Acara sukan Australia

AFL di Gabba, Woollongabba, Brisbane, QLD. © Tourism Queensland.

Acara sukan Australia

Di Australia sememangnya mudah untuk tergila-gila sukan, kerana ia menjadi tuan rumah kepada peminat kriket, musuh footy, pencinta ragbi, rev-head dan pelari maraton. Dapatkan pemandangan tepi gelanggang sambil menyaksikan pemain tenis handal bermain dalam Australian Open atau alami keterujaan unik dalam Australian AFL. Saksikan Wallabies Australia bertempur dengan All Blacks New Zealand untuk Piala Bledisloe. Atau berada di sana untuk Ashes, apabila pasukan kriket Australia bersua muka dengan musuh lama kriket mereka, England. Hidu getah tayar di acara lumba kereta glamor seperti Grand Prix. Berlari melalui Sydney dalam City to Surf atau saksikan penunggang basikal terpantas di dunia menderu melalui Adelaide dan Australia Selatan dalam Tour Down Under.

Adelaide dan daerah Australia Selatan.
17 – 25 Januari 2015

Ikuti Santos Tour Down Under, perlumbaan basikal profesional yang terbesar dan paling berprestij di daerah ini yang menampilkan banyak pelumba bertaraf dunia. Jelajah ini menyusur sepanjang pemandangan yang indah dan ladang wain yang cantik di Australia Selatan.

Melbourne Park, Melbourne, Victoria
19 Januari – 1 Februari 2015

Nikmati keterujaan dan keriangan melihat pemain tenis terkemuka dunia bersaing untuk trofi kejuaraan di Australian Open 2015, satu-satunya antara empat acara Grand Slam sukan ini yang diadakan di Hemisfera Selatan.

Australian Open of Surfing
Sukan Luncur Air Australian Open

Sukan Luncur Air Australian Open

Sydney, New South Wales
Februari

Festival Sukan Luncur Air Australian Open menggabungkan atlet, artis dan peminat bertaraf dunia dalam meraikan kebudayaan belia, inovasi dan keolahragawan di Manly Beach, Sydney - tempat lahir luncur air moden. Acara bebas ini berlangsung selama sembilan hari dan menarik lebih daripada 125,000 orang penonton untuk meraikan aksi sukan, muzik, seni dan fesyen terbaik Australia. Sukan Luncur Air Australian Open adalah sukan lanjutan Luncur Air US Open dan termasuk Persatuan Luncur Air Profesional menyetujui sukan luncur air papan roda dan pertandingan luncur air pro dan remaja. Di samping peluncur air papan dan peluncur papan roda elit dunia, terdapat juga barisan muzik yang menampilkan aksi tajuk hangat antarabangsa.

Albert Park, Melbourne
12 – 15 Mac 2015

Rasai getaran enjin kereta paling mahal di dunia sambil menyaksikan pemandu terhandal Formula One saling berlumba di litar jalanan tepi tasik di Albert Park yang indah, di Melbourne. Lokasinya di tengah-tengah di antara latar langit bandar yang tinggi menjulang dan Port Phillip Bay, menjanjikan imej TV yang menakjubkan – namun lebih hebat jika anda mengalaminya sendiri.

State of Origin
State of Origin

State of Origin

Brisbane, Queensland & Sydney, New South Wales
Mei - Julai

National Rugby League (NRL) adalah liga paling atas bagi kelab bola liga ragbi profesional di Australasia. State of Origin merujuk kepada negeri atau wilayah asal pemain di Australia dan mereka bermain untuk pasukan tersebut. Perlawanan utama dipertandingi oleh enam belas pasukan, lima belas daripadanya diadakan di Australia dan satu di New Zealand. Perlawanan NRL dimainkan di seluruh Australia dan New Zealand dari musim luruh hingga ke musim bunga. Musim ini berakhir dengan perlawanan penentuan liga perdana, Perlawanan Akhir NFL, salah satu acara sukan paling terkenal secara tradisionalnya dan salah satu acara kejohanan kelab paling dihadiri di dunia. Liga perdana NRL juga bermain di World Club Challenge iaitu satu perlawanan pramusim melawan juara perlawanan European Super League.

Kebangsaan
Julai - Oktober

Sama ada anda bersaing atau bersorak, keterujaan acara lari atau maraton Australia memang tiada tandingannya. Berlumba melewati air terjun, taman negara yang subur menghijau, dan Lautan Selatan yang liar dalam Maraton Great Ocean Road. Sertai pelari elit dan ceria dari seluruh dunia dalam Maraton Lapangan Terbang Gold Coast yang popular, di mana ribuan penonton berbaris di sepanjang laluan antara Broadwater dan Burleigh Heads. Dalam bulan Ogos, jalan-jalan di Sydney kembali hidup disebabkan City to Surf, acara lari olahraga terbesar di dunia. Maraton Melbourne diadakan dalam bulan Oktober. Terdapat festival lari olahraga di hampir setiap Negeri dan Wilayah Australia yang ditujukan kepada orang yang baru belajar hinggalah para profesional.

