Canberra

Canberra

Terokai Canberra, ibu negara dan khazanah tarikan nasional Australia.

Rancang percutian Canberra anda menggunakan jadual perjalanan tiga hari, yang menggabungkan muzium dan galeri dan Namadgi National Park yang tersenarai sebagai Warisan Dunia.  Ketahui lebih lanjut mengenai destinasi terkemuka, di mana anda boleh melakukan bushwalk, mendaki batu, mendekati haiwan peribumi dan melihat seni batu Orang Asli.  Kunjungi syurga hidupan liar Tidbinbilla Nature Reserve atau berenang, memancing dan berkhemah di Murrumbidgee River Corridor. 
 
Baca mengenai perjalanan yang anda boleh ambil di  Australian Capital Territory seperti pemanduan Ibu Negara dan Luar Bandar, yang membawa anda melalui kampung kolonial yang aman damai, taman-taman yang indah, ladang anggur, galeri dan kedai antik serta Poachers Trail yang romantik.  Dapatkan akses ke Banjaran Alp Australia yang luas dan bergunung ganang.

Ketahui mengenai bandar raya Australia yang lain atau rancang idea percutian Canberra anda agar selaras dengan acara Canberra.  Pada musim bunga, taman Canberra dihiasi citra warna bunga-bungaan untuk Floriade.   Pada musim luruh, langit Canberra dipenuhi dengan belon berwarna warni untuk Pesta Belon Canberra.

Ketahui budaya, sejarah dan cara hidup Australia di ibu negara kami. Ketahui sejarah politik lampau dan demokrasi moden kami di Old Parliament House dan Parliament House. Ketahui lebih lanjut tentang wira sukan kami di National Institute of Sport and Science dan lihat kilat dihasilkan di Questacon. Sejurus anda selesai meninjau monumen dan galeri, sertai aktiviti luar bangunan yang menarik. Bandaraya terancang ini yang merupakan antara beberapa bandaraya terancang di dunia, terkenal dengan tasik, taman dan hutan belukar di sekitarnya. Di sebalik suasana hijau ini, Canberra juga menawarkan restoran bergaya, bar ceria, butik beli-belah dan pelbagai festival dan acara tanpa henti.

Ambil kursus singkat tentang sejarah dan budaya Australia di Canberra yang merupakan pusat pentadbiran dan politik Australia.  Tugu kebangsaan dan galeri bagi bandar yang terancang dan luas ini kesemuanya terletak dekat antara satu sama lain jadi anda boleh berjalan kaki di jalan yang bercabang keluar dari pesisiran Lake Burley Griffin.   Tinjau politik Australia yang lampau dan budaya kreatifnya sambil anda mengelilingi tasik dan lihatlah sendiri tumbuhan aslinya dalam taman dan tanah belukar.  Berbincang tentang penemuan Australia anda semasa makan malam di Dickson, Civic, Manuka atau Kingston.  Kemudian semaikan rasa cinta anda terhadap alam semula jadi di Namadgi National Park dan anda boleh berjalan, berbasikal, menunggang kuda, memanjat batuan dan mengikuti jejak sejarah Orang asli dan Eropah yang mempesonakan.

Hayati pelbagai koleksi seni Orang Asli yang kaya di National Gallery of Australia. Sejumlah 13 galeri kini mempamerkan lebih 7,500 hasil kerja, dari lukisan gaya dot and bark hinggalah ke warna air, tekstil, cetakan, seramik dan arca. Ayuh masuki bilik yang berbeza, pelajari mengenai landskap, legenda Dreaming dan peristiwa bersejarah yang tersulam rapi dalam setiap tradisi seni. Koleksi penting ini merupakan ungkapan budaya kehidupan yang tertua di dunia yang masih hidup dan berkembang.

Di Canberra, pusat beli-belah tempatan lebih popular daripada pusat beli-belah mega dan label antarabangsa. Bandar ini bercirikan pasar, butik dan ruang runcit yang menjual hasil kraf tangan mengikut wilayah dan makanan serta wain segar dari kawasan perkampungan berhampiran. Anda pasti teruja dengan kerja seni, barang kemas, barangan rumah dan fesyen yang terdapat di sepanjang Lonsdale Street yang meriah atau terokai ratusan gerai di Old Bus Depot Market yang telah memenangi anugerah. Di mana sahaja anda membeli belah di Canberra, anda pasti menemui khazanah tempatan yang pelbagai.

