Acara utama Australia

Malam Tahun Baru, Federation Square, Melbourne, VIC. © Tourism Victoria

Acara utama Australia

Dari pesta makanan dan wain antarabangsa serta pameran seni hingga lumba basikal dan maraton lumba lari penuh aksi, Australia menjadi tuan rumah kepada banyak acara bertaraf dunia. Sertai keterujaan kriket, ragbi atau tenis antarabangsa, yang dimainkan di tempat tertentu di Australia sepanjang tahun. Terdapat pelbagai pesta, dari komedi sehingga opera dan bermacam-macam lagi untuk para peminat sukan. Saksikan perahu layar belayar keluar dari Pelabuhan Sydney atau menuju ke Hobart yang bersejarah dalam perlumbaan Sydney ke Hobart. Jadi sebahagian Grand Prix Formula 1 Melbourne yang mencetus adrenalin. Perayaan kemegahan Australia yang lain termasuklah Hari Australia dan pertunjukan bunga api hebat Malam Tahun Baru dan Mardi Gras yang bertenaga.

Pelbagai tempat di seluruh Australia
9 Januari hingga 31 Januari 2015

Pada tahun 2015, pertandingan bola sepak terbesar Australia yang pernah diadakan akan bermula pada 9hb Januari apabila Australian Socceroos melawan Kuwait disinari lampu Melbourne Rectangular Stadium. 16 negara termasuk Jepun, Iraq, China dan Republik Korea akan berlawan antara satu sama lain dalam 32 perlawanan selama 23 hari di bandar Australia yang menjadi tuan rumah, Sydney, Melbourne, Brisbane, Canberra dan Newcastle. Dengan lebih daripada 500,000 penonton dijangka hadir di acara tersebut, inilah peluang anda untuk bersatu demi pasukan anda dan menunjukkan semangat anda terhadap pertandingan yang hebat ini dengan aksi menarik di dalam dan di luar padang bola sepak.

Adelaide dan daerah Australia Selatan.
17 – 25 Januari 2015

Ikuti Santos Tour Down Under, perlumbaan basikal profesional yang terbesar dan paling berprestij di daerah ini yang menampilkan banyak pelumba bertaraf dunia. Jelajah ini menyusur sepanjang pemandangan yang indah dan ladang wain yang cantik di Australia Selatan.

Melbourne Park, Melbourne, Victoria
19 Januari – 1 Februari 2015

Nikmati keterujaan dan keriangan melihat pemain tenis terkemuka dunia bersaing untuk trofi kejuaraan di Australian Open 2015, satu-satunya antara empat acara Grand Slam sukan ini yang diadakan di Hemisfera Selatan.

Kebangsaan
26 Januari 2015

Rakyat Australia meraikan hari kebangsaan mereka – Australia Day– dengan keseronokan di bawah cahaya mentari. Ia merupakan hari cuti umum dengan beratus-ratus acara kecil dan besar diadakan di seluruh negara. Di Sydney, ribuan orang berkumpul di persisiran pantai Sydney Harbour untuk perayaan pesta air. Di pekan dan bandar pula terdapat sarapan pagi komuniti, pesta pantai, tarian dan nyanyian Orang Asli serta konsert, perarakan dan pertunjukan dramatik, acara sukan, pameran kebudayaan dan sejarah serta pertunjukan bunga api. Upacara kerakyatan diadakan untuk meraikan penduduk baru. Inilah hari untuk rakyat Australia meraikan betapa hebatnya menjadi rakyat Australia. Inilah masa terbaik untuk menemui rakyat Australia dan melihat suasana negara itu ketika ia paling santai.

Pelbagai tempat di seluruh Australia
14 Februari hingga 29 Mac 2015

ICC Cricket World Cup ialah acara kemegahan dalam kalendar kriket antarabangsa dan salah satu daripada pertandingan sukan antarabangsa yang terbesar di dunia. Pada tahun 2015, Australia dan New Zealand bersama-sama akan menjadi tuan rumah dan pertandingan akan bermula pada 14hb Februari di Melbourne Cricket Ground, kemudian kembali ke bandar itu untuk perlawanan akhir pada 29hb Mac. Australia akan menjalankan 26 daripada 49 perlawanan di bandar tuan rumah termasuk Sydney, Adelaide, Brisbane, Canberra, Hobart dan Perth. Jangan lepaskan peluang untuk menyokong pasukan anda semasa mereka bertarung melawan pemain kriket yang terhebat di dunia.

Victoria
27 Februari – 15 Mac 2015

Dari World’s Longest Lunches di tempat yang menakjubkan sehinggalah makanan avant-garde dari bintang kulinari global, Melbourne Food and Wine Festival ada semuanya. Manjakan deria anda selama 17 hari apabila pelbagai program pada acara unik ini berlangsung di seluruh Melbourne dan daerah Victoria.

Albert Park, Melbourne
12 – 15 Mac 2015

Rasai getaran enjin kereta paling mahal di dunia sambil menyaksikan pemandu terhandal Formula One saling berlumba di litar jalanan tepi tasik di Albert Park yang indah, di Melbourne. Lokasinya di tengah-tengah di antara latar langit bandar yang tinggi menjulang dan Port Phillip Bay, menjanjikan imej TV yang menakjubkan – namun lebih hebat jika anda mengalaminya sendiri.