4 - 5 Julai 2015
Bermula dan berakhir di Southport, Gold Coast

Orang baru atau veteran, muda atau tua, pesta yang berlangsung selama dua hari di Gold Coast yang masyhur di Australia ¬– dengan pantai, taman tema dan hiburan malamnya yang hebat yang tiada tolok bandingnya– tentu ada sesuatu yang boleh anda sasarkan. Masa lebih pantas, jarak lebih jauh ataupun larian pertama yang menyeronokkan; anda boleh menetapkan cabaran anda sendiri dan 65% daripada pelari yang telah menetapkan masa terbaik peribadi yang baru dalam acara ini.

Kebangsaan
Ogos

Bledisloe Cup memperlihatkan pasukan Wallabies Australia bertempur dengan pasukan lawan All Blacks New Zealand sepanjang tiga perlawanan dramatik ini. Australia dan New Zealand kini bertemu sekurang-kurangnya tiga kali setahun berdasarkan perlawanan kandang dan tandang. Perlawanan Bledisloe diadakan di Australia sekurang-kurangnya sekali setahun sebagai sebahagian daripada perlawanan Tri Nation. Keghairahan dan semangat membara di atas padang hanya dapat dicetuskan oleh para peminat yang menghadiri perlawanan untuk memberi sorakan gemuruh kepada pasukan mereka dan melihat mereka merampas kemenangan dalam sejarah Ragbi. Saksikan salah satu perlawanan yang menempa sejarah dalam stadium Australia di Sydney, Melbourne dan Brisbane.

City2Surf
City2Surf

City2Surf

Sydney, New South Wales
Ogos

Acara larian City to Surf di Sydney sepanjang 14 kilometer adalah acara larian bermasa paling besar yang menarik lebih daripada 75,000 peserta. Laluan bermula dari Hyde Park di Sydney CBD hingga ke Bondi Beach merentasi pinggir kota Sydney paling ekslusif sebelum berakhir di tepi pantai Pacific Ocean. Sertai sorakan khalayak ramai di tepi-tepi jalan dan di dalam kafe dan pub sepanjang laluan larian. Acara ini juga antara acara kutipan dana terbesar di dunia, yang dapat mengutip kira-kira empat juta dolar bagi tujuan kebajikan. Aktiviti luar yang hebat, pemandangan bandar yang mengagumkan dan semangat komuniti menjadi contoh larian ceria City2Surf di Sydney.

Kebangsaan; Melbourne, Victoria
September

Dari bulan Mac hingga September, pasukan-pasukan Bola Sepak Peraturan Australia (AFL) bertarung hebat untuk menjadi lapan pasukan teratas dan seterusnya layak bertanding dalam siri akhir yang akan diadakan di Melbourne dalam bulan September. AFL adalah liga sukan yang paling dihadiri ramai di Australia, dengan penyokong pasukan yang amat bersemangat di Sydney, Adelaide, Perth dan Brisbane. Hampir seramai 95,000 peminat memenuhi tempat duduk Padang Kriket Melbourne (MCG) untuk menyaksikan perlawanan akhir sementara berjuta yang lain menontonnya di televisyen di seluruh dunia. Tiada yang lebih baik daripada berada di sana untuk menyaksikan siri akhir. Seluruh penduduk bandar merasai suasana karnival yang meriah sementara para peminat teruja menyorak pasukan mereka mencapai kemenangan. Ia sememangnya satu pengalaman Australia yang unik.

Gold Coast 600
Gold Coast 600

Gold Coast 600

Gold Coast, Queensland
Oktober

Gold Coast 600 ialah karnival lumba kereta V8 diadakan di Surfers Paradise selama tiga hari dalam bulan Oktober. Pantai Gold Coast memberikan latar yang sempurna bagi acara ini, di mana program sosial sama pentingnya dengan aksi lumba kereta. Saksikan Kereta Berkuasa Tinggi V8 terunggul di dunia menderum di sekeliling trek tepi pantai atau saksikan perlumbaan ketahanan oleh 18 pemandu terhandal antarabangsa. Di sebelah malam, suasana tempat hiburan yang dikhaskan di Broadwater Parklands menjadi hidup. Konsert muzik tepi trek menampilkan kedua-dua penghibur Australia dan antarabangsa. Acara yng diadakan sebelumnya telah membawakan bintang pop terkenal dunia seperti Pink.

