Cuaca di Perth

Swan River, Perth, WA. © Tourism Western Australia

Cuaca di Perth

Australia Barat mempunyai beberapa zon iklim kerana saiz kawasannya yang sangat besar. Kawasan barat dayanya mengalami musim sejuk yang sederhana dan lembap serta musim panas yang panas dan kering. Perth mempunyai lebih banyak hari yang cerah dalam setiap tahun berbanding mana-mana ibu negeri Australia yang lain. Hujan turun paling lebat antara bulan Mei dan September. Biasanya Februari merupakan bulan terpanas setiap tahun, dengan purata suhu 31°C. Bayu laut bernama ‘The Fremantle Doctor’ memberikan kelegaan daripada kepanasan. Musim sejuknya relatif dingin dan lembap dengan julat suhu pada waktu siangnya dari 18-21°C. Di sini anda boleh mendapatkan maklumat tentang suhu, taburan hujan dan aktiviti bermusim untuk membantu anda merancang percutian di Perth.

Perth mengalami iklim ala Mediterranean, yang bermakna pada kebanyakan hari dalam setahun, cuacanya panas dan cerah. Perth mempunyai lebih banyak hari yang cerah dalam setiap tahun berbanding mana-mana ibu negeri Australia yang lain. Malah semasa musim sejuk sederhana yang singkat, matahari sering bersinar. Musim panas yang lama ini bermakna banyak aktiviti Perth dijalankan di luar. Hampir pada bila-bila masa pun sepanjang tahun adalah sesuai untuk keluar bersiar-siar, menyertai aktiviti luar atau bersantai di pantai berpasir Perth yang bersih.

Cuacanya hangat hingga panas sepanjang bulan-bulan musim panas (Disember – Februari) di Perth. Bulan paling panas biasanya adalah Januari dan Februari. Cuacanya nyaman serta kering dan hujan jarang turun dalam tempoh ini. Perth juga mendapat bayu laut yang menyegarkan yang digelar Fremantle Doctor pada waktu petang. Ia menyediakan kelegaan yang ditunggu-tunggu pada hari yang panas. Purata julat suhu pada musim panas adalah dari 27°C -30°C pada waktu siang hingga minimum 15°C pada waktu malam. Kings Park, taman dalam bandar Perth adalah tempat yang sesuai untuk meluangkan waktu tengah hari yang cerah di Perth.

Musim Luruh (Mac – Mei) di Perth adalah seperti lanjutan musim panas, dengan suhu yang serupa, waktu siang yang hangat dan cerah serta malam yang lebih dingin. Walaupun selalunya cuaca baik, hujan atau cuaca lembap kadangkala berlaku. Pesta tahunan kesenian bebas Sculpture by the Sea diadakan di Cottesloe Beach pada bulan Mac. Ini merupakan waktu yang indah untuk belayar menyusuri sungai ke Fremantle; melawat ladang anggur Swan Valley; atau menuju ke Rottnest Island.

Musim sejuk Perth yang sederhana (Jun – Ogos) merupakan musim hujan, dengan hari siang yang cerah dan dingin. Kadangkala ribut berlaku, dengan hujan lebat dan ribut petir. Julat suhu harian pada musim sejuk ialah dari 18-21°C hingga minimum 12°C pada waktu malam. Walaupun hujan berlaku, ada banyak aktiviti dalam bangunan untuk dicuba. Northbridge adalah pusat kebudayaan Perth, tempat untuk anda menghabiskan masa anda di Western Australian Museum, Art Gallery of Western Australia dan Perth Institute of Contemporary Art. Fremantle Prison, Fremantle Museum dan Maritime Museum juga merupakan tempat menarik untuk dilawati dalam musim sejuk.

Dalam musim bunga (September – November) waktu siang hangat dan cerah, terutamanya dalam bulan Oktober dan November dengan suhu harian sekitar 20 – 25°C. Hujan tidak banyak turun dalam tempoh ini dan Australia Barat mula ceria dengan kembang bunga liar yang berwarna-warni. Ikuti Wilderness and Wildflowers Trail di Botanic Gardens atau salah satu antara pelbagai denai di seluruh wilayah ini.


Carta Iklim

Suhu

Jan

Feb

Mac

Apr

Mei

Jun

Jul

Ogos

Sep

Okt

Nov

Dis

Tahunan

Min suhu maksimum (°C)

31.7 

 31.9

 29.7

 25.5

21.8 

18.9 

17.9 

 18.5

20.1 

22.6 

25.8 

28.9 

24.4 

Min suhu minimum (°C)

 17

17.5 

15.9 

 12.9

 10.4

 9

 8

8.8 

10.2 

12.7 

14.9 

 12.1

Sumber: Biro Meteorologi, 2013

Carta Kerpasan

Taburan Hujan

Jan

Feb

Mac

Apr

Mei

Jun

Jul

Ogos

Sep

Okt

Nov

Dis

Tahunan

Min taburan hujan (mm)

 9.7

14.4 

15.7 

41.4 

99.3 

162 

 157.3

 117.3

72.2 

 44.3

26.9 

11.4 

 773

Desil 5 (median) taburan hujan (mm)

2.3 

5.4 

34.3 

88.6 

158.2 

 154.6

119.2 

 66.8

38.4 

22.2 

 8.2

 777.6

Min bilangan hari hujan ≥ 1 (mm)

1.4 

1.5 

2.2 

5.4 

 9.9

14.2 

14.9 

13 

10.2 

6.7 

 4.4

2.3 

86.1 

Sumber: Biro Meteorologi, 2013

Idea Lebih Lanjut mengenai Australia