Broome

Broome

Broome ialah bandar mutiara eksotik yang terletak di pintu masuk barat ke wilayah Kimberley di Australia Barat. Bandar ini mempunyai sejarah dan budaya seindah landskapnya. Bandar ini terletak jauh ke utara negeri tersebut dan mengambil masa penerbangan selama dua jam setengah untuk sampai dari Perth. Broome merupakan bandar yang kaya dengan warna, budaya dan keistimewaan tersendiri.

Di sini anda boleh membeli mutiara Broome atau berlian merah jambu yang jarang ditemui, atau menunggang unta pada waktu senja di sepanjang pasir putih bersih Cable Beach. Anda juga boleh melawat ke tapak yang pada satu ketika dahulu didiami dinosaur atau melihat burung di Roebuck Bay yang terkenal di persada dunia.

Dua pengembaraan kenderaan pemacu empat roda yang paling hebat dapat ditemui di sini: Savannah Way di antara Broome dan Darwin melalui Kununurra; dan Gibb River Road sepanjang 660 kilometer.

Derby yang terletak di bahagian timur Broome ialah tapak untuk menjelajahi Buccaneer Archipelago iaitu seribu lebih pulau yang bertaburan merentasi Laut Timor.

Kimberley lebih besar daripada gabungan negeri Victoria dan Tasmania serta jarak memandu di antara bandar-bandar besar adalah panjang, jadi anda perlu merancang masa yang lebih untuk lawatan anda.

Kununurra atau 'air besar' dalam bahasa Orang Asli terletak lebih daripada 1000 kilometer dari Broome. Di sini anda dapat menemui batu berbentuk sarang lebah yang misteri di Bungle Bungles yang terletak di Purnululu National Park yang tersenarai dalam tapak Warisan Dunia, gaung berceranggah di Mitchell Plateau dan Horizontal Falls serta seni batu Orang Asli Gwion (Bradshaw) yang tertua di bumi ini.

Langit biru yang luas, tanah yang merah menyala dan landskap belukar yang berceranggah di Broome menyemarakkan lagi pemandangan kawasan pedalaman Australia.

Lihat unta dan keistimewaan tersendiri Broome, bandar pemutiaraan eksotik yang terletak di pintu masuk ke Kimberley. Beli mutiara dan nikmatilah juadah dari pelbagai kewarganegaraan di Chinatown yang pada suatu masa dahulu merupakan sebuah pusat billiard dan sarang pencandu yang sibuk.

See it all in Broome, the remote, romantic pearling port in the north-west corner of the Kimberley. Purchase a pearl in Chinatown, where many of the buildings were built in the exciting early pearling days. Continue the nostalgia in the pearling museum or on an old pearl lugger. ketahui lebih lanjut

Cable Beach di Broome, di kawasan Kimberley Australia Barat, adalah pantai putih bersih sepanjang 22 kilometer yang berlatarkan pinggir bukit merah oker dan dipinggiri perairan Lautan Hindi berwarna biru firus. Tunggangi unta di sepanjang pantai pada waktu matahari naik atau terbenam. Tidak jauh dari Broome, anda boleh menyelami sejarah mutiara dan masyarakat berbilang budaya bandar ini. Membeli-belah mutiara Laut Selatan. Kagumi fenomena semula jadi Staircase to the Moon. Ketahui tentang salah satu budaya tertua di dunia dari masyarakat Orang Asli setempat. Dari menyelam mencari mutiara hinggalah ke tapak kaki dinosaur, sejarah Broome memang menawan.

Hayati penggembaraan lasak di dunia yang luas, dipenuhi tasik, rabung dan banjaran purba, berlian merah jambu yang sukar ditemui dan stesen yang sangat besar. Ada sesuatu pada Kununurra yang liar dan terpencil yang menyemarakkan semangat untuk melakukan penggembaraan lasak, meskipun bagi pengembara yang kurang berani.

Hadapi cabaran pengembaraan lasak pacuan empat roda yang terhebat di Australia dalam perjalanan 660-kilometer melalui Kimberley yang amat luas. Lihat buaya air tawar di Taman Negara Windjana Gorge dan berenang, berjalan kaki di pedalaman atau bushwalk dan berkhemah di Lennard dan Bell Gorge.

Bahagikan di antara padang pasir dan tropika pada pengembaraan kawasan pedalaman yang lasak ini di antara Darwin dan Broome. Anda akan saksikan pokok palma tumbuh dari tebing berwarna merah karat, buaya berjemur dalam gaung dan pokok boab yang berbuah lebat.

Bulan Mei ini, berkunjunglah ke Kununurra untuk Ord Valley Muster, perayaan selama dua minggu mengenai gaya hidup East Kimberley. Anda akan bertemu dengan beribu-ribu orang tempatan yang peramah di lebih 50 acara merentasi landskap kawasan ini yang kasar dan menakjubkan.

Tunggang unta ketika matahari terbenam menyusuri Broome’s Cable Beach dan naik pesawat merentasi Bungle Bungle Ranges yang tinggi. Belayar di Lake Argyle yang besar dan lihat air pasang lebih tinggi daripada bangunan di Buccaneer Archipelago.

Gunakan peta untuk menerokia tempat untuk dikunjungi dan aktiviti untuk dilakukan

States
States

Idea Australia selanjutnya