Perth International Golf Championships
Kejohanan Golf

Kejohanan Golf Antarabangsa Perth

Perth, Western Australia
Oktober

Kejohanan Golf Antarabangsa Perth membawakan para pemain golf terbaik dunia ke Australia Barat untuk bertanding menggondol hadiah kemenangan termahal golf Australia di Lake Karrinyup Country Club. Padang golf ini dinilai sebagai salah sebuah padang golf sepuluh terbaik di Australia, dikenali kerana susun atur dan persekitaran hutan belukarnya.yang mencabar. Pertandingan ini dipersetujui bersama oleh PGA Tour of Australasia dan European Tour. Acara perdana akan dimainkan dalam bulan Oktober 2012. Bintang golf antarabangsa Jason Dufner, ketika ini bertempat di nombor sembilan di dalam dunia, manakala Charl Schwartzel, juara Masters Champion 2011 telah disahkan akan menyertai pertandingan.

Flemington Racecourse, Melbourne, Victoria
1 – 8 November 2014

Alami keterujaan, keanggunan, keseronokan dan suasana yang tiada tolok bandingnya di Melbourne Cup Carnival, suatu karnival lumba kuda yang benar-benar glamor yang menampilkan Emirates Melbourne Cup yang berusia 153 tahun. Inilah masanya untuk bergaya, menampilkan diri, menjamu selera, menghirup champagne dan harap anda dapat memilih pemenang. Menampilkan kuda dan joki antarabangsa yang paling terkenal di dunia yang semestinya masa yang paling sesuai untuk berparti.

Melbourne, Victoria
Disember

Rakyat Australia menjadi taksub dengan sukan kriket sepanjang musim panas dari bulan November hingga Februari. Pencinta kriket di seluruh dunia menanti dan mengikuti musim kriket di Australia di mana Australia berhadapan dengan negara kriket terkemuka lain dalam perlawanan di Brisbane, Sydney, Melbourne, Adelaide, Hobart dan Perth Di seluruh negara, perlawanan ujian dan perlawanan satu hari diadakan di padang kriket, dari MCG di Melbourne ke Padang Kriket Sydney, WACA di Perth dan Gabba di Brisbane. Mengikut tradisi, Melbourne menjadi hos kepada Boxing Day Test manakala Sydney pula menjadi hos kepada New Year Test. Kedua-duanya bermula pada hari cuti am dan dihadiri oleh penggemar kriket Australia.

Sydney, New South Wales; Hobart, Tasmania
Disember

Bermula pada Boxing Day, 26 Disember setiap tahun, Perlumbaan kapal layar Sydney Ke Hobart merupakan tradisi musim panas Australia. Kapal layar besar hinggalah ke pelumba hujung minggu menyertai acara ini, bermula dari Nielsen Park di Pelabuhan Sydney dan membawa kapal antarabangsa ini lebih daripada 1100 kilometer ke garisan penamat di Hobart, Tasmania. Perlumbaan ini tamat tepat pada masanya bagi keraian malam Tahun Baru di bandar. Anda tidak perlu menjadi seorang kelasi untuk menikmati perlumbaan kapal layar Sydney Ke Hobart. Permulaan perlumbaan pelayaran ini yang menyajikan pemandangan beraneka warna dapat dilihat dari banyak kedudukan yang baik sekitar Pelabuhan Sydney.

Australia mempunyai susunan padang golf yang menarik dan pertandingan golf PGA Australia tidak boleh dilepaskan. Berikut adaah contoh beberapa acara golf utama Australia diadakan di seluruh negara di padang golf bertaraf dunia di Sydney, Melbourne, Perth dan pantai Sunshine (Gold Coast). Padang golf Australia adalah antara yang terbaik reka bentuknya dan paling mencabar di dunia. Ia biasanya terletak di hutan belukar yang indah pemandangannya dan dikelilingi hidupan liar. Dalam negara yang telah banyak melahirkan pemain golf yang handal seperti Greg Norman, Ian Baker-Finch dan Tiger Woods, keghairahan Australia terhadap permainan ini semakin berkembang.

Di Australia anda boleh memenuhi keinginan anda untuk berlumba motor sepanjang tahun. Tujulah ke Melbourne untuk Formula 1 Australian Grand Prix di bulan Mac atau kunjungi litar motorsikal terkenal di Pulau Phillip. Untuk aksi menguja adrenalin V8, terdapat Gold Coast 600 di Surfers Paradise, Sydney 500 dan Clipsal 500 di Adelaide. Saksikan kereta sport elit berlumba mengelilingi Tasmania di Targa Tasmania atau saksikan aksi ketahanan memandu sebenar di Bathurst 1000. Ikuti motosikal beroda empat, 4WD dan motosikal dari Perth ke Kalgoorlie dalam Safari Australasia. Atau saksikan jentera jalan raya yang ganas di Festival Kereta Summernats di Canberra.

Cari acara









Lebih Lanjut mengenai Idea Australia