Acara kebudayaan Australia

Vivid Festival, Sydney Opera House, Sydney, NSW. © Hamilton Lund & Destination NSW

Acara kebudayaan Australia

Sepanjang tahun Australia menjadi hos untuk pelbagai acara menarik bagi meraikan identiti kebudayaan kami yang unik. Sertai kami di seluruh negara meraikan Hari Australia. Raikan warisan berbilang budaya Australia di kala sambutan Tahun Baru Cina. Berikan penghormatan kepada wira-wira Australia ketika berlangsungnya acara yang penuh emosi tatkala fajar menyingsing pada Hari Anzac. Berparti sepanjang malam di Mardi Gras Sydney atau luangkan Sepuluh Hari di Pulau sambil memenuhi keinginan anda mengenali budaya kepulauan Tasmania. Saksikan ternakan kebanggaan kami dan warisan desa di Pertunjukan Easter Di Raja Sydney. Dari festival fesyen, makanan dan bunga hingga ke komedi, festival klasik dan kehangatan musim panas meraikan Hari Krismas, sememangnya ada acara untuk setiap orang.

Kebangsaan
26 Januari 2015

Rakyat Australia meraikan hari kebangsaan mereka – Australia Day– dengan keseronokan di bawah cahaya mentari. Ia merupakan hari cuti umum dengan beratus-ratus acara kecil dan besar diadakan di seluruh negara. Di Sydney, ribuan orang berkumpul di persisiran pantai Sydney Harbour untuk perayaan pesta air. Di pekan dan bandar pula terdapat sarapan pagi komuniti, pesta pantai, tarian dan nyanyian Orang Asli serta konsert, perarakan dan pertunjukan dramatik, acara sukan, pameran kebudayaan dan sejarah serta pertunjukan bunga api. Upacara kerakyatan diadakan untuk meraikan penduduk baru. Inilah hari untuk rakyat Australia meraikan betapa hebatnya menjadi rakyat Australia. Inilah masa terbaik untuk menemui rakyat Australia dan melihat suasana negara itu ketika ia paling santai.

Chinese New Year
Tahun Baru Cina

Tahun Baru Cina

Kebangsaan
Februari

Tahun Baru Cina merupakan perayaan paling lama dan paling penting dalam kalendar masyarakat Cina, ia diraikan di seluruh Australia sebagai tanda menghargai warisan budaya masyarakat Cina Australia. Ramai keluarga Cina-Australia berkumpul bagi meraikan Tahun Baru Cina di Australia dan menyambut tahun yang bakal menjelang akan membawa tuah dan kemakmuran. Banyak mercun, tanglung dan patung naga yang kelihatan; sementara Chinatown di bandar-bandar Australia menyediakan tempat jamuan yang cukup hebat. Manakala patung Great Dragon muncul di jalan-jalan sekitar Melbourne meraikan Tahun Baru Cina. Di Sydney, aktiviti perayaan berlangsung selama tiga minggu dan termasuk Perarakan Perdana, perlumbaan Bot Naga dan pasar malam.

20 Februari – 8 Mac 2015
Sydney, New South Wales

Sydney Gay and Lesbian Mardi Gras Parade yang meriah ini ialah gabungan keseronokan dan kenakalan kem selama sebulan, yang merangkumi aktiviti seperti kelas tarian sama jantina dan pertandingan tarik tali, serta lawatan harian ke bandar dan kawasan sekitar.

