Canberra, bandaraya pencinta alam sekitar

Canberra, bandaraya pencinta alam sekitar

'Tiada yang seumpama hutan belantara dan haiwan liar, serta rakyat yang peramah seperti di Canberra. Saya suka Australia! Tiada yang seumpamanya di dunia ini!'

Genevieve belajar untuk lebih menghargai alam semula jadi semasa tiga tahunnya sebagai pelajar di Canberra, ibu negeri Australia yang dipagari hutan belantara. Setelah meninggalkan Singapura yang sibuk, sedikit demi sedikit Genevieve mula menyukai pengembaraan luar Australia, daripada berjalan dan berbasikal kepada meluncur papan salji.

Dia mengambil gambar ini daripada salah satu “perjalanan paling diingati” – kembara berjalan kaki ke kampung yang menenangkan di Tharwa bersama rakan-rakan baiknya Katherine dan Mei. Mereka bertiga telah keluar pada hari yang mendung dan terpaksa meredah hujan batu ketika tiba di Corin Forest.

“Tidak dihalang oleh cuaca, dan berbekalkan baju hujan dan payung, kami bertiga meneruskan kembara jalan kaki ke atas dataran batu. Perjalanan tersebut telah menunjukkan betapa kawan-kawan saya berfikiran terbuka, dengan setiap orang saling mengambil berat antara satu sama lain sepanjang pendakian. “Kami tidak dapat menikmati pemandangan oleh sebab awan yang tebal, tetapi hujan batu akhirnya berhenti dan kami dapat menikmati perkelahan yang menarik di puncak dan sangat menikmati kehadiran satu sama lain,” kata Genevieve.

“Kawan saya mengambil gambar saya bernafas di ‘awan’ kerana saya kelihatan seperti sedang menghirup udara segar”. Walaupun ia hanya perjalanan sehari yang singkat, berada di sekeliling hutan belantara asli dan kawan-kawan Australia menjadikannya betul-betul sebuah percutian Australia yang hebat. ”

Perjalanan mereka merentasi sebahagian daripada Namadgi National Park, yang terletak di Australian Alps, 45 minit perjalanan dari Canberra. Taman ini terkenal untuk kembara hutan berjalan kaki, berbasikal menaiki bukit dan pendakian, dengan banyak singkapan batuan granit untuk dipanjat. Sepertimana Tidbinbilla Nature Reserve bersebelahan, Namadgi juga merupakan tempat asal kepada kesan peninggalan yang banyak dan masih elok daripada suku Orang Asli Ngunnawal, yang hidup di sini lebih 20,000 tahun dahulu.

Selain tempat perlindungan semula jadi ini, Canberra juga diliputi dengan hutan belantara, dengan 27 hutan rizab berasingan yang membentuk Canberra Nature Park. Genevieve mempunyai kenangan yang indah melihat kanggaru melompat melewati mereka semasa mendaki Mt Ainslie, salah satu di antara destinasi terkenal di dalam taman ini.

Genevieve turut menerokai bahagian lain Australia dari Canberra. Dia menaiki kereta api ke Brisbane dan memandu ke Mornington Peninsula, berdekatan Melbourne. Bersama sekumpulan kawan-kawan, Genevieve pergi meluncur salji di Mt Kosciuszko dan mencuba wain di Australia Selatan.

“Ditempatkan di Canberra memberikan saya peluang makan di restoran-restoran hebat di Canberra, Melbourne dan Sydney,” kata Genevieve, yang telah sedikit demi sedikit menyesuaikan diri kembali dengan kehidupan serba pantas di Singapura selepas tamat pengajian.

Hari ini, dia menyukai aktiviti luar seperti bermain golf atau berbasikal “lebih daripada sebelumnya” dan sedang merancang percutian Australia yang seterusnya.

“Saya sangat teringin mengembara ke Northern Territory, kerana saya belum lagi sampai ke sana sebelum ini.” Saya teringin menghargai tapak Orang Asli yang terpelihara baik dan cerita Dreaming. Saya juga teringin memandu merentasi gurun dari Perth ke Canberra, untuk mendapatkan pengalaman Australia yang unik dan melawat kawan-kawan saya di Canberra pada penghujungnya,” kata Genevieve.



Baca lebih lanjut mengenai Cerita Percutian Australia

Canberra, bandaraya pencinta alam sekitar
Percutian impian di Gold Coast
Bulan madu Hobart – semuanya tentang lawatan harian
Keajaiban Geologikal di Karijini
Dari Perth ke Pinnacles
Fajar menyingsing di ikon World Heritage Australia
Kembara Australia – dari Red Centre ke Tasmania
Keseronokan keluarga di Margaret River
Keajaiban Kakadu yang sentiasa berubah

Tangalooma, Pulau Moreton
Taman Negara Tasman, Tasmania
Kimberley: cerita Australia yang takkan dilupakan
Valley of The Giants
Percutian Australia yang Hebat
Percutian Tasmania yang boleh diingati
Keseronokan sepanjang Great Ocean Road
Wave Rock: Satu Keajaiban Australia Barat

Idea Australia selanjutnya