Brisbane

Brisbane

Gabungkan seni dan pengembaraan luar di Brisbane, tempat pertemuan institusi budaya South Bank dan restoran dengan taman tepian air serta lagun. Naiki kapal stim kayuh atau feri menyusuri Brisbane River, menakik turun cenuram Kangaroo Point dan berbasikal melalui City Botanic Gardens. Lawatan sehari ke Moreton Island atau tambahkan Noosa, Sunshine Coast dan pedalaman Gold Coast ke jadual lawatan anda.

Bermalas-malas di taman subur di tepi sungai di South Bank kemudian melihat-lihat pasar serta berenang di dalam lagunnya. Tunggang basikal di City Botanic Garden dan turuni cenuram dengan tali di Kangaroo Point. Susuri sungai dengan menaiki bot stim yang menakjubkan atau naik feri berkelajuan tinggi ke perkampungan bandar dalaman yang meriah seperti Bulimba dan New Farm. Apabila anda mengidamkan kebudayaan, bersiar-siar di galeri seni dan muzium serta tonton persembahan oleh Queensland Ballet, Opera atau Orchestra atau lihat teater terkini di Powerhouse. Di pusat bot Moreton Bay and Islands yang berdekatan, anda boleh berenang, berkayak di laut, snorkel melihat terumbu karang, meluncur dengan toboggan menuruni gumuk pasir tertinggi di dunia, sewa bot layar atau bertarung dengan ikan mersuji.

Pastikan anda bergembira sepanjang percutian anda di Brisbane – ibu negeri yang canggih dan cerah cuacanya yang terletak di Sungai Brisbane yang berliku-liku.  Di samping tamannya yang subur dan penduduk tempatan yang bersahaja, bandar ini terkenal dengan budayanya yang tinggi dan terkemuka dengan wain, makanan dan tariannya.  Berbelanja sakan di Queen Street, kemudian tinjau bangunan bersejarah bandar ini.  Makan malam di luar sepanjang lagun berpasir di South Bank dan jelajah khazanah tarikan budayanya.  Lihat mercu tanda Brisbane sambil belayar makan angin di sungai atau dari Mt Cooot-tha Lookout.  Dengar muzik yang dimainkan secara langsung di Fortitude Valley atau rapatkan diri anda dengan alam semula jadi di taman permainan pengembaraan berpasir di Moreton Island.

Brisbane adalah sebuah bandar raya yang suasana kebudayaannya amat terkenal.  Di sinilah anda akan mendapati Pusat Kebudayaan Queensland yang luas di South Bank, yang menjadi hos kepada setiap jenis usaha seni dan pameran bertaraf dunia yang semakin meningkat bilangannya.  Namun khazanah nasional dalam bentuk galeri, muzium, teater dan ruang seni ini hanyalah permulaan.  Tempat kebudayaan paling popular di Brisbane termasuk New Farm dan Fortitude Valley yang eklektik serta banda rayanya, dengan bangunan seni awam dan warisannya.

Jangan tertipu dengan pemandangan Brisbane River yang lebar dan dipinggiri pokok bakau sehingga ke pusat bandar Brisbane. Laluan air yang cantik dan damai ini merupakan latar belakang kepada pelbagai jenis aktiviti luar yang menyeronokkan. Berkayak berbumbungkan langit Brisbane yang berkilauan pada waktu malam atau nikmati panorama bandar ini dan kawasan sekitarnya dari atas Story Bridge. Daki atau menakik turun cenuram tajam di Kangaroo Point atau berjalan, berbasikal atau bermain rollerblade di atas laluan berjalan terapung Brisbane Riverwalk. Selepas itu, berehat sebentar di City Botanic Gardens atau di taman-taman tepi sungai yang subur di South Bank.

Suasana yang santai dan bangunan yang lebih rendah daripada pepohon di sekitarnya, menjadikan syurga sub tropika Noosa sebagai tempat di mana anda boleh benar-benar beristirahat dan bersantai. Namun itu tidak bermakna bahawa tiada aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Noosa membawa glamor pusat peranginan antarabangsa ke pantai yang asli dan belum diterokai, taman negara dan pedalaman yang subur.

Alami sebahagian daripada tarikan pinggir pantai terbesar Queensland- dari Terumbu Sawar Besar yang tersenarai sebagai Warisan Dunia ke pulau dan taman negara hutan hujan yang asli. Pandu kenderaan pacuan empat roda ke Fraser Island, pulau pasir yang terbesar di dunia dan lihat ikan pari manta dan penyu di Mon Repos, berdekatan Bundaberg. Menginap di Rockhampton dan lawati Great Keppel Island dan Capricon Caves. Bersnorkel atau menyelam di terumbu dan bangkai kapal berdekatan Mackay dan belayar di Whitsundays yang seindah poskad bergambar.

Harungi ombak besar di Broadbeach, snorkel melalui bangkai kapal di Main Beach atau berjalan di atas pasir keemasan yang dikelilingi bangunan pencakar langit di Surfers Paradise. Rasai keseronokan anda menunggang tunggangan maya di Dreamworld, berenang dengan dolfin di Sea World dan saksikan pembikinan filem di Warner Bros Movie World. Jelajahi air terjun, hutan hujan, tempat peninjau dan meredah belukar dengan pemandangn yang indah di kawasan pedalaman subur di Gold Coast.

Brisbane merupakan pintu masuk yang baik sekali untuk pergi ke pinggir laut yang indah di Australia timur.  Memandu ke utara Pacific Coast dan berhenti untuk menikmati keindahan tempat peranginan di Noosa atau untuk memandu kenderaan pacuan empat roda atas laluan berpasir di Fraser Island yang tersenarai dalam Warisan Dunia.  Belayar melepasi pulau yang dilitupi hutan menghijau di Whitsundays yang mempesonakan.  Berhenti di Gladstone, Mackay, Rockhampton dan Cairns yang merupakan antara pintu masuk ke Great Barrier Reef yang tersenarai dalam Warisan Dunia dan kaya dengan keindahan yang berwarna-warni.

Gunakan peta untuk menerokia tempat untuk dikunjungi dan aktiviti untuk dilakukan

States
States

Idea Australia selanjutnya