Cairns dan sekitarnya

Cairns dan sekitarnya

Dari bandaraya antarabangsa yang bergaya ini, pulau, hutan hujan dan terumbu di North Queensland tropika berada tidak jauh dari anda. Snorkel, menyelam atau pergi seharian ke Great Barrier Reef yang tersenarai dalam Warisan Dunia kerana pulau terumbu karang dan hidupan marinnya. Nikmati kehebatan Cairns Esplanade yang terletak di hadapan lautan dan berbelanja di restoran, kedai dan bar. Berakit di sungai berdekatan dan naik kereta api serta nikmati pemandangan indah dalam perjalanan ke perkampungan Kuranda yang tenang dan dikelilingi rama-rama. Jangan ketinggalan untuk menyertai lawatan seharian ke Daintree Rainforest yang menakjubkan dan dikatakan sebagai hutan hujan tropika tertua yang masih ada di muka bumi ini.

Lima perkara yang anda mesti lakukan di Cairns:

Cairns, QLD
Cairns, QLD

1. Bersiar-siar di persiaran Cairns

Selami suasana bandaraya tropika yang tenang di Cairns Foreshore Promenade. Di tengah-tengahnya terletak lagun air masin yang berukuran 4,800 meter persegi yang dikelilingi wanita-wanita yang lebih menawan berbanding yang dapat dilihat dalam satu episod Baywatch. Berbasikal, berjalan atau ber-rollerblade di sepanjang Esplanade Walking Trail sepanjang tiga kilometer. . Atau atur langkah anda untuk berjalan-jalan di restoran, bar dan hotel dengan pemandangan dermaga yang cantik.

Great Barrier Reef, QLD
Great Barrier Reef, QLD

2. Menyelam atau snorkel di terumbu

Snorkel, menyelam atau melawat seharian ke Great Barrier Reef yang tersenarai dalam Warisan Dunia kerana keindahan pulau karang, bunga karang dan rumpai laut. Belajar menyelam di salah sebuah sekolah profesional di sekitar Cairns. Jika anda seorang penyelam yang berpengalaman, sertai lawatan seharian ke kawasan laut yang dalam, terowong bawah air dan gua. Lihat batu karang berwarna-warni dan hidupan marin yang sangat banyak dari kapal yang berlantaikan kaca dalam satu lawatan snorkel ke Green Island, Fitzroy Island dan di bahagian luar terumbu.

Tully River, QLD
Tully River, QLD

3. Harungi sungai yang bergelora

Berakit menyusuri Tully River yang ganas, hanya sejam dari selatan Cairns. Sungai ini berliku-liku melalui hutan hujan dengan lebih daripada 45 arus deras, ada arus yang sederhana dan ada arus yang kuat dan ganas. Atau apungkan bot boleh kembung anda menyusuri arus deras Baron River melepasi pemandangan indah di Barron Gorge National Park. Untuk benar-benar mengalami pengembaraan berakit di arus deras ini, naik helikopter ke North Johnstone River dan berakit selama empat hari serta berkelah di kawasan cerang di tepi sungai. Atau nikmati perjalanan yang lebih tenang di Russel River selepas berjalan meredah hutan hujan dan berenang dalam air kolam yang sangat jernih.

Kuranda Scenic Railway, QLD
Kuranda Scenic Railway, QLD

4. Naik kereta api Kuranda Scenic Railway

Mendaki banjaran gunung dan melalui hutan hujan tropika, air terjun dan taman negara semasa perjalanan tenang selama sejam setengah dari Cairns ke Kuranda. Landasan kereta api yang seabad usianya ini membawa anda melihat keajaiban semula jadi seperti Barron Falls dan Stoney Creek Falls serta hasil kerja kejuruteraan bersejarah yang mengagumkan di Barron River Falls Bridge. Di perkampungan hutan hujan yang menarik di Kuranda anda boleh belayar menyusuri sungai, melepasi rama-rama, burung nuri yang terang warnanya, platipus dan buaya air tawar. Atau berjalan di atas laluan kayu melalui hutan hujan yang tersenarai dalam Warisan Dunia menuju ke tempat peninjau Barron Falls. Melihat-lihat pasar tepi jalan, membeli artifak Orang asli dan belajar meniup didgeridoo. Naik Sky Rail untuk kembali ke Cairns dan di sini anda boleh menyambung pengalaman Orang asli anda dengan teater tarian yang terkenal di dunia iaitu Tjapukai.

Daintree Rainforest, QLD
Daintree Rainforest, QLD

5. Melawat Daintree

Sertai lawatan eko menyusuri Daintree River di Daintree Rainforest yang tersenarai dalam Warisan Dunia.. Hutan hujan tropika yang masih ada dan tertua di dunia ini terletak hanya dua jam pemanduan di utara Cairns dan di sinilah terdapat pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan haiwan Australia. Lihat buaya air tawar berjemur di tebing sungai yang dikelilingi pokok bakau dan juga banyak burung tropika dan haiwan yang jarang ditemui. Menjamu selera dengan ikan barramundi segar yang baru ditangkap di perkampungan

Cairns

Cairns

Berapa lama saya perlukan:
Minimum 2 hari

Waktu terbaik untuk pergi :
Cairns ialah destinasi yang boleh dikunjungi sepanjang tahun tetapi bulan yang optimum ialah dari Jun hingga September kerana waktu petangnya berudara segar dan kebolehlihatan air sangat baik pada waktu ini. Antara bulan November dan Mei kehadiran ubur-ubur kotak menghalang orang ramai berenang di laut.

 

Idea Australia selanjutnya

Maklumat Lanjut

Anda boleh mendapat maklumat lanjut dengan berkunjung ke laman web Tourism Queensland.