Sydney, New South Wales
27 Mac – 27 April 2015

Handa Opera di Sydney Harbour bukan hanya sebuah persembahan opera, malah ia merupakan hiburan malam yang lengkap di bawah langit malam musim panas. Acara yang tidak dapat dilupakan ini berlatar belakangkan tabir langit Sydney yang ikonik itu. Datang ke mari menaiki teksi air, nikmati minuman dan hidangan dengan penuh gaya di bar dan restoran sementara, kemudian bersantai di tempat duduk bertingkat sambil menyaksikan persembahan drama ini.

Sydney Showground, Sydney Olympic Park, , Sydney, NSW
26 Mac – 8 April 2015

Diadakan selama dua minggu sekitar perayaan Easter, acara terbesar tahunan Australia ini meraikan budaya yang kaya dan pelbagai – satu-satunya masa dalam setahun apabila bandar paling antarabangsa di negara ini kembali kepada asalnya dengan memberikan pengiktirafan kepada asal-usul negara dan tradisi luar bandar.

2 – 6 April 2015
Tyagarah Tea Tree Farm, 11km ke utara Byron Bay di NSW utara.

Sebagai salah satu festival yang paling diminati di Australia, Byron Bay Bluesfest menjadi tumpuan artis blues dan muzik dunia terbaik dari merata dunia. Antara artis yang pernah membuat persembahan termasuklah Buddy Guy, Paul Simon, Iggy and the Stooges serta Elvis Costello. Festival ini juga menyediakan tapak perkhemahan yang selesa dan banyak gerai makanan dan minuman.

Sydney, New South Wales
Mei – Jun 2015

Lihat Sydney dalam sinaran cahaya baru semasa acara tahunan Vivid Sydney. Setiap musim sejuk, pereka bentuk dan artis terbaik di dunia mengubah bandar ini. Lihat imej menakjubkan yang ditayangkan pada Sydney Opera House, kawal cahaya di Harbour Bridge, bermain dengan arca cahaya interaktif di seluruh pusat bandar, alami muzik hebat dan dengar ceramah muzik yang memberikan inspirasi.

4 - 5 Julai 2015
Bermula dan berakhir di Southport, Gold Coast

Orang baru atau veteran, muda atau tua, pesta yang berlangsung selama dua hari di Gold Coast yang masyhur di Australia ¬– dengan pantai, taman tema dan hiburan malamnya yang hebat yang tiada tolok bandingnya– tentu ada sesuatu yang boleh anda sasarkan. Masa lebih pantas, jarak lebih jauh ataupun larian pertama yang menyeronokkan; anda boleh menetapkan cabaran anda sendiri dan 65% daripada pelari yang telah menetapkan masa terbaik peribadi yang baru dalam acara ini.

Commonwealth Park, Canberra, Wilayah Ibu Negara Australia
13 September – 12 Oktober 2014

Musim sejuk berfros Canberra yang terkenal menyediakan suasana penumbuhan yang amat sesuai untuk berjuta-juta kuntum bunga tulip dan tumbuhan semusim yang mekar tepat pada masanya pada setiap musim bunga di taman berhadapan Lake Burley Griffin. Acara siang hari, festival Floriade sekarang termasuklah NightFest, dengan pemasangan lampu terkini dan hiburan sepanjang lima malam yang menakjubkan dalam bulan September.

1 – 31 Oktober 2014
New South Wales

Suasana makan malam di Australia sentiasa hidup sepanjang tahun tetapi ia mencapai kemuncaknya dalam bulan Oktober, apabila jurumasak, pemilik restoran dan penyedia makanan dari seluruh New South Wales menghentikan segala-galanya untuk mempamerkan penawaran gourmet negeri itu. Bulan itu padat dengan makan malam satu-satunya, sarapan pagi yang hebat, tawaran makan tengah hari dan pencuci mulut, acara spontan, parti glamor, bengkel berkebun tanaman dapur, ceramah tentang makanan dan pasar malam.

Flemington Racecourse, Melbourne, Victoria
1 – 8 November 2014

Alami keterujaan, keanggunan, keseronokan dan suasana yang tiada tolok bandingnya di Melbourne Cup Carnival, suatu karnival lumba kuda yang benar-benar glamor yang menampilkan Emirates Melbourne Cup yang berusia 153 tahun. Inilah masanya untuk bergaya, menampilkan diri, menjamu selera, menghirup champagne dan harap anda dapat memilih pemenang. Menampilkan kuda dan joki antarabangsa yang paling terkenal di dunia yang semestinya masa yang paling sesuai untuk berparti.

Sydney Harbour, Sydney, NSW
31 Disember

Setiap orang patut menghadiahkan diri sendiri sekurang-kurangnya satu pengalaman Malam Tahun Baru di Sydney – ia merupakan bandar parti yang sempurna. Tengah malam tiba lebih awal di Sydney berbanding hampir kesemua bandar antarabangsa utama yang lain, jadi kamera di seluruh dunia ditumpukan kepada bandar ini manakala ekstravaganza bunga apinya yang penuh dramatik bermula. Menikmatinya secara langsung sememangnya lebih baik!

Cari acara









Lebih Banyak Acara Australia