Jelajahi

Lihat dan buat

Menjelajahi Tempat untuk Dikunjungi dan Perkara untuk Dilakukan

Anda mempunyai pelbagai pilihan perjalanan semasa berkunjung ke negara Australia yang terkenal dengan kepelbagaiannya. Terokai bandar raya, negeri, wilayah, destinasi dan peristiwa Australia yang unik lagi ikonik. Sama ada anda mempunyai dua minggu untuk menikmati pemandangan atau enam bulan untuk menjelajahi keseluruhan negara dengan van, di sinilah anda boleh memperoleh segala maklumat mengenai tempat untuk dikunjungi dan perkara untuk dilakukan semasa percutian anda di Australia. Gunakan jadual perjalanan yang dicadangkan untuk membantu anda merancang pengembaraan Australia anda yang tersendiri dan sempurna. Jika anda idamkanpercutian semula jadi, pengembaraan, seni dan budaya, makanan dan wain atau percutian inspirasi, anda boleh menemui kesemuanya di sini.

Gunakan peta untuk menjelajah ikon, bandar raya, negeri dan wilayah Australia

Perkara untuk Dilakukan

Perkara untuk Dilakukan

Sama ada anda  idamkanpengembaraan, atau mencari tempat alam semula jadi, makanan dan wain yang enak, membeli-belah, seni dan budaya, atau mengenali budaya yang tertua di dunia, percutian di Australia mampu memenuhi segala permintaan dan impian anda.

Jadual perjalanan dan cadangan [Mengunjungi Australia]

Jadual perjalanan dan cadangan [Mengunjungi Australia]

Di sini terdapat beberapa cadangan untuk membantu anda memulakan pengembaraan percutian Australia, anda boleh pilih daripada percutian pendek di bandar kepada perjalanan di runut, pengembaraan semula jadi, pemanduan di persisiran pantai dan perjalanan epik merentasi kawasan pedalaman.

Acara-acara

Acara-acara

Rancang cuti anda di sekitar sambutan acara dan pesta yang berlangsung di negara tersebut, pilih daripada acara sukan antarabangsa bertaraf dunia kepada acara wilayah yang menyambut budaya, makanan dan wain serta musim di Australia.