Bersejarah Hahndorf

Pemandangan indah Jerman di South Australia

Jelajahi penempatan tertua yang masih ada bagi orang Jerman di tengah-tengah Adelaide Hills.

Anda menjangka boleh melihat kaum lelaki memakai lederhosen dan menyanyi dengan gaya yodel di Hahndorf iaitu sebuah perkampungan Jerman yang indah yang terletak hanya 20 minit keluar dari Adelaide.

Tempat ini mula diduduki oleh penganut ajaran Lutherans yang melarikan diri dari penindasan agama di Prussia pada tahun 1839 dan Hahndorf ialah nama yang diambil sempena nama kapten kapal mereka. Namanya Hahn, sementara dorf bermaksud perkampungan dalam bahasa Jerman.

Hari ini pekan Jerman kecil Hahn menarik pengunjung dari seluruh dunia. Sertai mereka bersiar-siar di jalan yang penuh dengan barisan bangunan bersejarah dan lihat kapal terbang yang berusia seratus tahun serta pokok elm dan pokok damar asli. Melihat-lihat kedai barangan antik yang aneh tapi menarik, kedai vintaj serta kedai perhiasan kecil dan di sini juga terdapat tong-tong wain yang dipotong separuh dan diisi bunga berwarna-warni yang diletakkan di hadapan kedai.

Ketahui lebih lanjut tentang kehidupan peneroka awal Jerman di muzium dan galeri. Anda akan dapat melihat hasil lukisan asli Sir Hans Heysen iaitu seorang penduduk Hahndorf yang merupakan artis landskap masyhur, di galeri tempatan atau ketika lawatan ke studio atau rumahnya.

Berhampiran tempat ini anda akan dapat melihat kilang wain yang cantik dan ladang strawberi yang terkenal dengan jam, chutni dan sosnya. Apabila anda selesai menjelajah, menginap di chalet dengan gaya Bavaria dan makan malam sambil menikmati sosej, jeruk kubis dan strudel epal dengan kole berisi bir Jerman.

Anda boleh mengagak yang anda akan meninggalkan tempat ini dengan hamper penuh dengan kudapan Jerman gourmet dan rasa hendak menyanyi dengan gaya yodel.

Idea Australia selanjutnya