Acara Australia yang Unik

Canberra Balloon Fiesta, Canberra, ACT. © Tourism Australia

Acara Australia yang Unik

Perayaan adalah sebahagian daripada budaya Australian, inilah sebabnya mengapa kami mempunyai banyak acara yang beraneka dan jarang dijumpai. Sesetengah daripadanya menampilkan pemandangan kami yang mempesona, manakala yang lain meraikan semangat keghairahan sukan kami. Sesetengahnya pula memperingati asal usul kami dan yang lain menyaksikan kelucuan kami sendiri. Bergayalah dengan fesyen tercantik untuk menghadiri Piala Melbourne yang memukau semua atau dapatkan tempat duduk terbaik di Pelabuhan Sydney untuk meraikan Hari Australia. Kenali budaya puak Aborigin dari Arnhem Land di Garma Festival. Atau alami tingkah laku kelakar warga Australia di pedalaman di Regata Darwin Beer Can, Piala Camel dan Henley-on-Todd – regata (kapal) yang berlayar di atas dasar sungai yang kering.

Kebangsaan
Januari

Penduduk Australia sentiasa gemarkan parti dan sesetengahnya sama hebat dan penuh semangat seperti Hari Australia pada 26 Januari.  Penduduk dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang menyertai perayaan formal dan tidak formal di seluruh pantai, belakang rumah dan taman-taman. Di Sydney, orang ramai mengibarkan bendera bertumpu sekitar Pelabuhan Sydney untuk menyaksikan program penuh aksi. Ada juga upacara tradisi puak Aborigin di Royal Botanic Gardens, barbeku besar di Hyde Park dan aksi muzik semuanya Australia di Rocks. Kapal besar, feri kecil, kapal layar dan papan luncur belayar merentasi pelabuhan dan kapal terbang Tentera Udara memecah langit Circular Quay. Pastinya anda tidak boleh ketinggalan melihat pertunjukan kebanggaan nasional di sebelah malam – pertunjukan bunga api pelabuhan yang hebat.

Sydney
Mac

Riang-ria, subversif, kosmopolitan dan berkumpulan – selamat datang ke Sydney semasa pesta tahunan Gay and Lesbian Mardi Gras. Sama ada anda ‘lurus’, lelaki homoseksual, tua atau muda, anda akan menyukai glamor dan riang ria yang berlangsung di bandaraya ini dari hujung bulan Februari. Raikan upacara pembukaan pesta ini di Fair Day – parti komuniti yang besar di bahagian barat-dalaman Sydney. Saksikan konvoi labuci, slogan ejekan dan 'spray tans' sepanjang Oxford St dalam perarakan gay terbesar dunia.  Menarilah sepanjang malam musim panas di Royal Botanic Gardens atau di parti finale di kelab-kelab. Nikmati pertunjukan yang aneh dan pelik di Sydney Opera House dan tempat-tempat lain di seluruh bandaraya ini.

Canberra, Wilayah Ibu Negara Australia
Mac

Musim luruh Canberra bukan sahaja membawa warna-warna pepohon yang menggugurkan dedaun, bahkan jua Fiesta Belon Canberra. Pada waktu pagi yang nyaman dalam bulan Mac selama sembilan hari, segugusan belon udara panas berlepas dari padang Old Parliament House. Saksikan pameran ajaib dengan beribu-ribu orang lain atau naiki sendiri belon udara panas tersebut. Walau apa jua pun anda lakukan, ia cara yang paling baik untuk memulakan hari-hari anda di Canberra, terutamanya apabila diiringi oleh sarapan panas dan hiburan secara langsung. Selepas itu, keluar dan kunjungi muzium kebangsaan Canberra, galeri, kilang wain dan taman perang kemerahan di Canberra.

Anzac Day
Hari ANZAC

Hari ANZAC

National
April

Setiap tahun ketika fajar menyingsing di pagi 25 April, rakyat Australia berkumpul memberikan penghormatan kepada wira-wira yang gugur di medan perang.  Hari Anzac diadakan pada hari ulang tahun pendaratan tragik Gallipoli pada tahun 1915 dan telah menjadi hari memberi penghormatan kepada wira-wira yang telah berkhidmat semasa peperangan. Upacara kebangsaan ini yang dihadiri oleh Perdana Menteri dan Gabenor Jeneral diadakan di Tugu Perang Australia di Canberra. Sertai upacara ini, jiwai bunyi begol memainkan Last Post dan berikan penghormatan anda kepada wira-wira yang telah berkhidmat untuk negara mereka ketika berlakunya konflik di seluruh dunia.

