Acara seni Australia

MONA FOMA, Hobart, TAS. © Remi Chauvin & MONA

Acara seni Australia

Sepanjang tahun bandar-bandar raya di Australia mempersembahkan beberapa festival seni terkemuka, mempersembahkan teater, tarian, seni visual, muzik, makanan dan wain tempatan dan antarabangsa. Sertai anak jati Sydney dan pencinta filem dari seluruh dunia di Festival Filem Antarabangsa Sydney. Atau saksikan Pelabuhan Sydney disinari dengan persembahan opera dan pertunjukan lampu. Selami budaya di Festival Seni Antarabangsa Perth. Saksikan penghibur avant-garde dan hasil seni terkini di MONA FOMA atau Festival Fringe Melbourne dan Adelaide. Dari seni kontemporari ke klasik, dari seni bunga ke seni sampingan, ada acara seni untuk setiap gaya dan citarasa.

Melbourne Fringe Festival
Melbourne Fringe Festival

Melbourne Fringe Festival

Melbourne, Victoria
September - Oktober

Melbourne Fringe Festival mempersembahkan hasil karya ribuan artis dari pelbagai jenis seni kontemporari. Festival ini telah berlangsung selama lebih daripada 30 tahun dan merupakan salah satu acara utama dalam kalender kesenian Victoria. Festival terkini telah menarik lebih daripada suku juta orang dan mempersembahkan hasil karya lebih daripada 3000 artis dalam acara, persembahan dan pameran di pelbagai tempat dan lokasi di seluruh Victoria. Victoria telah lama dikenali sebagai 'negeri kesenian'. Kunjungi pameran-pameran lain di National Gallery of Victoria, Melbourne Museum dan Australian Centre for the Moving Image di Federation Square.

Commonwealth Park, Canberra, Wilayah Ibu Negara Australia
13 September – 12 Oktober 2014

Musim sejuk berfros Canberra yang terkenal menyediakan suasana penumbuhan yang amat sesuai untuk berjuta-juta kuntum bunga tulip dan tumbuhan semusim yang mekar tepat pada masanya pada setiap musim bunga di taman berhadapan Lake Burley Griffin. Acara siang hari, festival Floriade sekarang termasuklah NightFest, dengan pemasangan lampu terkini dan hiburan sepanjang lima malam yang menakjubkan dalam bulan September.

SALA Festival
Festival SALA

Festival SALA

Adelaide, Australia Selatan
Ogos

Semenjak 15 tahun dahulu Festival SALA telah meraikan dan mempromosi bakat-bakat yang berlainan Artis yang Masih Hidup Australia Selatan. Diiktiraf sebagai festival Australia paling inovatif, festival seni visual berasaskan komuniti, lebih daripada 3000 orang artis menyertai kerjasama dan pameran unik yang memaparkan lebih daripada 500 tempat membuat wain, kafe, bar, galeri dan ruang unik dan kreatif di seluruh metropolitan dan wilayah Australia Selatan. Kemasukan ke acara dan tempat-tempat di Festival SALA adalah percuma dan tidak boleh ketinggalan meraikan seni visual Australia Selatan ini. Luangkan masa untuk menerokai wilayah wain Austaralia Selatan yang berdekatan dan tempat menarik bersejarah yang lain semasa anda berada di sana.

Melbourne International Art Fair
Pesta Seni Antarabangsa Melbourne

Pesta Seni Antarabangsa Melbourne

Melbourne, Victoria
Ogos

Pesta Seni Melbourne ialah satu pameran seni kontemporari terkemuka, dipersembahkan oleh lebih daripada 80 galeri kebangsaan dan antarabangsa yang terpilih. Acara yang memaparkan lukisan, arca, fotografi, pemasangan dan hasil seni multimedia datang dari lebih daripada 900 artis ini diadakan dua tahun sekali. Terdapat pameran seni kontemporari dari seluruh wilayah Asia Pasifik; ceramah dan forum percuma dengan artis dan kurator. Acara selama empat hari ini dapat menarik pengunjung kira-kira seramai 30,000 orang. Pesta Seni Melbourne menawarkan pengunjung peluang untuk melihat dan membeli karya seni bermutu oleh beberapa artis terkenal Australia dan artis terkenal dunia serta juga melihat karya seni oleh generasi baru.