Melbourne International Flower and Garden Show
Pertunjukan Bunga & Taman Melbourne

Pertunjukan Bunga dan Taman Antarabangsa Melbourne

Melbourne, Victoria
Mac

Setiap Musim Luruh, Pertunjukan Bunga dan Taman Antarabangsa Melbourne kembali dengan festival warna-warni dan reka bentuk bunga di Royal Exhibition Building dan Carlton Gardens.yang tersenarai sebagai Warisan Dunia. Ia merupakan pertunjukan bunga dan taman tahunan terbesar di hemisfera selatan. Festival ini mempamerkan kreativiti dan keghairahan para pereka bentuk bunga dan landskap terkenal mempersembahkannya dalam bentuk yang menakjubkan. Ada juga makanan dan hiburan menarik untuk seisi keluarga. Carlton Gardens adalah contoh ketara bagi taman di akhir abad ke 19, dengan jalan yang dibarisi pokok-pokok, tasik mini dan banyak tempat untuk bersantai dan menikmati kehijauan salah satu tanah lapang Melbourne.

[Loreal] Melbourne Fashion Festival
Festival Fesyen Melbourne

Festival Fesyen Melbourne [Loreal]

Melbourne, Victoria
Mac

Melbourne telah lama dikenali sebagai ibu negara fesyen dan membeli-belah Australia. Semasa acara tahunan Festival Fesyen Melbourne [Loreal], bandar Melbourne berseri-seri sepanjang bulan meraikan fesyen, rekaan dan kreativiti. Acara seminggu yang penuh gaya ini termasuk pertunjukan runway yang menyaksikan model dan pereka terkenal dan baru Australia, rekaan terkini, bengkel kerja kecantikan, seminar dan forum industri serta hiburan secara langsung. Program Kebudayaan pula memukau hadirin pencinta fesyen dalam berbagai aktiviti menarik di seluruh bandar. Acara ‘Famous for Fashion’ membawa ke dimensi lain yang memberi fokus pada kawasan-kawasan fesyen ikonik Melbourne di Chapel dan High Street untuk melihat pratonton trend musim luruh dan musim sejuk yang terkini.

[Mercedes Benz] Australian Fashion Week
Minggu Fesyen Australia

Minggu Fesyen Australia [Mercedes Benz]

Sydney, New South Wales
Mac

Dalam bulan Mac, para peminat fesyen datang berduyun-duyun ke Sydney untuk menyaksikan pertunjukan musim bunga/musim panas di Minggu Fesyen Australia [Mercedes Benz]. Perintis gaya dan orang-orang terkenal berkumpul untuk mengikuti fesyen terkini tentang tren musim akan datang dan ciptaan terbaru dari pereka Australia kegemaran mereka. Acara industri ini mempunyai lawatan pakej VIP yang akan membolehkan anda berkunjung di sebalik tabir. Semasa Minggu Fesyen Sydney dalam bulan Ogos anda akan terpesona melihat koleksi May terbaik musim luruh pada masa yang sama ia tiba di gedung-gedung perniagaan. Pastikan anda menjelajahi syurga membeli-belah Sydney, seperti Oxford St di Paddington dan Queen Victoria Building yang bersejarah di CBD.

Melbourne International Comedy Festival
Festival Komedi Antarabangsa Melbourne

Festival Komedi Antarabangsa Melbourne

Melbourne, Victoria
Mac

Festival Komedi Antarabangsa Melbourne merupakan salah satu daripada tiga festival komedi terbesar di dunia dan terbesar di hemisfera selatan. Sepanjang tiga minggu setengah setiap tahun, Melbourne menjadi tumpuan dunia komedi dengan program meluas seperti komedi 'stand up', kabaret, teater, pertunjukan jalanan, filem, televisyen, radio dan seni visual. Dengan bilangan hadirin yang melebihi daripada 600,000 orang, ia semakin berkembang menjadi salah satu acara kebudayaan terbesar di Australia. Sememangnya ada sesuatu untuk setiap pencinta komedi dengan lakonan komedi terbaik tempatan mahupun antarabangsa yang dipersembahkan di tempat-tempat pelbagai bentuk dan saiz di sekitar bandar.

