Acara yang mesti disaksikan di Australia pada Musim Luruh ini

Canberra Balloon Spectacular, ACT

Acara yang mesti disaksikan di Australia pada Musim Luruh ini

Pada musim luruh ini, pergilah mengembara merentasi Australia dan temui pelbagai acara unik dan berbudaya yang tersedia untuk anda di seluruh negara ini. Dari makanan dan wain sehingga seni dan budaya, temui acara yang mesti disaksikan dan diterokai pada musim ini.

Sydney Gay and Lesbian Mardi Gras, NSW
Sydney Gay and Lesbian Mardi Gras, NSW

Sydney Gay and Lesbian Mardi Gras (NSW) 7 Februari – 2 Mac 2014

Parti jalanan terbesar di Sydney

Mardi Gras Sydney merupakan festival tahunan para gay dan lesbian yang menarik minat pelancong dari seluruh Australia dan juga luar negeri. Festival ini termasuk hampir 100 acara budaya, sukan dan sosial untuk memenuhi setiap cita rasa. Kemuncaknya merupakan Perarakan Mardi Gras yang termasyhur di dunia pada 1 Mac, perarakan bergemerlapan dengan lebih 9,000 orang, kereta berhias unik, pakaian beragam luar biasa, rekaan fesyen dan tarian yang menakjubkan.

Mesti disaksikan: Dengan layar Sydney Opera House yang disinari matahari dan pelabuhan berkilauan sebagai latar yang terbaik, Harbour Party 2014 mengimbau pelbagai orang dari seluruh pekan atau dunia untuk berparti semalaman di pentas tarian terbuka ini.

Melbourne Food and Wine Festival, VIC
Melbourne Food and Wine Festival, VIC

Melbourne Food and Wine Festival, (VIC) 28 Februari – 16 Mac 2014

Makanan dan wain terbaik di tepian air Yarra

Setiap tahun pada bulan Mac, Melbourne Food and Wine Festival menyerlahkan program bertaraf dunia yang mengandungi lebih 300 acara yang memenuhi rangkaian restoran, lorong, ruang bawah tanah dan ruang bumbung berselirat serta tersebar di kawasan desa Victoria yang menakjubkan.

Mesti disaksikan: Hab baru festival ini, The Immersery Kitchen, Bar and Raingarden. Raikan keajaiban air di hab Festival yang mengagumkan yang tertambat di Yarra River di Queensbridge Square Tempat pertemuan di tepian air ini akan menjadi tuan rumah kepada makanan, wain dan koktel paling mengilhamkan di Victoria selama lebih 17 hari.

Formula 1™ Rolex Australian Grand Prix, VIC
Formula 1™ Rolex Australian Grand Prix, VIC

Formula 1™ Rolex Australian Grand Prix (VIC) 13-16 Mac 2014

Pertandingan perlumbaan kenderaan Australia yang paling tua dan hebat

Formula 1™ Australian Grand Prix menawarkan ekstravaganza aktiviti di dalam dan luar litar yang penuh aksi untuk dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat, dengan berlatarkan persekitaran mengagumkan Albert Park dan pemandangan latar langit Melbourne.

Mesti disaksikan: Pemain papan selaju terkenal Tony Hawk, yang mungkin paling berpengaruh sepanjang zaman, akan membawakan keterujaan di luar litar ke tahap yang lebih tinggi dengan menyertakan sesi jamming ‘Tony Hawk dan Friends Vert Jam’ ke 2014 Formula 1™ Australian Grand Prix.

Virgin Australia Melbourne Fashion Festival, VIC
Virgin Australia Melbourne Fashion Festival, VIC

Virgin Australia Melbourne Fashion Festival (VIC) 17-23 Mac 2014

Minggu penuh hiburan yang anggun dan bergaya

Raikan fesyen Australia dengan gaya hebat sewaktu festival tahunan fesyen, kecantikan, perniagaan dan usaha kreatif membanjiri Melbourne. Virgin Australia Melbourne Fashion Festival menawarkan pesta penuh cita rasa, dengan hiburan sepanjang minggu yang penuh gaya termasuk pertunjukan peragaan fesyen, bengkel kecantikan dan hiburan secara langsung yang bertaraf dunia.