Adelaide Cabaret Festival
Festival Kabaret Adelaide

Festival Kabaret Adelaide

Adelaide, Australia Selatan
Julai

Festival Kabaret Adelaide adalah acara utama dalam kalendar seni antarabangsa. Sejak ia bermula pada tahun 2001, festival ini telah menjadi festival kabaret paling lengkap di dunia, mendapat reputasi kerana menampilkan artis tempatan, kebangsaan dan antarabangsa yang terbaik dalam persembahan kabaret. Persembahannya beraneka dari komedi, satira, kontemporari, rock, pop, blues, soul, swing dan gypsy jazz ke klasik Broadway sepanjang festival dua minggu ini. Aksi menampilkan beberapa penyanyi dan penulis lagu serta legenda hidup kabaret tersohor di dunia. Festival ini memaparkan lebih daripada 30 persembahan yang dipentaskan di tempat-tempat kabaret peribadi dan Pusat Festival Adelaide.

City of Perth Winter Arts Season
Acara Seni Musim Sejuk Bandar Perth

Acara Seni Musim Sejuk Bandar Perth

Perth, Australia Barat
Jun - Ogos

Bandar Perth memenuhi musim sejuk Australia dengan warna-warni, kehangatan dan hadiah kreatif dari organisasi seni terkemuka Australia Barat. Acara Seni Musim Sejuk Bandar Perth terus berkembang bilangannya, kepelbagaian dan pengiktirafan antarabangsa. Acara ini menggabungkan pilihan acara dan persembahan bertaraf dunia seperti teater, filem, komedi, opera, kesusasteraan, tarian, seni visual, puisi, kabaret dan rangkaian acara bebas dan keluarga. Terdapat lebih daripada 150 acara datang dari lebih daripada 60 organisasi seni yang mengambil bahagian. Nikmati makan malam dan minum wain di beberapa restoran kelas atasan dan bar yang canggih. Ambil peluang untuk menerokai wilayah wain di Australia Barat.

Sydney, New South Wales
Mei – Jun 2015

Lihat Sydney dalam sinaran cahaya baru semasa acara tahunan Vivid Sydney. Setiap musim sejuk, pereka bentuk dan artis terbaik di dunia mengubah bandar ini. Lihat imej menakjubkan yang ditayangkan pada Sydney Opera House, kawal cahaya di Harbour Bridge, bermain dengan arca cahaya interaktif di seluruh pusat bandar, alami muzik hebat dan dengar ceramah muzik yang memberikan inspirasi.

Sydney Film Festival
Festival Filem Sydney

Festival Filem Sydney

Sydney, New South Wales
Jun

Festival Filem Sydney adalah salah satu festival filem paling lama diadakan di dunia dan merupakan acara utama dalam kalendar kebudayaan NSW. Festival yang memakan masa 12 hari ini menayangkan lebih daripada 100 filem cereka, dokumentari, filem pendek dan animasi yang datang daripada lebih 50 buah negara di seluruh dunia dan dalam banyak bahasa. Filem-filem ditayangkan di pelbagai di seluruh bandar, termasuk Teater Negeri, Panggung Acara George Street, Pangkalan Opera Dendy dan Galeri Seni NSW. Pertandingan rasmi ini disokong oleh Federation Internationale des Associations de Producteurs de Films. Sepanjang tahun, Festival Filem Bergerak bagi Festival Filem Sydney menjelajah lokasi-lokasi di seluruh negara.

Melbourne Winter Masterpieces
Melbourne Winter Masterpieces

Melbourne Winter Masterpieces

Melbourne, Victoria
Mac - Jun

Melbourne Winter Masterpieces adalah nama siri pameran tahunan utama semasa musim sejuk di tempat-tempat kebudayaan ternama di Melbourne. Karya-karya ini diperolehi dari galeri dan institusi yang berprestij di seluruh dunia dan adalah pameran karya seni ekslusif bertahap antarabangsa paling tinggi. Acara ini menarik sangat ramai pengunjung antarabangsa dan tempatan. Melbourne Winter Masterpieces yang terdahulu telah mempamerkan hasil karya Picasso, Dali, European Masters, dan pameran dari Koleksi Guggenheim. Pameran diadakan bertukar-tukar tempat setiap tahun seperti Galeri Nasional Victoria, Muzium Melbourne dan Pusat Imej Bergerak Australia.