Ten Days on the Island
Ten Days on the Island

Ten Days on the Island

Wilayah Tasmania
Mac

Ten Days on the Island adalah perayaan utama kebudayaan pulau Tasmania. Ia memaparkan seniman antarabangsa dari pulau berbudaya di segenap benua dan beberapa bakat besar Australia yang membuat persembahan di lebih daripada 100 buah tempat dan 60 buah lokasi di kawasan pulau. Para pengunjung boleh lari dari keriuhan, dengan persembahan yang diadakan dalam pondok dan bangsal, rumah desa, dewan, muzium dan teater di seluruh negeri. Lihat dan dengar karya hebat di mana para seniman menceritakan bagaimana kehidupan pulau telah membentuk tarian, teater, muzik, opera, filem, sastera dan masakan mereka. Acara ini diadakan setiap dua tahun dan bakal diadakan pada tahun 2013.

Anzac Day
Hari ANZAC

Hari ANZAC

Kebangsaan
25 April

Hari ANZAC, diadakan pada 25 April setiap tahun adalah salah satu majlis kebangsaan yang paling utama. Ia memperingati ulang tahun pertama pertahanan besar-besaran oleh Kor Tentera Australia dan New Zealand semasa Perang Dunia Pertama. Upacara memberi hormat dan perbarisan diadakan di pekan dan bandar di seluruh negara, di mana rakyat Australia memberikan penghormatan kepada wira-wira yang telah berkhidmat dan berjuang. Upacara kebangsaan ini yang dihadiri oleh Perdana Menteri dan Gabenor Jeneral diadakan di Tugu Perang Australia di Canberra. Di Hari ANZAC inilah rakyat Australia merenungkan banyak makna yang berbeza tentang perang.

Sydney Showground, Sydney Olympic Park, , Sydney, NSW
26 Mac – 8 April 2015

Diadakan selama dua minggu sekitar perayaan Easter, acara terbesar tahunan Australia ini meraikan budaya yang kaya dan pelbagai – satu-satunya masa dalam setahun apabila bandar paling antarabangsa di negara ini kembali kepada asalnya dengan memberikan pengiktirafan kepada asal-usul negara dan tradisi luar bandar.

The Noosa Longweekend Festival
Noosa Longweekend Festival

Noosa Longweekend Festival

Noosa, Queensland
Jun

Bertapak di Noosa di Pantai Queensland, Festival Makanan dan Wain Antarabangsa merupakan salah satu acara gilang-gemilang Australia. Festival ini membariskan lebih daripada 200 orang jurumasak antarabangsa dan kebangsaan, pembuat wain yang tersohor, media dari dunia makanan dan wain yang berprofil tinggi, para pemilik restoran dan pencinta makanan, dan semuanya akan bertumpu di persisiran pantai Noosa untuk merasai, berbincang, berdebat, menikmati dan memuaskan keinginan diri sepanjang empat hari yang meriah ini. Beberapa gabungan acara menarik dipaparkan di festival ini termasuk makan tengahari yang berlanjutan, merasai wain, kembara jejak makanan, konsert, menu hidangan istimewa 'degustation', makan malam bersama jurumasak jemputan, pasar tani dan demonstrasi memasak oleh jurumasak terkenal.

OzAsia Festival
Festival OzAsia

Festival OzAsia

Adelaide, South Australia
September

Festival OzAsia bertujuan untuk memukau hadirin dalam budaya tradisional dan kontemporari Asia.
Festival ini yang dikendalikan oleh Adelaide Festival Centre telah ditubuhkan dalam tahun 2007 dan diadakan setiap tahun selama lebih kurang sepuluh hari dalam bulan September atau Oktober (mengikut kalendar bulan). Festival ini membentangkan hasil kerja seni oleh seniman Australia yang dikenal pasti dengan warisan budaya Asia dan mementaskan kerjasama antara seniman Australia dan Asia. Acara-acara yang dipersembahkan termasuk teater, tarian, muzik, filem, seni visual dan budaya makanan dan reka bentuk. Acara gilang-gemilang di Festival ini ialah Festival Tanglung yang disaksikan oleh kira-kira 20,000 orang di Elder Park berkongsi meraikan upacara tanglung tradisional Asia.

