Brisbane dan sekitarnya

Brisbane dan sekitarnya

Bermalas-malas di taman subur di tepi sungai di South Bank kemudian melihat-lihat pasar serta berenang di dalam lagunnya. Tunggang basikal di City Botanic Garden dan turuni cenuram dengan tali di Kangaroo Point. Susuri sungai dengan menaiki bot stim yang menakjubkan atau naik feri berkelajuan tinggi ke perkampungan bandar dalaman yang meriah seperti Bulimba dan New Farm. Apabila anda mengidamkan kebudayaan, bersiar-siar di galeri seni dan muzium serta tonton persembahan oleh Queensland Ballet, Opera atau Orchestra atau lihat teater terkini di Powerhouse. Di pusat bot Moreton Bay and Islands yang berdekatan, anda boleh berenang, berkayak di laut, snorkel melihat terumbu karang, meluncur dengan toboggan menuruni gumuk pasir tertinggi di dunia, sewa bot layar atau bertarung dengan ikan mersuji.

Lima perkara yang mesti anda lakukan di Brisbane:

South Bank, Brisbane, QLD
South Bank, Brisbane, QLD

1. Menyusuri sungai dan beristirehat di taman

Berbasikal berpayungkan pokok makadamia dan bakau di City Botanic Garden atau ber-rollerblade di atas laluan pejalan kaki yang terapung. Kemudian susuri sungai dalam bot stim kayu sambil melihat burung undan dan naga air timur. Berbaring-baring atau berkelah di bawah pokok palma di taman tepi sungai seluas 17 hektar di South Bank. Di sini anda boleh berenang dari lagun dan kolam di Paul Breka Beach, melihat-lihat pasar, berkunjung ke panggung wayang terbuka pada musim panas dan makan di luar di bawah sinaran matahari. Ikut jejak seni Orang asli melalui tanah belukar di Mount Coot-Tha Reserve yang juga merupakan tempat untuk melihat hidupan liar asli serta menikmati pemandangan yang mempesonakan. Di kaki gunung anda boleh bersiar-siar di zon tropika, hutan hujan dan taman Jepun di Brisbane Botanic Garden. Bermesra dengan koala dan berjumpa posum, kanggaru, wombat, emu dan burung lyre di Lone Pine Koala Sanctuary. Hanya naik bas sekejap dari pusat bandar untuk sampai ke sini.

Queensland Art Gallery, Brisbane, QLD
Queensland Art Gallery, Brisbane, QLD

2. Selami budaya dan seni bina

Lihat rangka dinosaur Queensland di Queensland Museum serta hasil kerja artis Australia yang terkenal di Queensland Art Gallery. Kedua-dua tempat ini terletak di Queensland Cultural Centre yang luas di South Bank. Pada waktu malam, kunjungi tingkat pertama di Queensland Performing Arts Centre atau pergi menonton persembahan oleh Queensland Ballet, Opera atau Orchestra. Lihat lakonan, melihat-lihat galeri seni dan makan di luar di ruang industri Powerhouse yang telah diubahsuai dan menjulang tinggi di sungai berwarna perang yang lebar serta kelihatan seperti suasana selepas menghadapi suatu malapetaka dahsyat. Di Brisbane juga terdapat banyak institusi kebudayaan dalam bangunan sivik yang lama tetapi masih elok seperti Customs House, Treasury Building, Brisbane City Hall, Commissariat Store dan Old Mill. Di Brisbane, gereja batu pasir dan rumah Queenslander klasik yang dibina di atas tiang bersatu sempurna dengan bangunan pencakar langit besi dan kaca.