Sydney, New South Wales
27 Mac – 27 April 2015

Handa Opera di Sydney Harbour bukan hanya sebuah persembahan opera, malah ia merupakan hiburan malam yang lengkap di bawah langit malam musim panas. Acara yang tidak dapat dilupakan ini berlatar belakangkan tabir langit Sydney yang ikonik itu. Datang ke mari menaiki teksi air, nikmati minuman dan hidangan dengan penuh gaya di bar dan restoran sementara, kemudian bersantai di tempat duduk bertingkat sambil menyaksikan persembahan drama ini.

ENLIGHTEN
ENLIGHTEN

ENLIGHTEN

Canberra, Wilayah Ibu Negara Australia
Mac

ENLIGHTEN adalah sebahagian daripada Festival Canberra di mana ia memberikan perspektif baru tentang beberapa tempat-tempat menarik yang terkenal di Australia melalui pembukaan lewat malam. Terokai pameran waktu malam di Galeri Nasional Australia; Perpustakaan Nasional Australia dan Questacon. Banyak bangunan kebangsaan Canberra seperti Rumah Parlimen disinari dengan pertunjukan lampu pada waktu malam. Persembahan secara langsung, lawatan dan perbincangan serta pengalaman makan malam yang eksklusif juga turut mengiringi festival ini. Banyak acara ENLIGHTEN terdiri daripada acara kecil dan peribadi jadi tiket perlu dibeli terlebih dahulu. Banyak juga acara dan hiburan yang percuma untuk seisi keluarga.

Adelaide Fringe
Adelaide Fringe

Adelaide Fringe

Adelaide, Austaralia Selatan
Mac

Adelaide Fringe ialah festival seni terbuka yang berlangsung selama empat minggu di Adelaide semasa bulan Februari dan Mac. Oleh kerana ia terbuka Adelaide Fringe Festival membenarkan sesiapa sahaja yang mempunyai pertunjukan, pameran atau acara kebudayaan mendaftar dan menjadi sebahagian daripada acara seni terbesar Australia. Hasilnya ialah satu festival seni yang paling berbeza di dunia, terkenal kerana idea baru, spontan dan menyeronokkan. Lebih 4000 artis dari seluruh Australia dan dunia mengambil bahagian dalam lebih daripada 900 acara seperti kabaret, komedi, sarkas, tarian, filem, teater dan muzik sehinggalah kepada seni visual dan reka bentuk.

Perth International Arts Festival
Festival Seni Antarabangsa Perth

Festival Seni Antarabangsa Perth

Perth, Australia Barat
Februari

Alami pengalaman indah musim panas Perth di Festival Seni Antarabangsa Perth. Pesta ini menggabungkan bakat seni terunggul Australia dengan seniman antarabangsa terkenal di pelbagai lokasi di seluruh bandar raya ini. Saksikan teater terkini dan tarian kontemporari, tarian klasik yang dramatik serta balet klasik. Nikmati simfoni atau saksikan kugiran di bar pesta larut malam. Hadiri ceramah seniman dan saksikan citra seni visual yang kaya di galeri luar dan dalam bangunan. Tonton filem berbumbungkan bintang atau cuba puaskan keinginan anda untuk menulis, bercerita dan mengetengahkan idea semasa Pesta Penulis Perth. Program yang berlangsung selama seminggu ini menonjolkan lebih 100 acara sastera, termasuk hari yang khusus untuk kanak-kanak.

MONA FOMA
MONA FOMA

MONA FOMA

Hobart, Tasmania
Januari

MONA FOMA adalah satu festival budaya butik yang memberi peluang kepada orang tempatan dan pengunjung ke Tasmania untuk menjiwai persembahan penghibur terkenal antarabangsa dan juga penghibur tempatan yang baru bermula. Ia dipersembahkan bersama Museum of Old and New Art (MONA), berlatar belakangkan tepian air Tasmania yang menawan dan bersejarah. MONA telah mendapat reputasi sebagai tempat persembahan seni kontemporari yang paling mencabar minda di seluruh dunia. Persembahan yang lalu termasuklah artis seperti Nick Cave and the Bad Seeds, PJ Harvey; Dresden Dolls dan lain -lain artis yang tersohor. Kilang wain The Moorilla terletak di tingkat atas MONA dan penginapan mewah juga terdapat di bangunan ini.

Cari acara









Lebih Lanjut mengenai Idea Australia