Amaran Berita - Kebakaran di Blue Mountains

Stesen Bomba Ballarat, Ballarat, VIC. © Tourism Victoria

Amaran Berita - Kebakaran di Blue Mountains

Blue Mountains Lithgow & Oberon Tourism (BMLOT) telah mengambil langkah luar biasa hari ini, iaitu mencadangkan kepada operator pelancongan untuk memberitahu pelawat supaya membatalkan hasrat untuk ke kawasan Blue Mountains buat masa ini.

Pelancongan di Blue Mountains kini tergendala.

Pengerusi Blue Mountains Lithgow & Oberon Tourism (BMLOT), Randall Walker telah mengambil langkah luar biasa hari ini, iaitu mencadangkan kepada operator pelancongan untuk memberitahu pelawat supaya membatalkan hasrat untuk ke kawasan Blue Mountains buat masa ini.

Kemas kini selanjutnya akan menyusul.

BMLOT telah mencadangkan kepada pembekal tempat tinggal untuk menangguhkan tempahan.

"Risiko yang kami akan hadapi dalam beberapa hari yang akan datang ini tidak harus dipandang rendah," katanya.

"Ia adalah misi utama kami untuk memastikan tiada pelawat ke kawasan kami tercedera akibat kebakaran belukar."

Mr Walker berkata bahawa ahli industri pelancongan, yang merupakan salah satu daripada majikan terbesar kawasan tersebut, kini adalah antara sekurang-kurangnya 200 keluarga yang telah kehilangan tempat tinggal mereka, termasuklah seorang pengarah BMLOT, pemilik perniagaan pelancongan, dan kakitangan.

Dalam kawasan Lithgow, Zig Zag Railway turut kehilangan asetnya.

"Kami juga telah menyampaikan penghargaan kami kepada semua sukarelawan yang melawan kebakaran belukar, melindungi nyawa dan harta benda serta menyediakan khidmat sokongan, termasuk ramai individu industri pelancongan," katanya lagi.

BMLOT pada hari Ahad telah mencadangkan yang berikut kepada operator pelancongan termasuk:

- Tiada aktiviti perjalanan belukar dan tiada operator membawa tetamu mereka memasuki belukar
- Pengusaha tempat tinggal menawarkan pilihan lawatan tertangguh kepada pelawat

Buat masa ini, NPWS dan Majlis Perbandaran Blue Mountains telah menutup taman dan hutan simpan. Hanya tempat peninjau utama di bahagian selatan Wentworth Falls, Leura dan Katoomba dengan akses kenderaan masih dibuka.

Tempat meninjau Echo Point dan Pusat Maklumat Pelawat Blue Mountains City Council di Echo Point, Katoomba, dan Glenbrook turut masih dibuka.

Perniagaan pelancongan seperti Scenic World di perkampungan popular Wentworth Falls, Leura dan Katoomba masih dibuka untuk pelawat dan kini berada pada mod bersedia sekiranya ancaman kebakaran bertambah buruk.




Amaran Berita - Kebakaran di Blue Mountains
23 October 2013

Pautan penting untuk Maklumat Kebakaran

Untuk kemas kini tentang situasi kebakaran belukar di NSW dan negeri lain.
Tapak kecemasan ABC

Status kebakaran besar boleh ditemui di sini.

Amaran Kecemasan pada telefon bimbit ( dengan perayauan global)

To find out about Road closures and restricted access