Feast Festival
Festival Feast

Festival Feast

Adelaide, South Australia
November

Festival Feast telah dimulakan pada tahun 1997 oleh sekumpulan pekerja kebudayaan seni dan komuniti yang ingin mencipta satu festival seni komuniti untuk golongan lesbian dan gay di Adelaide. Kini ia satu acara utama dalam kalendar festival di Australia Selatan, membawakan para penghibur dari setiap pelosok dunia dan menarik minat hadirin antarabangsa. Hujung minggu CommUNITY memaparkan pasar-pasar seni, bengkel kerja, permainan luar, perkelahan dan kelas tarian yang disasarkan untuk golongan gay dan lesbian. Terdapat juga pameran seni visual yang terdiri daripada artis Australia yang telah lama bertapak dan baru muncul serta artis antarabangsa.

Christmas Pageant
Pertunjukan Krismas

Pertunjukan Krismas

Adelaide, South Australia
November

Pertunjukan Krismas Adelaide telah menjadi acara tradisi tahunan semenjak 1933. Bermula dengan acara sederhana yang terdiri daripada kereta berhias ditarik kuda dan cuma empah buah kugiran, acara ini telah berkembang kepada 63 kereta berhias, 15 buah kugiran, 10 kumpulan penari, badut dan 1700 orang penghibur. Sertai orang ramai yang memenuhi jalan menuju ke pusat bandar Adelaide bagi menyambut musim perayaan ini. Saksikan perarakan kereta berhias berbentuk buku cerita dan kumpulan pancaragam yang menakjubkan. Pertunjukan sebelum ini telah menempah nama dalam Rekod Dunia Guinness bagi perhimpunan paling besar orang memakai hidung badut berwarna merah. Pertunjukan Krismas ini adalah acara di mana seisi keluarga dapat menikmati semangat Krismas dan komuniti

Christmas in Australia
Krismas di Australia

Krismas di Australia

Kebangsaan
25 Disember

Krismas dan Malam Tahun Baru di Australia berlaku semasa kemuncak musim panas. Ia merupakan pengalaman Krismas yang jauh berbeza berbanding di hemisfera utara yang sejuk. Terdapat banyak keraian seperti dendangan lagu krismas bermandikan cahaya lilin di taman bunga, pertandingan sukan yang mendebarkan dan acara kebudayaan bertaraf dunia. Australia bercuti ketika itu dan terdapat berbagai cara di seluruh negara untuk merasai cara hidup orang Australia serta bertemu penduduk tempatan. Sertai perkelahan di Bondi Beach, satu tradisi yang kini digemari para pelancong dari seluruh dunia yang berkumpul pada Hari Krismas untuk bertukar-tukar hadiah, menjamu selera, bermandi-manda dan bergembira.

Brisbane, Adelaide, Darwin, Sydney, Melbourne, Canberra
Sepanjang tahun

Sepanjang tahun bandar raya-bandar raya di Australia mempersembahkan beberapa festival seni terkemuka seperti persembahan teater, tarian, seni visual, muzik, makanan dan wain tempatan dan antarabangsa. Sertai anak jati Sydney di jalanraya menantikan Festival Sydney. Selami budaya di Festival Seni Antarabangsa Melbourne. Saksikan pertunjukan bungi api di Sungai Brisbane semasa Festival Brisbane. Festival Adelaide pula memaparkan salah satu acara seni terhebat di dunia. Nikmati musim panas di Festival Seni Antarabangsa Perth. Gabungkan masakan dan budaya di Festival Taste of Tasmania di Hobart. Alami budaya Top End di Festival Darwin. Raikan kepelbagaian Australia di Festival Pelbagai Budaya Kebangsaan di Canberra.

Cari acara









Lebih Lanjut mengenai Idea Australia