Tangalooma, Pulau Moreton

Tangalooma, Pulau Moreton

'Tiada yang seumpama menjunam kepala dahulu ke bawah bukit pasir putih panas, angin bertiup menyongsong rambut anda, pasir berterbangan di muka, menggunakan papan badan primitif.'

Claire sukakan keseronokan meluncur turun bukit pasir di Pulau Moreton, yang terletak kurang daripada satu jam dari Brisbane. Ia menawarkan perubahan yang sangat diperlukan daripada kehidupan hariannya yang sangat sibuk di Singapur sebagai pakar bius di hospital kerajaan.

“Hari ‘biasa’ saya bangun kemudian kejutkan anak-anak untuk menghantar mereka ke sekolah. Kemudian tiba masanya untuk ke tempat kerja. Disebabkan waktu kerja yang tidak menentu, anak-anak saya selalunya perlu menjaga diri mereka sendiri. Malam begitu singkat dan sebahagian besarnya diluangkan untuk kerja rumah. Percutian ini merupakan peluang yang jarang diperolehi untuk keluarga meluangkan masa bersama-sama.

Claire bercuti bersama suami dan tiga anaknya ke Pulau Moreton, di mana mereka meluangkan tiga hari di sebuah resort di Tangalooma Beach. Anak-anaknya suka berenang dan berbasikal pada siangnya dan memberi dolfin hidung botol makan dengan tangan di pantai pada petangnya.

“Untuk meluncur ke bawah bukit pasir, suami saya berkata sekali sudah lebih dari cukup untuknya, sementara saya dan anak-anak berpeluh-peluh menuruni dan mendaki semula cerun berulang kali (walaupun dengan pasir di dalam mulut),” kata Claire.

Asalnya sebuah petempatan penal dan stesen menangkap ikan paus, hari ini sebahagian besar Pulau Moreton ialah taman negara, menarik kedua-dua pelancong dan pelawat harian dari Brisbane. Jejak pejalan kaki bersambung ke pantai putih, di sepanjang tanjung tinggi dan ke lagun bercahaya seperti Blue Lagoon dan Honeyeater Lake. Pelawat boleh juga mengembara berjalan kaki ke Cape Moreton untuk melihat rumah api pertama di Queensland yang dibina pada tahun 1857 menggunakan batu pasir pulau ini.

Jauh dari pantai, mereka yang bersnorkel boleh menemui terumbu karang berwarna-warni Flinders Reef dan Tangalooma Wrecks yang berkarat, di mana pelbagai komuniti ikan telah menjadikannya tempat tinggal mereka. Pelawat boleh melihat ikan paus migrasi antara Jun dan November dan hidupan bawah air lain di atas pelayaran penerokaan marin yang beroperasi sepanjang tahun. Aktiviti popular lain di pulau termasuk berjalan kaki dengan pemandu pelancong, lawatan kenderaan pacuan empat roda, penerbangan helikopter, parasailing, berkayak dan bermain jet-ski.

“Ianya sangat mengujakan melihat filem Scooby-Doo dan mengecam resort yang merupakan tempat sebahagian besar filem itu dirakam! Ianya satu percutian keluarga yang menyenangkan,” kata Claire.

Selepas Moreton Island, keluarga itu meluangkan beberapa hari di Gold Coast, menikmati kecanggihan tepian pantai dan “melakukan semua perjalanan wajib”. Daripada roller coaster motosikal Australia kepada kolam ombak gergasi dan stesen pedalaman berskala kecil sekalipun, taman tema Gold Coast mempunyai cukup tarikan untuk menghiburkan seisi keluarga.

Untuk percutian berikutnya, Claire teringin pergi snorkel di Great Barrier Reef atau melawat Tasmania lagi.

“Kali terakhir kami di Tasmania, anak-anak saya masih sangat kecil untuk betul-betul menghargai perjalanan di alam semula jadi,” terangnya.

Tak kira apa jua destinasi, Claire berharap untuk dapat meluangkan masa berkualiti dengan keluarga di Australia.



Baca lebih lanjut mengenai Cerita Percutian Australia

Canberra, bandaraya pencinta alam sekitar
Percutian impian di Gold Coast
Bulan madu Hobart – semuanya tentang lawatan harian
Keajaiban Geologikal di Karijini
Dari Perth ke Pinnacles
Fajar menyingsing di ikon World Heritage Australia
Kembara Australia – dari Red Centre ke Tasmania
Keseronokan keluarga di Margaret River
Keajaiban Kakadu yang sentiasa berubah

Tangalooma, Pulau Moreton
Taman Negara Tasman, Tasmania
Kimberley: cerita Australia yang takkan dilupakan
Valley of The Giants
Percutian Australia yang Hebat
Percutian Tasmania yang boleh diingati
Keseronokan sepanjang Great Ocean Road
Wave Rock: Satu Keajaiban Australia Barat

Idea Australia selanjutnya