Acara wilayah dan pedalaman Australia

Ord Valley Muster, WA. © Caleb Davenport.

Acara wilayah dan pedalaman Australia

Tanah lapang Australia yang luas terbentang sesuai untuk acara Australia yang unik yang tidak dapat anda temui di tempat lain. Sertai Gourmet Gallop Pulau Kangaroo atau Piala Camel Alice Springs. Festival Orang dari Hutan Belukar Snowy River, Muster Lembah Ord dan Rodeo Gunung Isa akan memberikan pandangan sepintas lalu tentang kehidupan di hutan belukar Australia. Saksikan 'Opera in the Paddock' atau ladang anggur atau sambutlah Krismas pada bulan Julai di Pergunungan Biru yang segar. Jelajahi bawah tanah di Festival Coober Pedy Opal. Rasalah Rasa Pedalaman di Australia Selatan atau sertai keseronokan Perlumbaan Birdsville Queensland.

Kangaroo Island Gourmet Gallop
Gourmet Gallop Pulau Kangaroo

Gourmet Gallop Pulau Kangaroo

Pulau Kangaroo, Australia Selatan
Januari

Gourmet Gallop Pulau Kangaroo menggabungkan hari perlumbaan kuda dengan perayaan hasil gourmet terkenal Pulau Kangaroo termasuk makanan laut, kambing, minyak zaitun, madu dan wain tempatan. Program ini memaparkan enam perlumbaan di mana anda boleh bertaruh sekali atau dua kali dan menghirup suasana perjumpaan lumba kuda negara. Kelab Lumba Kuda Pulau Kangaroo ialah salah satu trek lumba kuda paling cantik di Australia Selatan, bertempat di pulau ketiga terbesar Australia yang keindahannya masih tidak terjejas. Luangkan masa satu hari di perlumbaan, kemudian tinggal beberapa hari lagi dan cuba tempat-tempat menarik yang lain.

1 – 31 Mei 2015
Nasional

Aussie Wine Month menjanjikan keseronokan menerokai dunia wain dan makanan negara ini. Dengan banyaknya acara yang berlangsung di seluruh Australia, termasuklah konsert ladang wain dan jelajah berbasikal, pengunjung berpeluang menerokai tempat baru yang belum pernah dikunjungi atau membiarkan wain datang kepada mereka dalam acara besar di bandar utama.

Targa Tasmania
Targa Tasmania

Targa Tasmania

Tasmania
April

Targa Tasmania menyaksikan sehingga 300 buah kereta paling eksotik di dunia bertanding dalam rali tarmak yang menyeronokkan yang merentasi Tasmania dalam bulan April. Direka khas untuk kereta sport elit, touring dan grand tourer, acara enam hari ini bermula di Launceston dan mengembara sejauh lebih 2,000km sebelum berakhir di Hobart. Bersoraklah untuk juara dunia dan personaliti terkenal dari tempat penonton yang dikhaskan. Atau sertai para pemandu untuk makan tengah hari di pekan-pekan luar bandar yang indah pemandangannya seperti George Town, Sheffield, St Helens, Devonport dan New Norfolk. Malah para pengunjung boleh memohon untuk memandu kereta sport mereka sendiri dalam rally yang indah pemandangannya yang ditayangkan melalui televisyen di seluruh dunia.

Orange, New South Wales
April

Setiap April, wilayah tengah Orange di New South Wales menjadi hos selama 10 hari kepada makanan segar yang sangat enak di Minggu Orange F.O.O.D. Kurang daripada empat jam dari Sydney, pelawat boleh menikmati citarasa wilayah ini dan juga bertemu ornag yang menghasilkannya pada lebih daripada 60 acara. Sarapan di ladang anggur, merayau-rayau di dusun epal atau sertai kelas memasak di salah satu restoran tempatan yang terkenal. Hadiri makan malam gustatori dan parti topeng. Apabila acara rasmi telah tamat pastikan anda pergi lebih jauh dan jelajahilah kawasan ladang wain cuaca sejuk yang terkenal di seluruh dunia.

The Man from Snowy River Bush Festival
Festival Man from Snowy River

Festival Belukar The Man from Snowy River

Corryong, Victoria
April

Festival Belukar Man from Snowy River adalah acara tahunan di Corryong, Victoria di kaki bukit Snowy Mountains yang berada antara Melbourne dan Sydney. Festival ini dibuat sebagai perayaan budaya rakyat, kemahiran dan tradisi dan ia adalah satu perjumpaaan unik untuk penunggang gunung, penyair, artis dan pencinta Australian High Country dan semangat perintis. Diadakan setiap bulan April, Festival ini menyatukan orang ramai dari seluruh Australia serta pengunjung antarabangsa untuk meraikan tradisi tanah tinggi dan budaya belukar dan khasnya imej yang dicipta oleh puisi terkenal Australia ‘Lelaki Dari Sungai Bersalji’.

