Acara sukan Australia

Acara sukan Australia

Di Australia sememangnya mudah untuk tergila-gila sukan, kerana ia menjadi tuan rumah kepada peminat kriket, musuh footy, pencinta ragbi, rev-head dan pelari maraton. Dapatkan pemandangan tepi gelanggang sambil menyaksikan pemain tenis handal bermain dalam Australian Open atau alami keterujaan unik dalam Australian AFL. Saksikan Wallabies Australia bertempur dengan All Blacks New Zealand untuk Piala Bledisloe. Atau berada di sana untuk Ashes, apabila pasukan kriket Australia bersua muka dengan musuh lama kriket mereka, England. Hidu getah tayar di acara lumba kereta glamor seperti Grand Prix. Berlari melalui Sydney dalam City to Surf atau saksikan penunggang basikal terpantas di dunia menderu melalui Adelaide dan Australia Selatan dalam Tour Down Under.

Adelaide dan wilayah Australia Selatan
Januari

Beberapa penunggang basikal profesional bertaraf dunia akan bertanding dalam Tour Down Under setiap bulan Januari. Ia acara pertama tahunan dalam Union Cycliste Internationale's (UCI) ProTour menjelajah serata dunia dengan berbasikal selama enam hari dan hiburan merentasi Adelaide dan Australia Selatan. Saksikan penunggang basikal mengayuh pantas merentasi Adelaide Hills atau di sepanjang lorong-lorong kampung yang indah di Barossa Valley atau Fleurieu Peninsula. Ribuan penonton berduyun-duyun hadir menyaksikan pertandingan akhir melalui jalan-jalan raya di Adelaide. Kunjungilah Tour Village dan Bike Expo serta bermesra dengan penunggang basikal dan pasukannya di mana mereka bertanding untuk jersi juara yang menjadi rebutan.

Melbourne, Victoria
Januari

Pemain-pemain tenis dunia datang ke Melbourne Park dalam bulan Januari untuk menghadiri perlawanan Australian Open, Grand Slam Asia-Pasifik dan gelaran Grand Slam yang pertama bagi musim tenis. Sementara bintang-bintang tenis antarabangsa bertungkus-lumus untuk merebut trofi kemenangan di atas gelanggang tenis, pesta dan keraian tetap berterusan sepanjang masa. Terdapat konsert muzik pada waktu malam dan hiburan secara langsung yang berterusan di atas dan di luar gelanggang. Australian Open merupakan acara sukan yang menggabungkan keriangan dan keseronokan tenis dengan aktiviti sosial dan kebudayaan, di mana ia meraikan penduduk Australia yang gemarkan aktiviti luar.

Australian Open of Surfing
Sukan Luncur Air Australian Open

Sukan Luncur Air Australian Open

Sydney, New South Wales
Februari

Festival Sukan Luncur Air Australian Open menggabungkan atlet, artis dan peminat bertaraf dunia dalam meraikan kebudayaan belia, inovasi dan keolahragawan di Manly Beach, Sydney - tempat lahir luncur air moden. Acara bebas ini berlangsung selama sembilan hari dan menarik lebih daripada 125,000 orang penonton untuk meraikan aksi sukan, muzik, seni dan fesyen terbaik Australia. Sukan Luncur Air Australian Open adalah sukan lanjutan Luncur Air US Open dan termasuk Persatuan Luncur Air Profesional menyetujui sukan luncur air papan roda dan pertandingan luncur air pro dan remaja. Di samping peluncur air papan dan peluncur papan roda elit dunia, terdapat juga barisan muzik yang menampilkan aksi tajuk hangat antarabangsa.

Melbourne, Victoria
Mac

Sertai orang ramai selama empat hari menikmati aksi mengagumkan pemandu dan kereta lumba paling pantas di dunia menyinari Melbourne dan litar Albert Park di Australian Grand Prix Formula 1 dalam bulan Mac. Grand Prix Australia adalah perlumbaan pembukaan musim Formula 1. Aksi luar trek sama menyeronokkan dengan demonstrasi, zon pameran dan pameran udara oleh Angkatan Tentera Udara Di Raja Australia. Teriakan dari tempat duduk sama hebatnya dengan deruman dari kereta lumba semasa para pemandu memecut pada kelajuan hingga 300 kilometer sejam. Acara ini berakhir dengan finale akhir hiburan selepas perlumbaan.

