Festival Muzik Australia

Field Day, Sydney, NSW. © Fuzzy

Festival Muzik Australia

Australia mempunyai reputasi sebagai pengeluar penghibur bertaraf dunia. Nikmati persembahan 'avant-garde' dan 'fringe' di festival kebudayaan di bandar-bandar utama kami. Peminat jazz dan blues akan mencintai Australian Blues Music Festival dan Melbourne International Jazz Festival. Pencinta muzik indie, alternatif dan rock tidak akan melepaskan Big Day Out atau festival Future Music. Gabungkan muzik hebat dengan perkhemahan di kawasan pedalaman di festival seperti Woodford Folk Festival di Queensland atau Splendour in the Grass di Byron Bay. Australia juga adalah satu destinasi besar dalam kalendar jelajah persembahan antarabangsa seperti muzikal Broadway sehinggalah konsert rock di stadium.

Peminat muzik jazz, blues dan klasikal boleh menggabungkan kehebatan muzik dengan latar belakang yang indah di pelbagai festival sepanjang tahun. Hayati akustik semula jadi di kawasan perladangan ketika menonton 'Opera in the Paddock'. Kunjungi wilayah wain untuk 'Opera in the Vineyards' atau 'Jazz in the Vines'. Bergembira dengan pengembaraan muzik dalam persekitaran ladang pokok teh di Bluesfest. Dengar jazz di tengah-tengah bandar Melbourne dengan parti lewat malam dan persembahan intim di kelab. Manjakan diri dengan muzik kamar sambil berjemur di bawah matahari musim sejuk di bandar tropika Townsville. Kunjungi Adelaide untuk mendengar petikan gitar klasik yang indah ketika penghibur tempatan dan jemputan antarabangsa membuat pelbagai persembahan di Adelaide International Guitar Festival.

Orang Australia terkenal dengan minat mereka terhadap muzik secara langsung dan festival sepanjang tahun membawakan penghibur yang terkini dari seluruh dunia. Pencinta muzik indie dari rock, punk, metal sehinggalah ke electronika boleh berparti di acara festival luar. Festival yang mengujakan ini membawakan ahli muzik dari seluruh dunia. Sambutlah tahun baru di tengah-tengah Sydney CBD dengan Parklife. Pergi ke utara ke Byron Bay untuk bertemasya di hutan belukar yang indah di Splendour in the Grass, atau jelajah bandar wilayah dengan Groovin’ the Moo. Hayati Marion Bay yang indah di Tasmania untuk menghadiri Falls Festival atau acara yang berkaitan di Lorne sepanjang keindahan Great Ocean Road di Victoria.

Sertai hiburan tanpa henti dengan peminat muzik 'folk', country dan dunia di pelbagai festival muzik di sepanjang tahun di Australia. Alami muzik country yang terbaik di festival perdana Tamworth Music yang melonjakkan karier Keith Urban, atau menari dengan muzik dunia yang berbeza-beza di WOMAD di kawasan bandar Adelaide. Terokai kampung di tepi pantai Pelabuhan Fairy untuk Festival Muzik Folk Pelabuhan Fairy atau berkhemah di daerah pedalaman Sunshine Coast di Queensland untuk Festival Woodford Folk. Dari muzik country hinggalah ke folk, pasti terdapat sesuatu yang bersesuaian dengan cita rasa muzik anda.

Cari acara









Lebih Lanjut mengenai Idea Australia