Canberra District Wine Harvest Festival
Festival Canberra Wine Harvest

Festival Canberra District Wine Harvest

Canberra dan kawasannya, Wilayah Ibu Negara Australia
April

Festival Canberra District Wine Harvest memberi peluang untuk menikmati wain cuaca sejuk yang sangat dikenali. Lihat ladang anggur semasa musim menuai dengan pokok anggur yang sarat dengan buah. Sertai acara memijak anggur, membuat wain dan kelas menilai wain atau nikmati pesta yang menarik disertai dengan menu Festival Harvest yang istimewa. Rasalah wain keluaran baru dari vintaj pada tahun lalu dan lihat vintaj tahun ini yang sedang dibuat. Wilayah wain Canberra District mempunyai kira-kira 30 kilang wain dan salah satu wilayah wain yang jarang ditemui di mana anda boleh bertemu pembuat wain atau pemiliknya di pintu bilik wain bawah tanah.

Kununurra, Australia Barat
Mei

Ord Valley Muster adalah perayaan dua minggu menyambut kehidupan masyarakat di Kimberley. Sertai ribuan penduduk tempatan dalam lebih daripada 50 acara di seluruh muka bumi wilayah yang lasak ini. Pakailah pakaian cantik untuk acara komedi kembara 4WD, berenang menyeberangi Lake Argyle, tasik buatan manusia terbesar di Australia atau berbasikal bukit di Gibb River Road yang mencabar sepanjang 800 kilometer. Rasa hasil Kimberley yang segar dan nikmati musik dan tarian Aborigin. Sertai parti, gali tanah untuk mencari batu berlian atau saksikan penunggang tahan lasak di rodeo. Kemuncak acara ini ialah Kimberley Moon – konsert muzik country di tebing Sungai Ord.

Blue Mountains, New South Wales
Jun - Ogos

Setiap tahun, pada musim sejuk di hemisfera selatan antara bulan Jun-Ogos, orang ramai berduyun-duyun ke Blue Mountains untuk meraikan Yulefest, satu acara yang mencipta semula suasana dan kegembiraan tradisi Krismas bersalji di hemisfera utara. Udara segar dan dingin serta percikan salji di Blue Mountains sesuai untuk unggun api yang marak, hidangan panggang, nyanyian carol di keliling piano, majlis rasmi tari-menari malah kemunculan Santa Claus. Dalam bulan Jun, jalan raya Katoomba menjadi hidup dengan perarakan penjugel, ahli gimnastik, pemuzik, penari, kumpulan choir, troubadour, penghibur jalanan, penglipur lara dan penyajak semasa Festival Winter Magic.

Lasseters Camel Cup
Lasseters Camel Cup

Lasseters Camel Cup

Alice Springs, Wilayah Utara
Julai

Acara tahunan Lasseters Camel Cup menarik pengunjung dari seluruh pelosok dunia datang ke Alice Springs. Diadakan setiap bulan Julai, unta-unta ditunggang melalui trek pedalaman yang berdebu membuatkan penonton seronok menyaksikannya. Dalam satu perlumbaan, penunggang berpakaian pengantin lelaki berlumba separuh daripada laluan, kemudian berhenti mengambil pengantin perempuan yang tersipu-sipu malu untuk menamatkan perlumbaan. Antara perlumbaan ini, pengunjung boleh mengambil bahagian dalam perlumbaan beca atau bertanding untuk menjadi yang paling bergaya di atas padang dalam Piala Mr and Miss Camel. Penari gelek, gerai makanan dan bar semuanya memeriahkan lagi suasana karnival.

Mount Isa Rotary Rodeo
Mount Isa Rotary Rodeo

Mount Isa Rotary Rodeo

Mount Isa, Queensland
Ogos

Terletak di kawasan pedalaman Queensland iaitu bandar Mount Isa, Isa Rodeo adalah acara rodeo paling besar dan termahal di Hemisfera Selatan. Di sinilah suasana romantik Pedalaman Australia bertemu pekan melombong, di mana bandar bertemu negara, timur bertemu barat dan manusia bertemu haiwan liar. Acara program festival ini termasuk menunggang lembu jantan, menunggang kuda liar dan mengawal anak lembu liar dapat menarik ramai koboi lelaki dan koboi wanita kebangsaan. Semasa Minggu Rodeo, populasi Mount Isa berganda dipenuhi dengan pengunjung dari dalam negara dan luar negara untuk menyaksikan keterujaan, keseronokan dan kekuatan asli rodeo.

Pulau Hamilton, Queensland
Ogos

Penonton dan pelayar lelaki serta wanita dari seluruh dunia berlayar ke Pulau Hamilton dalam bulan Ogos untuk menyertai Minggu Perlumbaan Audi Pulau Hamilton, perlumbaan tahunan perahu regata terbesar di Australia. Perlumbaan yang telah ditetapkan dalam kalendar pelayaran antarabangsa, terdapat banyak aksi di dalam dan di luar lautan.

