhana; dan musim sejuk yang dingin. Purata suhu adalah 25°C pada musim panas dan 14°C pada musim sejuk. Hujan turun paling lebat dari bulan Mei hingga Oktober. Di sini anda akan mendapat maklumat tentang suhu, taburan hujan dan aktiviti bermusim yang membantu anda merancang percutian di Melbourne.

Dengan iklimnya yang pelbagai, Melbourne biasanya menjadi panas pada bulan Disember hingga Februari (musim panas), menyejuk dari bulan Mac hingga Mei (musim luruh), semakin sejuk dari bulan Jun hingga Ogos (musim sejuk)dan menjadi hangat semula pada bulan September hingga November (musim bunga). Suhu tertinggi Melbourne biasanya berlaku pada bulan Januari dan Februari, apabila ia biasanya kering dan panas dengan purata suhu antara 15 – 26°C. Purata hujan tahunan bagi Melbourne ialah di sekitar 600mm. Jun dan Julai merupakan bulan paling sejuk dan Oktober adalah bulan paling lembap. Petua yang penting adalah agar bersedia untuk sebarang keadaan cuaca – bawa payung dan pakai pakaian berlapis seperlunya.

Melbourne menjadi tuan rumah kepada banyak acara besar Australia sepanjang tahun. Musim panas paling popular untuk permainan tenis dengan acara sukan utama seperti kejohanan Grand Slam Australian Open Tennis pada bulan Januari. Pada musim panas, ramai orang keluar rumah dan berseronok di luar di pantai tepi teluk seperti St Kilda Beach dengan bayu petang yang mendingin dari Port Phillip Bay. Inilah masa terbaik untuk menikmati permainan golf di Melbourne Sandbelt yang terkenal.
Musim luruh adalah masa yang sesuai untuk meneroka pelbagai taman dan kebun bunga Melbourne apabila daunnya bertukar menjadi warna yang indah. Formula 1™ Australian Grand Prix diadakan pada bulan Mac. Acara utama makanan dan fesyen lain pada bulan Mac termasuklah Festival Fesyen Melbourne dan Festival Makanan & Wain Melbourne. Pada setiap hari Easter (Mac atau April) legenda dari seluruh dunia hadir untuk bersaing dalam pertandingan meluncur Ripcurl Pro di Great Ocean Road, bertempat di Bells Beach.

Pada Musim Sejuk purata suhu harian boleh turun hingga 7°C dengan purata suhu tinggi 14°C. Inilah masa yang sesuai untuk aktiviti luar dan untuk menerokai pelbagai galeri kesenian dan tempat persembahan di Melbourne. Saksikan persembahan di Melbourne Arts Centre di Southbank. Lawatilah pameran yang paling mengagumkan di dunia bertempat di Melbourne Museum dan National Gallery of Victoria. Pesta Jaz Antarabangsa Melbourne diadakan di pelbagai tempat yang selesa pada bulan Jun. Pakailah pakaian tebal dan sertai puluhan ribu penduduk tempatan dalam keterujaan perlawanan Australian Rules Football (AFL) di Padang Kriket Melbourne.

Pada musim bunga, bandar ini menjadi rancak dengan Karnival Piala Melbourne, iaitu acara lumba kuda Australia yang paling berprestij. Inilah juga masanya untuk menjelajahi ladang anggur dan kawasan spa Yarra Valley dan Dandenong Ranges.


Carta Iklim

Suhu

Jan

Feb

Mac

Apr

Mei

Jun

Jul

Ogos

Sep

Okt

Nov

Dis

Tahunan

Min suhu maksimum (°C)

 25.9

 25.8

 23.9

 20.3

 16.7

14.1 

13.5 

 15

 17.2

19.7 

22 

 24.2

 19.9

Min suhu minimum (°C)

14.3 

14.6 

13.2 

 10.8

8.7 

 6.9

 6

6.7 

9.5 

11.2 

12.9 

 10.2

Sumber: Biro Meteorologi, 2013

Carta Kerpasan

Taburan Hujan

Jan

Feb

Mac

Apr

Mei

Jun

Jul

Ogos

Sep

Okt

Nov

Dis

Tahunan

Min taburan hujan (mm)

 47.3

48.1 

 50.4

 57.3

 56

49.2 

 47.6

50.1 

 58

 66.2

60.3 

59.3 

649.6 

Desil 5 (median) taburan hujan (mm)

36.8 

33 

 38.8

49.8 

55.2 

 42.7

44.4 

 49.2

52.9 

 66.4

53.7 

52 

645 

Min bilangan hari hujan ≥ 1 (mm)

5.6 

 5.1

 6.1

 7.9

 9.7

 9.5

9.8 

 10.5

10.4 

10.2 

8.3 

7.2 

 100.3

Sumber: Biro Meteorologi, 2013

Idea Lebih Lanjut mengenai Australia