Adelaide

Adelaide

Hayati keanggunan kolonial Adelaide di taman hijau yang luas, Adelaide Central Markets yang sibuk dan muzium serta perpustakaan North Terrace. Berenang dengan ikan lumba-lumba di Glenelg, terokai Hahndorf serta kampung indah lain di Adelaide Hills dan kilang wain bertaraf dunia di Barossa dan Clare Valley yang berdekatan. Lawati untuk menyaksikan acara antarabangsa seperti Santos Tour Down Under.

Terletak di antara bukit-bukau dan lautan, Adelaide dengan cepat menjadi gaya hidup utama di Australia. Terkenal dengan budaya makanan dan wain, bandar anggun ini pantas berubah daripada suasana bar kecil kepada festival bertaraf dunia dan juga pengembaraan eko yang menakjubkan.

Bandar elegan ini terkenal dengan seni bina batu kolonial, taman yang besar, festival yang ceria dan ruang yang besar. Jelajahi muzium dan perpustakaan di North Terrace, menjamu selera di ‘jalan makan’ atau berkelah di taman yang terbentang di hampir separuh bandar ini. Berbasikal di Botanic Park atau mendayung melepasi taman ros di Rymill Park. Berenang bersama dolfin atau belajar belayar di Glenelg atau memancing dari jeti di Henley. Di sebelah sana dari pusat bandar anda dapat melihat Adelaide Hills yang cantik dan ladang anggur bertaraf dunia di Barossa Valley.

Beralih dari tarikan kebudayaan ke pantai di Adelaide, yang menempatkan restoran, taman-taman dan wilayah wain yang mudah untuk ke sana. Terokai masa silam bandar ini dalam bangunan batu pasir yang tersergam megah sepanjang North Terrace. Kembalikan semangat zaman remaja anda dalam lingkungan permukaan luar bangunan yang anggun sepanjang jalur medan selera popular Rundle Street dan Gouger Street. Lupakan diri anda di taman-taman yang luas yang meliputi hampir separuh daripada bandar raya ini.  Berenang bersama lelumba di Glenelg dan bergembira menyambut pesta musim panas di tepi pantai Henley.

Hayati suasana Adelaide Central Market yang meriah, juga merupakan satu tarikan yang amat digemari di tengah-tengah bandar raya ini. Para peladang dari seluruh negeri datang ke sini untuk menjual pelbagai bahan yang menguja selera dari tiram hinggalah ke minyak zaitun dan pelbagai jenis keju. Peniaga gerai menjadi penyemarak dapur di Adelaide  dengan kesibukan dan keramahan yang pasti jadi perhatian. Penuhkan bakul anda bersama-sama dengan peminat makanan dan chef tempatan atau sertai rombongan untuk melihat suasana di sebalik tabir gerai dalam dunia gourmet Australia Selatan.

Berseronok dengan pelbagai telatah gila-gila festival di jalan yang bersih di Adelaide. Ada sebab Adelaide digelar bandar raya festival Australia. Jalan berhiasnya yang lebar dan tamannya yang subur menjadi tuan rumah kepada keseronokan tanpa henti sepanjang tahun. Pelbagai keadaan huru-hara berlaku di jalan yang bersih ini terutamanya pada akhir musim panas iaitu pada akhir bulan Februari ketika festival pinggiran terbesar di Hemisfera Selatan diadakan di sini. Adelaide Fringe merupakan bulan yang bersemangat penuh dengan teater luar bangunan, pameran seni, penghibur jalanan, persembahan tarian, kabaret, penyaringan filem dan muzik secara langsung.

Anda akan dapati perkampungan tepi pantai yang menarik dan lebih banyak lagi perkara ceria dan menarik di Glenelg, yang terletak di Holdfast Bay, 25minit perjalanan dengan tram dari pusat bandar Adelaide. Terdapat pantai berpasir putih bersih, hotel warisan yang indah dan kedai yang sibuk, kafe kaki lima serta hiburan musim panas. Anda juga boleh berenang dengan ikan lumba-lumba liar, pergi menyelam atau bersnorkel atau sertai rombongan memancing. Jejaki sejarah Glenelg di galeri dan muzium, sertai keseronokan pelbagai festival dan berjalan-jalan di sepanjang pantai ke pekan di pantai bersebelahan.

Jelajahi penempatan tertua yang masih ada bagi orang Jerman di tengah-tengah Adelaide Hills. Anda menjangka boleh melihat kaum lelaki memakai lederhosen dan menyanyi dengan gaya yodel di Hahndorf iaitu sebuah perkampungan Jerman yang indah yang terletak hanya 20 minit keluar dari Adelaide. Tempat ini mula diduduki oleh penganut ajaran Lutherans yang melarikan diri dari penindasan agama di Prussia pada tahun 1839 dan Hahndorf ialah nama yang diambil sempena nama kapten kapal mereka. Namanya Hahn, sementara dorf bermaksud perkampungan dalam bahasa Jerman.

Bermula dengan tarikan asli Australia Selatan yang mengagumkan, kemudian naik kereta api  Ghan melalui Red Centre Australia ke Darwin.  Dari Adelaide, anda boleh menikmati makanan dan wain yang lazat di Barossa dan Clare Valley dan berjalan ke Flinders Ranges yang berceranggah serta melihat pelbagai hidupan liar di Kangaroo Island.  Berenang, meluncur air, snorkel dan meredah belukar di sepanjang Fleurieu Peninsula sebelum melihat penguin dari jarak dekat di Penneshaw dan sekumpulan singa laut di Seal Bay di Kangaroo Island.

Gunakan peta untuk menerokia tempat untuk dikunjungi dan aktiviti untuk dilakukan

States
States

Idea Australia selanjutnya