State of Origin
State of Origin

State of Origin

Brisbane, Queensland & Sydney, New South Wales
Mei - Julai

National Rugby League (NRL) adalah liga paling atas bagi kelab bola liga ragbi profesional di Australasia. State of Origin merujuk kepada negeri atau wilayah asal pemain di Australia dan mereka bermain untuk pasukan tersebut. Perlawanan utama dipertandingi oleh enam belas pasukan, lima belas daripadanya diadakan di Australia dan satu di New Zealand. Perlawanan NRL dimainkan di seluruh Australia dan New Zealand dari musim luruh hingga ke musim bunga. Musim ini berakhir dengan perlawanan penentuan liga perdana, Perlawanan Akhir NFL, salah satu acara sukan paling terkenal secara tradisionalnya dan salah satu acara kejohanan kelab paling dihadiri di dunia. Liga perdana NRL juga bermain di World Club Challenge iaitu satu perlawanan pramusim melawan juara perlawanan European Super League.

Kebangsaan
Jun

Pasukan ragbi British dan Irish Lions akan menjelajah Australia dalam bulan Jun dan Julai 2013. Jelajah ini hanya berlaku di Australia setiap 12 tahun, jadi semua peminat ragbi tidak boleh terlepas menyaksikannya. Pilihan untuk masuk dalam pasukan British dan Irish Lions adalah sanjungan tertinggi untuk pemain-pemain dari England, Scotland, Ireland dan Wales. Untuk pemain antarabangsa hemisfera selatan ia juga satu penghormatan dan satu peluang yang biasanya datang hanya sekali dalam kerjaya mereka. Perlawanan akan diadakan di Sydney, Perth, Brisbane, Canberra, Melbourne dan Newcastle. Ia acara ragbi terbesar bakal melanda Australia semenjak Rugby World Cup pada tahun 2003.

Gold Coast Marathon
Maraton Gold Coast

Maraton Gold Coast

Gold Coast, Queensland
Julai

Maraton Gold Coast Airport satu acara dua hari yang hebat diadakan pada setiap bulan Julai berjaya menarik ribuan pengunjung antarabangsa dan hampir 25,000 orang peserta ke Gold Coast di Queensland. Sertai sorakan orang ramai sepanjang laluan bermula sepanjang persisiran pantai Broadwater antara Southport Broadwater Parklands dan Burleigh Heads. Laluan ini terkenal sebagai laluan terpantas, paling rata, sesuai untuk pelari maraton bagi semua peringkat. Program muzik dan hiburan ditambah pada festival ini. Keluarga, pelari ceria, peserta kerusi roda dan pelari Olimpik dialu-alukan dalam acara ini yang turut menawarkan separa maraton dan laluan 10 kilometer.

Kebangsaan
Ogos

Bledisloe Cup memperlihatkan pasukan Wallabies Australia bertempur dengan pasukan lawan All Blacks New Zealand sepanjang tiga perlawanan dramatik ini. Australia dan New Zealand kini bertemu sekurang-kurangnya tiga kali setahun berdasarkan perlawanan kandang dan tandang. Perlawanan Bledisloe diadakan di Australia sekurang-kurangnya sekali setahun sebagai sebahagian daripada perlawanan Tri Nation. Keghairahan dan semangat membara di atas padang hanya dapat dicetuskan oleh para peminat yang menghadiri perlawanan untuk memberi sorakan gemuruh kepada pasukan mereka dan melihat mereka merampas kemenangan dalam sejarah Ragbi. Saksikan salah satu perlawanan yang menempa sejarah dalam stadium Australia di Sydney, Melbourne dan Brisbane.