Mesti disaksikan: Alami koleksi rekaan yang rancak, ceria dan mewah yang mempesonakan daripada anak jati Australia sendiri, Camilla Franks dalam Grand Showcase. Satu-satunya pertunjukan besar yang mewah ini menjanjikan pengalaman fesyen mutakhir dengan karya bersama muzikal yang menguja dan seni pementasan yang berani.

Canberra Balloon Spectacular, ACT
Canberra Balloon Spectacular, ACT

Canberra Balloon Spectacular (ACT) 9-17 Mac 2014

Pertunjukan belon udara panas mengagumkan yang terkenal di serata dunia

Saksikan serangkaian belon udara panas pada lewat subuh dan dengan perlahan berapungan di atas tarikan ikonik Canberra. Antara acara yang paling popular dalam kelasnya, Canberra Balloon Spectacular menyimbahkan pelbagai warna merentasi langit dan menampilkan hiburan secara langsung di darat dengan sarapan yang disediakan untuk dinikmati semua.

Mesti disaksikan: Tenggelamkan diri anda dalam aksi dan alami sendiri keseronokan menaiki belon udara panas. Saksikan bumi ini dari udara dalam pengembaraan yang sangat menggirangkan, apabila anda terapung-apung bersama angin sepoi-sepoi beberapa ratus meter di udara.

Handa Opera on Sydney Harbour, NSW
Handa Opera on Sydney Harbour, NSW

Handa Opera on Sydney Harbour (NSW) 21 Mac – 11 April 2014

Alami Opera di atas pentas terapung di pelabuhan

Alami keajaiban, keterujaan dan keindahan opera yang terkenal di seluruh dunia. Handa Opera on Sydney Harbour menghidupkan opera Madama Butterfly karya Puccini yang diminati ramai itu di atas pentas bergemerlapan di Sydney Harbour, dengan pemandangan mengagumkan Sydney Opera House dan Sydney Harbour Bridge.

Mesti disaksikan: Sama ada keterujaan sewaktu suara soprano atau tenor meningkat naik, senandung korus, pakaian dan pemandangan luar biasa, kisah yang menyentuh perasaan, atau hanya teruja dengan suasana, tiada yang seumpama Handa Opera on Sydney Harbour.

Hobart Baroque, TAS
Hobart Baroque, TAS

Hobart Baroque (TAS) 29 Mac – 5 April 2014

Festival unik yang khusus untuk muzik klasikal 'baroque'

Hobart Baroque merupakan festival yang dikhususkan untuk persembahan muzik yang dicipta pada lewat kurun ke-17 dan awal kurun ke-18. Para artis tempatan dan luar akan disertai oleh tetamu dari Finland, Sepanyol, UK, Israel, Greece, Rusia, New Zealand dan Turki. Pendatang baru boleh mencuba program ini di 5x5x5@5 – lima persembahan lewat petang pada harga istimewa $5.

Mesti Disaksikan: Acara kemuncak termasuk persembahan pentas lengkap karya agung Handel dalam opera iaitu Orlando, beberapa sonata terpilih daripada Domenico Scarlatti yang dimainkan dengan hapsikord berduet, dan persembahan muzik klasik Turki yang eksotik dengan diiringi Pesta Makanan Ottoman di waktu petang.

Strictly Ballroom the Musical oleh Baz Luhrmann, NSW
Strictly Ballroom the Musical oleh Baz Luhrmann, NSW

Strictly Ballroom the Musical oleh Baz Luhrmann (NSW) Dari 1 April 2014

Pengalaman muzik karya Australia yang paling mengagumkan

Strictly Ballroom The Musical merupakan kisah penuh inspirasi tentang seorang penari kejohanan dansa yang mencabar segala norma untuk mengikut gerak hatinya. Pasukan kreatif asal di sebalik filem klasik 1992 ini termasuk pengarah dan penulis bersama Baz Luhrmann akan kembali untuk mencipta produksi teater nyanyian dan tarian yang serba baru.