Lasseters Camel Cup
Lasseters Camel Cup

Lasseters Camel Cup

Alice Springs, Wilayah Utara
Julai

Acara tahunan Lasseters Camel Cup menarik pengunjung dari seluruh pelosok dunia datang ke Alice Springs. Diadakan setiap bulan Julai, unta-unta ditunggang melalui trek pedalaman yang berdebu membuatkan penonton seronok menyaksikannya. Dalam satu perlumbaan, penunggang berpakaian pengantin lelaki berlumba separuh daripada laluan, kemudian berhenti mengambil pengantin perempuan yang tersipu-sipu malu untuk menamatkan perlumbaan. Antara perlumbaan ini, pengunjung boleh mengambil bahagian dalam perlumbaan beca atau bertanding untuk menjadi yang paling bergaya di atas padang dalam Piala Mr and Miss Camel. Penari gelek, gerai makanan dan bar semuanya memeriahkan lagi suasana karnival.

Darwin Beer Can Regatta
Regata Darwin Beer Can

Regata Darwin Beer Can

Darwin, Wilayah Utara
Julai

Setiap tahun, penduduk tempatan Darwin membina dan berlumba bot yang dibuat daripada tin bir dan minuman ringan di Regata Darwin Beer Can. Acara sukan olok-olok ini dimulakan sebagai cara kreatif untuk membersihkan sampah yang ditinggalkan oleh para pekerja yang membina semula Darwin setelah ia dilanda siklon pada tahun 1970an. Kini, selepas 40 tahun, panjang bot tersebut boleh menjangkau 12 meter dan membawa meriam mainan termasuk bom tepung dan pistol air. Ratusan penduduk tempatan bersorak dalam acara yang terdiri daripada perlumbaan bot yang dipanggil Battle of Mindil dan pertandingan tarik tali di tepi pantai. Dana yang dikutip didermakan kepada badan kebajikan di Darwin.

Alice Springs, Wilayah Utara
Ogos

Acara Henley-on-Todd adalah acara melayar dan berdayung regata yang unik, diadakan di dasar sungai yang kering di Alice Springs. Dalam tahun 1960an, pekan ini mencadangkan untuk mengadakan regata seperti Henley-on-Thames yang terkenal, perlumbaan antara Universiti Cambridge dan Oxford. Idea ini telah dimakbulkan oleh Rotary Club of Alice Springs. Hakikat bahawa pekan ini sejauh 1500 kilometer dari sumber air besar yang terdekat tidak menghalang mereka. Kini ia menjadi acara paling lama dijalankan di Wilayah Utara, menukar Sungai Todd yang berpasir kepada trek perlumbaan yang melucukan dengan kapal pelbagai rupa buatan sendiri setiap tahun.

Shinju Matsuri Festival of the Pearl
Festival Mutiara Shinju Matsuri

Festival Mutiara Shinju Matsuri

Broome, Australia Barat
Ogos - September

Shinju Matsuri, diterjemahkan dari Bahasa Jepun sebagai ‘Festival Mutiara’ bermula dalam tahun 1970 apabila ketua masyarakat tempatan ingin mengingati beberapa perayaan yang berlaku pada masa yang berdekatan, termasuk Japanese Obon, Malaysian Merdeka dan Chinese Hang Seng, di penghujung musim membiak mutiara di Broome. Festival tahunan ini telah diadakan lebih daripada 40 tahun dan berlaku sekitar bulan penuh Ogos atau September serentak dengan fenomena semulajadi dipanggil ‘Staircase to the Moon’. Festival semasa acara 10 hari ini menampilkan bakat tradisional dan kontemporari yang meraikan semangat, budaya, sejarah dan kepelbagaian Broome yang unik.

Cari acara









Lebih Lanjut mengenai Idea Australia