City2Surf
City2Surf

City2Surf

Sydney, New South Wales
Ogos

Acara larian City to Surf di Sydney sepanjang 14 kilometer adalah acara larian bermasa paling besar yang menarik lebih daripada 75,000 peserta. Laluan bermula dari Hyde Park di Sydney CBD hingga ke Bondi Beach merentasi pinggir kota Sydney paling ekslusif sebelum berakhir di tepi pantai Pacific Ocean. Sertai sorakan khalayak ramai di tepi-tepi jalan dan di dalam kafe dan pub sepanjang laluan larian. Acara ini juga antara acara kutipan dana terbesar di dunia, yang dapat mengutip kira-kira empat juta dolar bagi tujuan kebajikan. Aktiviti luar yang hebat, pemandangan bandar yang mengagumkan dan semangat komuniti menjadi contoh larian ceria City2Surf di Sydney.

Kebangsaan; Melbourne, Victoria
September

Dari bulan Mac hingga September pasukan Australian Rules Football (AFL) bermati-matian berlawan untuk mendapat tempat lapan teratas dan berkelayakan ke siri akhir yang diadakan di Melbourne dalam bulan September. AFL adalah liga sukan yang paling ramai dihadiri, dengan penyokong pasukan yang amat bersemangat di Sydney, Adelaide, Perth dan Brisbane. Hampir seramai 95,000 peminat memenuhi tempat duduk Padang Kriket Melbourne (MCG) untuk menyaksikan perlawanan akhir sementara berjuta yang lain menontonnya di television di seluruh dunia. Tiada yang lebih baik daripada berada di sana menyaksikan siri akhir. Seluruh penduduk bandar merasai suasana karnival yang meriah sementara para peminat teruja menyorak pasukan mereka mencapai kemenangan. Ia sememangnya satu pengalaman Australia yang unik.

Gold Coast 600
Gold Coast 600

Gold Coast 600

Gold Coast, Queensland
Oktober

Gold Coast 600 ialah karnival lumba kereta V8 diadakan di Surfers Paradise selama tiga hari dalam bulan Oktober. Pantai Gold Coast memberikan latar yang sempurna bagi acara ini, di mana program sosial sama pentingnya dengan aksi lumba kereta. Saksikan Kereta Berkuasa Tinggi V8 terunggul di dunia menderum di sekeliling trek tepi pantai atau saksikan perlumbaan ketahanan oleh 18 pemandu terhandal antarabangsa. Di sebelah malam, suasana tempat hiburan yang dikhaskan di Broadwater Parklands menjadi hidup. Konsert muzik tepi trek menampilkan kedua-dua penghibur Australia dan antarabangsa. Acara yng diadakan sebelumnya telah membawakan bintang pop terkenal dunia seperti Pink.

Perth International Golf Championships
Kejohanan Golf

Kejohanan Golf Antarabangsa Perth

Perth, Western Australia
Oktober

Kejohanan Golf Antarabangsa Perth membawakan para pemain golf terbaik dunia ke Australia Barat untuk bertanding menggondol hadiah kemenangan termahal golf Australia di Lake Karrinyup Country Club. Padang golf ini dinilai sebagai salah sebuah padang golf sepuluh terbaik di Australia, dikenali kerana susun atur dan persekitaran hutan belukarnya.yang mencabar. Pertandingan ini dipersetujui bersama oleh PGA Tour of Australasia dan European Tour. Acara perdana akan dimainkan dalam bulan Oktober 2012. Bintang golf antarabangsa Jason Dufner, ketika ini bertempat di nombor sembilan di dalam dunia, manakala Charl Schwartzel, juara Masters Champion 2011 telah disahkan akan menyertai pertandingan.

Melbourne, Victoria
November

Karnival Piala Melbourne ialah satu acara lumba kuda paling bertenaga di dunia. Festival lumba kuda, fesyen dan keseronokan ini bermula pada bulan September dan berakhir pada pertengahan bulan November. Balapan lumba kuda Flemington merupakan pentas bagi hari perlumbaan terkenal seperti Hari Derby, Piala Melbourne dan Hari Oaks. Piala Melbourne, diadakan pada hari Selasa yang pertama dalam bulan November ialah pusat tumpuan karnival dan hari cuti am di Victoria. Kebanyakan penduduk Australia berhenti untuk menonton atau mendengar perlumbaan, namun tiada yang lebih baik daripada berada di sana di antara 100,000 khalayak ramai untuk merasai pengalaman acara yang unik ini.