Mesti disaksikan: Jadilah sebahagian sejarah dan alami drama, jenaka, asmara dalam persembahan menakjubkan yang bergemerlapan dan berlabuci yang mempengaruhi seluruh dunia untuk turut menari.

Pertunjukan Easter Di Raja Sydney, NSW
Pertunjukan Easter Di Raja Sydney, NSW

Pertunjukan Easter Di Raja Sydney (NSW) 10-23 April 2014

Desa bertemu bandar dalam perayaan budaya dan warisan Australia

Pertunjukan Easter Di Raja Sydney merupakan acara tahunan terbesar di Australia, yang menarik hampir 900,000 orang setiap tahun. Ia merupakan perayaan budaya Australia, dari tradisi luar bandarnya hingga ke gaya hidup zaman moden memberikan pengalaman yang unik kepada setiap orang. Setiap tahun, desa dan bandar berganding bahu menikmati pertandingan pertanian, pengalaman dengan haiwan, hiburan, keseronokan karnival, membeli-belah dan banyak lagi.

Mesti disaksikan: Tradisi unggul Australia, Pertandingan Woodchop telah ditampilkan dalam Pertunjukan Easter selama lebih seabad. Menarik kira-kira 200 peserta lelaki dan wanita dari Australia dan luar negeri yang bertanding dalam lebih 65 kelas berbeza, inilah satu-satunya Pertandingan Pertunjukan yang juga merupakan acara Gelaran Sedunia.

Tasting Australia, SA
Tasting Australia, SA

Tasting Australia (SA) 27 April – 4 Mei 2014

Festival kulinari Australia yang paling berpengaruh

Semenjak dimulakan pada tahun 1997, Tasting Australia telah menjadi salah satu festival kulinari yang paling berpengaruh dan paling banyak dikunjungi di negara ini. Acara dwitahunan ini, yang menarik minat kira-kira 50,000 orang merupakan peluang terbaik bagi para profesional makanan dan minuman, media makanan, minuman dan kembara dunia serta orang ramai untuk menikmati segala yang ditawarkan oleh negara ini dari segi hasil tani, wain, bir, hospitaliti dan pelancongan.

Mesti disaksikan: Setiap hari, Sesi Bersantap dengan jurumasak kegemaran anda merupakan cara terbaik untuk benar-benar mengalami festival ini. Dengan terlibatnya jurumasak Australia yang paling masyhur setiap tahun, jangan ketinggalan menghadiri acara ini.

Aussie Wine Month (Kebangsaan)
Aussie Wine Month (Kebangsaan)

Aussie Wine Month (Kebangsaan) 1-31 Mei 2014

Perayaan wain tahunan Australia yang terbesar

Aussie Wine Month merupakan gabungan kira-kira 100 acara, merasa wain, promosi dan sambutan di seluruh negara sambil mempamerkan reputasi Australia sebagai salah satu negara pengeluar wain terbaik dunia. Aussie Wine Month mempersembahkan peluang yang hebat untuk merasa wain terbaik Australia, dari Pinot Noir Tasmania, Hunter Valley Semillon, Margaret River Cabernet, Yarra Valley Chardonnay atau Barossa Shiraz, atau jenis lain dari lebih 60 wilayah wain khusus di serata negara ini.

Mesti disaksikan: Alami ‘Hero Wilayah’ Australia merentasi tema acara tahun ini.

