Broome dan sekitarnya

Broome dan sekitarnya

Lihat unta dan keistimewaan tersendiri Broome, bandar pemutiaraan eksotik yang terletak di pintu masuk ke Kimberley. Beli mutiara dan nikmatilah juadah dari pelbagai kewarganegaraan di Chinatown yang pada suatu masa dahulu merupakan sebuah pusat billiard dan sarang pencandu yang sibuk. Tunggang unta di sepanjang pantai berpasir putih di Cable Beach tempat untuk menyaksikan mentari merah tenggelam ke dalam Lautan Hindi. Lihat kesan tapak kaki dinosaur yang dipelihara dalam batu dan perhatikan burung dari Roebuck Bay. Antara bulan Mac dan Oktober, anda boleh melihat magis romantik ‘Anak tangga menuju ke Bulan’, ilusi berkilauan yang terhasil dari pantulan cahaya bulan yang sedang terbit.

Jangan ketinggalan lima pengalaman ini di Broome:

Cable Beach, WA
Cable Beach, WA

1.Berenang di Cable Beach

Tunggang unta di sepanjang pantai berpasir putih di Cable Beach tempat untuk menyaksikan mentari merah tenggelam ke dalam Lautan Hindi. Dengan pasir putih, air biru yang jernih dan pemandangan matahari terbenam yang indah sepanjang 22 kilometer, tempat ini terkenal sebagai antara pantai paling indah di dunia. Tempat ini mendapat namanya daripada kabel telegraf yang ditanam di antara Broome dan Java pada tahun 1889 dan pantainya sangat sesuai untuk mandi-manda dan menikmati pemandangan yang mempesonakan.

Chinatown, Broome, WA
Chinatown, Broome, WA

2. Nikmati keindahan Chinatown yang berwarna-warni

Bersiar-siar melalui Chinatown yang pada suatu masa dulu merupakan pusat cangkerang mutiara, tempat biliard, tempat hiburan dan sarang pencandu serta rumah pelacuran yang sibuk. Bilik pameran mutiara yang terbaik, kedai runcit dan kafe tepi jalan kini memberikan pengalaman beli-belah yang hebat dan peluang untuk menikmati keindahan baru dan lama di Broome.

Pearl Lugger, Broome, WA
Pearl Lugger, Broome, WA

3. Terokai sejarah pemutiaraan di Broome

Berkunjung ke ladang mutiara atau bawa balik cenderahati yang tak ternilai dari bilik pameran di Chinatown. Broome suatu ketika dulu ialah ibu negeri industri mutiara South-Sea, Australia dan anda akan jumpa banyak tempat untuk membeli mutiara atau selami cerita-cerita lama berkaitan mutiara. Lihat mutiara dikultur di ladang tempatan. Ketahui tentang penyelam mutiara Jepun, Filipina dan Melayu yang tiba di sini beramai-ramai di muzium mutiara tempatan. Lihat batu nisan yang didedikasikan untuk 900 penyelam mutiara Asia di tanah perkuburan Jepun. Atau rasakan drama dan ombak tinggi semasa zaman awal pemutiaraan ketika anda belayar di teluk di Pearl Lugger.

Gantheaume Point, WA
Gantheaume Point, WA

4. Terokai tapak kaki dinosaur dan anak tangga menuju ke bulan

Lihat kesan tapak kaki dinosaur yang berusia 130 juta tahun yang dipelihara dalam batu di Gantheaume Point. Cenuramnya yang berceracak dan airnya yang biru terletak hanya enam kilometer dari Broome. Anda dapat lihat semua ni dari terumbu semasa air surut atau lihat acuan lepa di puncak cenuram. Untuk kejadian semula jadi yang lebih menakjubkan, jangan ketinggalan menyaksikan ‘Anak tangga menuju ke bulan’, ilusi berkilauan dan menakjubkan yang terhasil apabila bulan purnama terbit dan cahaya terpantul di atas air yang semakin surut di Roebuck Bay. Broome meraikan fenomena ini – yang terjadi tiga malam dalam sebulan antara bulan Mac dan Oktober – dengan muzik secara langsung dan pasar di Town Beach.

Roebuck Bay, WA
Roebuck Bay, WA

5. Lihat burung terbang dari Siberia

Kunjungi Broome Bird Observatory di Roebuck Bay dan lihatlah berpuluh ribu burung migrasi terbang dari Siberia antara bulan September dan bulan April. Kawasan ini merupakan habitat kepada lebih kurang 40 peratus jumlah spesies burung di Australia dan anda boleh bertemu beberapa ekor burung ini ketika berjalan di belukar melalui pantai, bakau, benting lumpur, taman tropika dan tanah rumput. Tempat menarik lain untuk melihat burung ialah Entrance Point dan Deepwater Jetty, padang golf Broome dan oval, kawasan pokok bakau bandar ini dan Barred serta Willie Creeks. Walaupun anda bukan pemerhati burung yang sejati, anda tentu akan suka burung yang pandai menyanyi apabila mendengar suara lunak merdu burung ini di Broome.

Broome

Broome

Berapa lama saya perlukan:
Minimum 1 hari

Waktu terbaik untuk pergi :
Broome ialah bandar yang boleh dilawati sepanjang tahun.

 

Idea Australia selanjutnya

Maklumat Lanjut

Anda boleh mendapat maklumat lanjut dengan berkunjung ke laman web Tourism Western Australia