Pada musim luruh, langit Canberra dipenuhi dengan belon udara panas sempena Pesta Belon Canberra dan ibu kota tersebut turut disemarakkan dengan Acara "Membuka Minda: Menghayati Canberra dalam kegemerlapan cahaya baru" sepanjang 3 hari. Selama 9 hari di pagi yang nyaman di bulan Mac, belon-belon udara panas berlepas dari padang Old Parliament House. Saksikan acara menarik dengan beribu-ribu orang membanjiri fiesta ini dan alami sendiri pengalaman berada di dalam belon udara panas. Walau apa jua pun anda lakukan, ia cara yang paling baik untuk memulakan hari-hari anda di Canberra, terutamanya apabila diiringi oleh sarapan panas dan hiburan  menarik.

Melihat Canberra dihidupkan dengan jutaan jenis bunga mekar pada musim bunga di Floriade, sambutan musim bunga Australia. Selama 30 hari yang dipenuhi bau-bauan harum  pada bulan September dan Oktober, batas bunga di Commonwealth Park menjadi kanvas bagi gambar bunga bersaiz besar.  Ini ialah suatu acara bermusim yang berwarna-warni selain daripada kawasan hijau terbuka dan taman asli Canberra.  Nikmatilah pemandangan dengan bunga berwarna-warni ini sambil melihat-lihat pasar yang sibuk dan gerai gourmet serta menghadiri bengkel, pameran dan konsert yang diadakan secara langsung.

Alami kemesraan dan jamu selera bertemankan unggun api pada musim dingin. Itulah panggilan Pesta Fireside, yang diadakan di Canberra dan kampung-kampung berhampiran, seperti Yass, Hall, Murrumbateman dan Gundaroo setiap Ogos. Atur cara yang berlangsung selama sebulan ini menjanjikan makanan, wain dan hiburan yang mampu menyemarakkan semangat anda di samping api yang dapat memanaskan suasana yang dingin.

Suasana Murrumbidgee Corridor yang mudah dikunjungi dari Canberra dan kaya dengan alam semula jadi pasti memukau sesiapa sahaja. Pelbagai aktiviti riadah yang berkaitan alam semula jadi boleh dilakukan di sepanjang sungai ini yang merupakan sebahagian dari sungai utama sepanjang 1,600km dari pergunungan Alps Australia. Berjalan-jalanlah di sekitar  Uriarra Crossing atau Tharwa. Bagi mereka yang gemarkan cabaran, cubalah menawan laluan  Murrumbidgee Discovery Track sepanjang 27km.

Hanya 40 minit dari Canberra ke lembah yang sarat dengan hutan ini, yang berada di antara Gibraltar dan Tidbinbilla Ranges di Banjaran Australia utara.  Seperti kejiranan Taman Negara Namadgi, ini secara tidak langsung tidak mengganggu hidupan liar dan jejak sejarah penduduk Asli.   Anda akan merasai perjalanan yang jauh dari ketamadunan apabila anda mengambil peta di pusat pelawat dan melihat emu yang berjalan mendada, kanggaru sedang meragut, walabi dan burung kakak tua.  Ia merupakan tempat yang hebat untuk menghabiskan hari di musim panas.

Rentasi tiga negeri, empat taman negara dan antara puncak tertinggi di Australia semasa berjalan mengikut laluan yang panjang dan mencabar ini. Jejak ini mengikut rabung Alps Australia untuk 650 kilometer, dari Walhalla di Victoria ke Tharwa di selatan Canberra. Jelajahi Baw Baw Plateau, Mt Howitt, Bogong High Plains dan Cobberras di Victoria. Rentasi gunung yang berceranggah di Taman Negara Kosciuszko di New South Wales dan tanah gersang Taman Negara Namadgi berdekatan Canberra. Dirikan khemah di kawasan liar, tinggal di kawasan perkhemahan, pondok bersejarah atau di tempat peranginan alp berhampiran kepada laluan.

Gunakan peta untuk menerokia tempat untuk dikunjungi dan aktiviti untuk dilakukan

States
States

Idea Australia selanjutnya