Opera on the Beach, QLD
Opera on the Beach, QLD

Opera on the Beach (QLD) 9-11 Mei 2014

Opera indah bersaksikan matahari, pasir dan ombak

Keluar dari teater menuju ke pantai, alami Opera on the Beach. Bayangkan istana pasir gergasi di pantai Coolangatta, keluarga berseronok di tempat perkelahan, kanak-kanak membina istana pasir sementara matahari terbenam, disertai muzik yang amat indah. Dan di sinilah akan diadakan produksi unik Australia mengenai persembahan opera yang paling diminati di dunia, The Magic Flute karya Mozart.

Mesti disaksikan: Saksikan keajaiban terserlah di hadapan sewaktu anda bersantai di atas kerusi pantai dan beredar pergi dari situ dengan mata berkaca, kasut berpasir dan hati yang berlagu.

Noosa International Food and Wine Festival, QLD
Noosa International Food and Wine Festival, QLD

Noosa International Food and Wine Festival (QLD) 15-18 Mei 2014

Tempat tumpuan kulinari Queensland di pinggir laut

Para penggemar makanan haruslah menuju ke Noosa di utara Sunshine Coast untuk menghadiri Noosa International Food and Wine Festival. Acara ini menawarkan lebih 200 orang jurumasak, pembuat wain, pihak media serta pemilik restoran tempatan dan antarabangsa yang terkemuka, yang mengambil bahagian dalam demonstrasi masakan, makan tengah hari bagi gaya hidup, merasa wain, pameran kulinari dan banyak lagi. Acara lain termasuk Jejak Makanan, Perkelahan Antarabangsa dan makan malam gustatori.

Mesti disaksikan: Memudiki Noosa River dengan MV Catalina untuk menikmati hidangan Seafood Afloat. Lawati tempat asal Spanner Crabs Noosa, dapatkan petua menangkap ikan dan ketam daripada pakar setempat dan jelajahi pulau Richard Branson yang masyhur, Makepeace Island.

High Country Harvest, VIC
High Country Harvest, VIC

High Country Harvest (VIC) 16-25 Mei 2014

Alami restoran, kilang wain dan kilang bir terbaik di Timur Laut Victoria

Para penggemar makanan dijemput untuk turut serta berganding bahu dengan jurumasak, pengeluar hasil tani, pembuat wain dan pembuat bir berseni di High Country Harvest. Dari puncak gunung tertinggi Victoria yang menjulang hingga ke lembah subur dan sungai dan tasik yang jernih, acara ini merupakan perayaan peribadi yang dekat di hati berkaitan rasa musim luruh kawasan Timur Laut yang menyegarkan.

Mesti disaksikan: Sesuai dengan musim menuai, banyak restoran dan kafe High Country yang paling lazat menyediakan menu khas bagi menampilkan hasil tani kawasan ini yang melimpah-ruah – mungkin buah berangan, cendawan dari hutan, epal, pisang kaki atau hero lain - yang dipadankan dengan wain kawasan ini. Pastikan anda tidak lupa membuat tempahan.

Savour Tasmania Incorporating the Red Wine Weekend, TAS
Savour Tasmania Incorporating the Red Wine Weekend, TAS

Savour Tasmania Incorporating the Red Wine Weekend (TAS) 21-25 Mei 2014

Perayaan hasil tani pulau ini

Selama lima hari pada bulan Mei, para peladang, pembuat wain dan penghasil butik Tasmania menuju ke pekan untuk menyertai Savour Tasmania – perayaan hasil tani pulau ini serta jurumasak tempatan dan antarabangsa yang membawakannya dari ladang ke meja makan. Dari restoran kesayangan hingga Princes Wharf 1 yang mengagumkan di tepian air Hobart, program ini termasuk merasa wain, kelas pakar, majlis pertemuan dan bergelas-gelas wain iklim sejuk.

Mesti Disaksikan: Festival dalam festival, Hobart’s Red Wine Weekend mengakhiri programnya dengan menampilkan wain merah Tasmania dari pelbagai vintaj. Penyertaan termasuk merasa setiap wain yang ditampilkan dan peluang untuk berbual dengan para pembuat wain.

Idea Lebih Lanjut mengenai Australia