Acara lumba kuda Australia

Karnival Piala Melbourne, Melbourne, VIC. © Tourism Victoria

Acara lumba kuda Australia

Karnival lumba kuda Australia menggabungkan perlumbaan hebat dengan fesyen bercitarasa tinggi, hiburan dan keseronokan. Lumba kuda di Australia telah lama bertapak dan telah melahirkan banyak kuda lumba bertaraf dunia. Di hampir setiap Negeri dan Wilayah utama terdapat festival lumba kuda tersohor bermula dari Magic Millions yang glamor di Gold Coast hingga ke Piala Perth di Australia Barat. Antara dua sorotan utama dalam kalendar lumba kuda Australia ialah Karnival Perlumbaan Musim Bunga Australia dan Piala Melbourne, dikenali sebagai ‘perlumbaan yang memukau rakyat jelata’.

Alami keseronokan daripada salah satu karnival lumba kuda utama Australia. Rakyat Australia dan para pengunjung antarabangsa menyertai keraian acara lumba kuda kami di mana fesyen bercitarasa tinggi dipertaruhkan sama seperti perlumbaan yang hebat. Dengan sejarah yang telah lama bertapak di Australia, banyak kuda lumba bertaraf dunia yang telah dilahirkan dan acara kuda lumba yang diadakan juga hebat. Terdapat festival lumba kuda utama di setiap negeri dan wilayah. Saksikan Magic Millions yang glamor di Gold Coast atau tujulah ke Piala Perth di Australia Barat. Jika anda amat menggemari lumba kuda anda tidak akan terlepas sorotan utama kalendar lumba kuda Australia iaitu Karnival Perlumbaan Musim Bunga Australia dan Piala Melbourne, dikenali sebagai ‘perlumbaan yang memukau rakyat jelata’.

Victoria
September - November

Karnival Perlumbaan Musim Bunga adalah festival bertaraf dunia yang berlangsung selama tiga bulan mempamerkan perlumbaan kuda berbaka baik, fesyen dan hiburan terbaik. Dari Camperdown ke Caulfield dan dari Manangatang ke Moonee Valley, para pengunjung akan mendapati keseronokan lumba kuda, fesyen yang hebat dan acara sosial di kedua-dua bandar Victoria dan trek perlumbaan. Sorotan utama karnival adalah Piala Melbourne yang diadakan setiap tahun pada hari Selasa pertama dalam bulan November. Dikenali sebagai ‘perlumbaan yang memukau rakyat jelata’, Hari Piala Melbourne adalah hari cuti umum di Victoria. Ia diraikan dengan jamuan tengah hari serta acara sosial di tempat-tempat kerja dan pelbagai tempat di sekitar negara.

Flemington Racecourse, Melbourne, Victoria
1 – 8 November 2014

Alami keterujaan, keanggunan, keseronokan dan suasana yang tiada tolok bandingnya di Melbourne Cup Carnival, suatu karnival lumba kuda yang benar-benar glamor yang menampilkan Emirates Melbourne Cup yang berusia 153 tahun. Inilah masanya untuk bergaya, menampilkan diri, menjamu selera, menghirup champagne dan harap anda dapat memilih pemenang. Menampilkan kuda dan joki antarabangsa yang paling terkenal di dunia yang semestinya masa yang paling sesuai untuk berparti.

Cari acara









Lebih Lanjut mengenai Idea Australia