Pulau Hamilton yang terletak di sisi Great Barrier Reef dan di antara 74 Kepulauan Whitsundays Queensland, Pulau Hamilton mempunyai cuaca yang baik, laut yang biru, pantai yang indah, terumbu karang yang memukau serta makanan dan wain yang bagus. Sertai perayaan dan acara kalendar yang bertenaga termasuk hidangan gourmet yang disediakan oleh jurumasak terkenal, pertunjukan fesyen, pertandingan golf dan merasa wain.

Alice Springs, Wilayah Utara
Ogos

Acara Henley-on-Todd adalah acara melayar dan berdayung regata yang unik, diadakan di dasar sungai yang kering di Alice Springs. Dalam tahun 1960an, pekan ini mencadangkan untuk mengadakan regata seperti Henley-on-Thames yang terkenal, perlumbaan antara Universiti Cambridge dan Oxford. Idea ini telah dimakbulkan oleh Rotary Club of Alice Springs. Hakikat bahawa pekan ini sejauh 1500 kilometer dari sumber air besar yang terdekat tidak menghalang mereka. Kini ia menjadi acara paling lama dijalankan di Wilayah Utara, menukar Sungai Todd yang berpasir kepada trek perlumbaan yang melucukan dengan kapal pelbagai rupa buatan sendiri setiap tahun.

Birdsville Races
Perlumbaan Birdsville

Perlumbaan Birdsville

Birdsville, Queensland
September

Digelar sebagai ‘Melbourne Cup of the Outback’, setiap tahun ribuan peminat lumba kuda bertumpu di Birdsville, pekan pedalaman yang kecil di tepi Simpson Desert, lapan batu ke utara sempadan Australia Selatan, untuk menikmati perlumbaan dan hiburan pedalaman yang bermutu selama dua hari. Program lumba kuda ini memaparkan kuda-kuda lumba yang handal dari seluruh Australia berlumba merebut gelaran Birdsville Cup dan hadiah wang tunai. Perlumbaan pertama Birdsville telah diadakan pada tahun 1882 dan telah menjadi tradisi lumba kuda Australia yang kini menarik pengunjung dari serata dunia. Dana yang dikutip diberikan kepada Royal Flying Doctor Service di kawasan pedalaman.

Australasian Safari
Safari Australasia

Safari Australasia

Australia Barat
September

Safari Australasia yang berlangsung selama tujuh hari adalah acara perlumbaan ketahanan paling sukar di wilayah Asia Pasifik. Rali kereta off-road yang sepanjang lebih daripada 3000 kilometer dari Perth ke Kalgoorlie merentasi pedalaman keemasan Australia Barat menguji kenderaan paling lasak seperti 4WD, motorsikal dan motosikal beroda empat. Para pelumba bermula dari Perth dan memandu ke Geraldton, terus ke tepi pantai ke kawasan tropika Carnarvon dan pedalaman merentasi wilayah Gascoyne, mengelilingi Banjaran Kennedy sebelum menuju ke selatan untuk menamatkan perlumbaan di Geraldton. Penonton boleh memandu sebahagian daripada litar menggunakan motorsikal atau 4WD mereka sendiri, berhenti di tempat terpilih untuk menikmati aksi debu berterbangan.

Opera in the Vineyards
Opera di Ladang Anggur

Opera di Ladang Anggur

Yarra Valley, Victoria; Hunter Valley, New South Wales
Oktober

Sepanjang dua hujung minggu pada bulan Oktober, Opera di Ladang Anggur diadakan di dua buah kilang wain terkenal Australia, Hunter Valley dan Domaine Chandon di Yarra Valley di Victoria. Bersama dengan penyanyi opera terkenal Australia, persekitaran ladang anggur yang mempesona dan makanan dan wain yang lazat, pengalaman ini menjadi sesuatu yang mesti dialami. Tetamu diundang untuk tiba awal supaya dapat memuaskan hati mereka di pesta makanan dan wain. Ketika matahari terbenam di ladang, carilah tempat duduk amfiteater terbuka bagi menikmati malam muzik klasik yang tidak dapat dilupakan.

Anaconda Adventure Race
Perlumbaan Pengembaraan Anaconda

Perlumbaan Pengembaraan Anaconda

Noosa, Queensland; Augusta, Western Australia; Lorne, Victoria
Ogos, November, Disember

Perlumbaan Pengembaraan Anaconda merupakan acara off-road yang hebat yang dikenali sebagai perlumbaan lasak paling besar di dunia. Acara ini diadakan di tiga lokasi Australia: Noosa di Queensland; Lorne di Victoria dan Augusta di Australia Barat. Semua perlumbaan siri kebangsaan termasuk acara berenang, berkayuh, berlari dan berbasikal bukit merentasi kawasan hutan liar. ‘Doing the Anaconda' telah menjadi kebiasaan di seluruh Australia dengan 1200 pelumba mengambil bahagian dalam perlumbaan ini. Terdapat banyak tempat menarik tempatan untuk penonton seperti gerai pasar, makanan, hiburan, muzik secara langsung dan banyak lagi, semuanya menyeronokkan di setiap lokasi.

Cari acara









Lebih Lanjut mengenai Idea Australia