Moreton Bay, Brisbane, QLD
Moreton Bay, QLD

3. Melawat perairan dan pulau di Moreton Bay

Berkayak di laut dari North Stradboke Island atau Moreton Island atau pergi memancing di laut dalam dari Scarborough, Bribie Island, Manly atau Raby Bay Berski jet dan meluncur angin di Redcliffe Peninsula atau meluncur layang di Wellington Point. Menggelongsor turun dari gumuk pasir tertinggi di dunia dengan toboggan atau bugi pasir di Moreton Island. Menyelam skuba bersama ikan berwarna-warni, ketam, batu karang dan penyu di Artificial Reef di Cowan, Flinders Reef dan di dalam bangkai kapal Tangalooma Lihat ikan paus kelasa antara bulan Julai dan Oktober dan dolfin serta dugong sepanjang tahun. Berjumpa dengan kumpulan beruang koala di Victoria Point dan ratusan burung randuk air di Egret Colony dan Boondall Wetland. Berbasikal akua dari Coochiemudlo Island dan kemudian berbasikal lasak (mountain bike) di trek BMX di Cleveland dan Deception Bay. Pandu kenderaan pacuan empat roda di Moreton, North Stradbroke dan Bribie Island. Lihat pokok banyan tertua di Queenland di Cleveland Point, pokok berparut Orang asli dan longgokan buangan di Redland dan Myora Springs serta penempatan lama untuk banduan di St Helena Island.

Brisbane
Brisbane

4. Makan, minum dan berseronok di perkampungan bandar

Dengar muzik yang dimainkan secara langsung, membeli-belah di sepanjang pusat beli-belah luar bangunan yang meriah serta makan ladu Chinatown di Fortitude Valley iaitu pusat kebudayaan Brisbane. Di New Farm yang terletak di sebelahnya, anda boleh melihat orang ramai dari kafe bergaya, membeli gourmet yang enak dari deli terkenal dan berkelah di taman tepi sungai. Makan di gudang yang diubah suai menjadi restoran dan jelajahi ruang industri Powerhouse yang diubahsuai menjadi pusat seni yang kini begitu meriah. Naik feri citycat merentas sungai ke Bulimba Kemudian berkunjung ke Paddington yang cantik dan pergi ke bar, kafe dan restoran popular di Latrobe dan Given Terraces. Kemudian pergi melihat rumah tradisional Queenslander yang bertaburan di bukit-bukau dan di tepi jalan yang lebar. Menyeberang sungai untuk pergi ke restoran funki dan teater rumah seni di West End, kedai di Stones Corner dan kilang bir Queensland yang paling terkenal.

Brisbane, QLD
Kangaroo Point Cliffs, QLD

5. Harungi pengembaraan

Menakik atau mendaki batu di Kangaroo Point Cliffs semasa matahari terbit atau pada waktu malam apabila bandaraya ini berkilau dengan cahaya. Naik Story Bridge untuk mendapatkan pemandangan 360 darjah yang sangat indah. Jatuh bebas dengan melakukan terjunan udara atau terapung di atas bandaraya ini dengan menaiki belon udara panas. Anda juga boleh meluncur seperti burung merentasi Sunshine Coast dengan peluncur motor. Susuri Brisbane River dengan menaiki perahu gondola keemasan, bot stim bersejarah atau sertai pelayaran hidupan liar. Atau sertai pelayaran mewah untuk melihat ikan paus dari Redcliffe Peninsula yang terletak hanya 30 minit utara dari Brisbane. Sertai pelayaran eko melepasi Bribie Island dan Glasshouse Mountain menuju ke Pumicestone Passage Marine Park. Meredah belukar, berenang, memandu kenderaan pacuan empat roda, melihat hidupan liar dan jelajahi gua cacing kalimantang dalam lawatan eko ke Springbrook dan Lamington National Park. Lihat pemandangan bandaraya sambil menunggang Harley Davidson atau pergi menunggang kuda di hutan yang terbentang luas di penjuru bandaraya.

Brisbane

Brisbane

Berapa lama saya perlukan:
Minimum 2 hari

Waktu terbaik untuk pergi :
Walaupun Brisbane merupakan destinasi yang sesuai dilawati sepanjang tahun, namun pada musim sejuk dari bulan Jun hingga Ogos, suhunya sejuk dan nyaman serta hujan turun agak sedikit.

 

Idea Australia selanjutnya

Maklumat Lanjut

Anda boleh mendapat maklumat lanjut dengan berkunjung ke laman web Tourism Queensland.