Cuaca di Sydney

Milsons Point, Sydney, NSW. © Steve Back & Destination NSW

Cuaca di Sydney

Sydney beriklim cerah ala Mediterranean sepanjang tahun dengan lebih daripada 340 hari yang cerah setiap tahun. Musim panasnya hangat hingga panas dan musim sejuknya pula sederhana, dengan taburan hujan sekata sepanjang tahun. Pada musim panas (Disember - Februari), purata suhu maksimum adalah sekitar 26°C. Ia juga mungkin lembap pada masa ini dengan purata kelembapan 65 peratus. Purata suhu maksimum pada bulan-bulan musim sejuk (Jun-Ogos) adalah sekitar 16°C. Jumlah hujan di Sydney adalah paling tinggi antara Mac dan Jun. Anda akan mendapat sedikit maklumat di sini tentang suhu, taburan hujan dan aktiviti bermusim untuk membantu anda merancang percutian anda di Sydney.

Musim panas (Disember – Februari) di Sydney bermakna menikmati aktiviti di luar. Januari biasanya bulan paling panas di Sydney dengan purata suhu antara 18.6 – 25.8 °C. Ketika inilah Australia bercuti apabila ramai orang berpusu-pusu menuju ke pantai berdekatan seperti Manly Beach, Palm Beach dan Bondi Beach. Ini merupakan masa yang sesuai untuk menerokai pelabuhan sambil berkayak, belayar dalam bot sewa yang mewah atau bot pesiaran. Jika anda datang pada musim panas, anda akan dapat menyaksikan bunga api di atas Sydney Harbour Bridge pada Pesta Malam Tahun Baru; permulaan perlumbaan kapal layar Sydney Hobart Yacht Race; dan temasya Hari Australia di Sydney Harbour. Terdapat banyak acara sukan kejohanan dunia yang akan dapat dihadiri termasuk golf, tenis, kriket dan luncur air.

Musim Luruh (Mac – Mei) masih merupakan tempoh suhu sederhana di Sydney dan antara masa yang paling selesa untuk melawat kerana kelembapannya lebih rendah. Ia merupakan masa yang sesuai untuk menikmati keindahan semula jadi taman negara yang terdapat di pinggir bandar seperti Sydney Harbour National Park; Royal National Park; dan Kuring-Gai Chase National Park. Waktu ini sesuai bagi anda berjalan kaki menyertai Sydney Coastal Walk selama tujuh hari dari Palm Beach ke Cronulla. Pertunjukan Easter Diraja Sydney diadakan pada bulan Mac-April. Festival Sydney dan Perarakan Mardi Gras Sydney yang berwarna-warni turut diadakan pada bulan Mac.

Musim Sejuk (Jun – Ogos) masih merupakan masa yang sesuai untuk keluar dan menikmati pelbagai tarikan semula jadi Sydney. Bulan yang paling dingin adalah Jun hingga Ogos apabila suhu pada waktu siang jarang jatuh di bawah 7 °C. Bulan paling sejuk ialah bulan Julai. Musim memerhati ikan paus di sepanjang pantai timur NSW berlangsung dari bulan Mei hingga November. Jika anda melawati Sydney pada musim sejuk, pastikan anda menyertai pelayaran memerhati ikan paus yang bertolak dari Circular Quay. Sertai berjalan kaki di pinggir pantai yang berpemandangan dari Bondi ke Coogee dan daki Sydney Harbour Bridge. Jangan terlepas perlawanan Liga Ragbi Kebangsaan (NRL) yang berlangsung antara bulan Mac dan September.

Musim bunga (September – November) di Sydney kembali hidup. Siangnya lebih panas namun kelembapannya tidak setinggi semasa musim panas. Min suhu hariannya adalah dari 11 - 23°C. Bermalam di ‘Roar and Snore’ bertempat di Taronga Zoo Sydney dan dengar sendiri aktiviti haiwan pada saat aktifnya. Sertailah lawatan berjalan kaki untuk menerokai warisan Orang Asli Sydney, atau tujui pelabuhan untuk mengetahui sejarah kepulauan Sydney Harbour. Naiki kapal terbang laut dan nikmatilah keseluruhan pemandangan ini.


Carta Iklim

Suhu

Jan

Feb

Mac

Apr

Mei

Jun

Jul

Ogos

Sep

Okt

Nov

Dis

Tahunan

Min suhu maksimum (°C)

28.4

28.1

26.6

23.9

20.8

18.3

17.6

19.5

22.5

24.3

25.3

27.4

23.6

Min suhu minimum (°C)

19.3

19.4

17.8

14.3

11.2

8.9

7.8

8.7

11.6

13.7

15.8

17.9

13.9

Sumber: Biro Meteorologi, 2013

Carta Kerpasan

Taburan Hujan

Jan

Feb

Mac

Apr

Mei

Jun

Jul

Ogos

Sep

Okt

Nov

Dis

Tahunan

Min taburan hujan (mm)

84.4

109.8

66

89.2

88.2

75.8

63.5

56.7

52.7

64.9

76.2

58

884

Desil 5 (median) taburan hujan (mm)

65.2

114.5

52.4

65.6

61.9

59.1

53.9

30.4

48

47

68.4

54.4

873

Min bilangan hari hujan ≥ 1 (mm)

7.6

7.7

7.6

6.9

7.7

6.9

6.3

4.4

5.5

7.1

7.8

6.8

82.3

Sumber: Biro Meteorologi, 2013