Melbourne, Victoria
Disember

Rakyat Australia menjadi taksub dengan sukan kriket sepanjang musim panas dari bulan November hingga Februari. Pencinta kriket di seluruh dunia menanti dan mengikuti musim kriket di Australia di mana Australia berhadapan dengan negara kriket terkemuka lain dalam perlawanan di Brisbane, Sydney, Melbourne, Adelaide, Hobart dan Perth Di seluruh negara, perlawanan ujian dan perlawanan satu hari diadakan di padang kriket, dari MCG di Melbourne ke Padang Kriket Sydney, WACA di Perth dan Gabba di Brisbane. Mengikut tradisi, Melbourne menjadi hos kepada Boxing Day Test manakala Sydney pula menjadi hos kepada New Year Test. Kedua-duanya bermula pada hari cuti am dan dihadiri oleh penggemar kriket Australia.

Sydney, New South Wales; Hobart, Tasmania
Disember

Bermula pada Boxing Day [26 Disember] setiap tahun, perlumbaan kapal layar Sydney ke Hobart merupakan tradisi musim panas Australia. Kapal layar besar hinggalah ke pelumba hujung minggu menyertai acara ini, bermula dari Nielsen Park di Pelabuhan Sydney dan membawa kapal antarabangsa ini lebih daripada 1100 kilometer ke garisan penamat di Hobart, Tasmania. Perlumbaan tamat tepat pada masanya bagi keraian malam Tahun Baru di bandar. Anda tidak perlu menjadi seorang kelasi untuk menikmati perlumbaan kapal layar Sydney ke Hobart. Permulaan pelayaran ini penuh dengan pemandangan beraneka warna yang dapat dilihat dari banyak kedudukan yang baik sekitar Pelabuhan Sydney.

Kebangsaan
Disember

Kriket ialah salah satu sukan masa lapang Australia yang paling disukai, pertandingan kriket paling utama ialah the Ashes – siri kriket Test paling hebat dipertandingkan antara Australia dan England. The Ashes diadakan di Australia setiap dua tahun kerana siri ini bersilih ganti antara UK dan Australia. Siri Ashes Test seterusnya akan diadakan di Australia pada tahun 2013. Pertandingan persahabatan antara dua negara ini diraikan melalui tradisi bermain kriket sejak abad ke 19.

Australia mempunyai susunan padang golf yang menarik dan pertandingan golf PGA Australia tidak boleh dilepaskan. Berikut adaah contoh beberapa acara golf utama Australia diadakan di seluruh negara di padang golf bertaraf dunia di Sydney, Melbourne, Perth dan pantai Sunshine (Gold Coast). Padang golf Australia adalah antara yang terbaik reka bentuknya dan paling mencabar di dunia. Ia biasanya terletak di hutan belukar yang indah pemandangannya dan dikelilingi hidupan liar. Dalam negara yang telah banyak melahirkan pemain golf yang handal seperti Greg Norman, Ian Baker-Finch dan Tiger Woods, keghairahan Australia terhadap permainan ini semakin berkembang.

Di Australia anda boleh memenuhi keinginan anda untuk berlumba motor sepanjang tahun. Tujulah ke Melbourne untuk Formula 1 Australian Grand Prix di bulan Mac atau kunjungi litar motorsikal terkenal di Pulau Phillip. Untuk aksi menguja adrenalin V8, terdapat Gold Coast 600 di Surfers Paradise, Sydney 500 dan Clipsal 500 di Adelaide. Saksikan kereta sport elit berlumba mengelilingi Tasmania di Targa Tasmania atau saksikan aksi ketahanan memandu sebenar di Bathurst 1000. Ikuti motosikal beroda empat, 4WD dan motosikal dari Perth ke Kalgoorlie dalam Safari Australasia. Atau saksikan jentera jalan raya yang ganas di Festival Kereta Summernats di Canberra.

Cari acara









Lebih Lanjut mengenai Idea Australia