Alice Springs dan sekitarnya

Alice Springs dan sekitarnya

Mulakan pengembaraan pedalaman anda di Alice Springs yang terletak di tengah-tengah Australia’s Red Centre. Merentasi dataran spinifeks dengan menaiki belon udara panas atau berbasikal ke Simpsons Gap. Sertai ekspedisi quad bike merentasi gurun atau terbang merentasi MacDonnell Ranges. Lihat tradisi Orang asli kaum Arrernte yang tinggal di sini selama 20,000 tahun dan melihat-lihat seni kontemporari Orang asli di sepanjang Todd Mall. Dengarlah cerita penunggang unta Afghan, doktor terbang dan peneroka yang berani di banyak tapak warisan di sekitar bandar ini. Bandar yang ceria dan moden ini juga adalah satu hari perjalanan dari tarikan ikonik Uluru-Kata Tjuta dan Kings Canyon.

Lima perkara yang mesti dilakukan di bandar seperti Alice Springs:

Larapinta Trail, NT
Larapinta Trail, NT

1. Pengembaraan meneroka gurun

Dari Alice Springs anda boleh berjalan di Larapinta Trail, memandu kenderaan pacuan empat roda, berkhemah dalam belukar dan berenang di dalam lubang air. Merentasi dataran spinifeks dengan menaiki belon udara panas, berbasikal ke Simpson’s Gap atau sertai ekspedisi quad bike melalui trek belukar. Naik kapal terbang untuk melihat pemandangan yang indah merentasi banjaran gunung berceranggah atau tunggang unta di sepanjang Todd River yang dibarisi pokok gam. Memandu kenderaan pacuan empat roda di atas lanskap merah yang mendatar dan luas di Tanami Track yang terkenal. Iklim kering Alice dan lanskap gurun menjadikan pengembaraan ini sukar untuk ditolak.

Alice Springs Telegraph Station, NT
Alice Springs Telegraph Station, NT

2. Ketahui tentang peneroka asli bandar ini

Lawati Royal Flying Doctor Service – organisasi perubatan udara pertama seumpamanya di dunia. Lihat Alice Springs Telegraph Station yang bersejarah di mana bandar ini bermula serta belajar di dalam bilik darjah terbesar di dunia di School of Air. Alice terkenal dengan cerita penunggang unta Afghan, doktor terbang dan peneroka yang berani. Kenali mereka di pelbagai tempat warisan di sekitar bandar ini.

Desert Mob 2007, NT
Desert Mob 2007, NT

3. Asyikkan diri anda dengan seni Orang asli

Berkunjung ke Albert Namatjira Gallery dan lihat tradisi orang Arrernte di Strehlow Centre dan melihat-lihat seni kontemporari Orang asli di sepanjang Todd Mall yang diperuntukkan untuk pejalan kaki sahaja. Anda boleh membeli seni orang Australia tengah pada harga yang berpatutan semasa Desert Mob Festival pada bulan Ogos/September. Dari lukisan lanskap gurun dengan warna air hinggalah lukisan bintik musim ini, Alice Springs ceria dengan seni Orang asli.

Ormiston Gorge and Pound, NT
Ormiston Gorge and Pound, NT

4. Menjelajah MacDonnell Ranges

Berjalan melalui Ormiston Gorge dan Pound, berkunjung ke Glen Helen Gorge yang menakjubkan dan lihat tempat komet jatuh ke bumi berjuta-juta tahun dahulu di Gosse Bluff. Di West MacDonnell Ranges anda boleh lihat walabi batu di rabung Simpsons Gap dan Standley Chasm bertukar warna garang di bawah sinaran suria pada waktu tengahari. Di East MacDonnell Ranges, pergi meredah belukar, berkhemah dan memandu kenderaan pacuan empat roda, berkunjung ke pekan hantu kerubut emas di Arltunga dan terokai keindahan semula jadi di Trephina Gorge

Simpson Desert, NT
Simpson Desert, NT

5. Terokai Simpson Desert

Kunjungi cenerung batu pasir yang indah dan cenuram di Rainbow Valley di James Range. Lihat tanda yang dibuat oleh peneroka abad Ke-19 di Chambers Pillar dan ukiran batu suci Arrente di Ewaninga Rock Carvings Conservation Reserve. Beli hasil seni Orang asli di komuniti gurun di Titjikala dan St Teresa. Anda akan kagum dengan keajaiban semula jadi, budaya dan sejarah Simpson Desert yang terbentang ke selatan dari Alice Springs menuju ke sempadan South Australia. Apabila merancang perjalanan, ingatlah taman di sini ditutup semasa bulan musim panas kerana cuacanya yang terlalu panas.

Alice Springs

Alice Springs

Berapa lama saya perlukan:
Minimum 2 hari.

Waktu terbaik untuk pergi :
Semasa musim sejuk (Mei – Oktober) ketika cuacanya kurang panas. Sila ingat bahawa tempat ini boleh mencecah suhu yang sangat rendah pada waktu malam di musim sejuk.

 

Idea Australia selanjutnya

Maklumat Lanjut

Anda boleh mendapat maklumat lanjut dengan berkunjung ke laman web Tourism Northern Territory.