Canberra dan sekitarnya

Canberra dan sekitarnya

Ketahui budaya, sejarah dan cara hidup Australia di ibu negara kami. Ketahui sejarah politik lampau dan demokrasi moden kami di Old Parliament House dan Parliament House. Ketahui lebih lanjut tentang wira sukan kami di National Institute of Sport and Science dan lihat kilat dihasilkan di Questacon. Sejurus anda selesai meninjau monumen dan galeri, sertai aktiviti luar bangunan yang menarik. Bandaraya terancang ini yang merupakan antara beberapa bandaraya terancang di dunia, terkenal dengan tasik, taman dan hutan belukar di sekitarnya. Di sebalik suasana hijau ini, Canberra juga menawarkan restoran bergaya, bar ceria, butik beli-belah dan pelbagai festival dan acara tanpa henti.

Lima perkara untuk dinikmati di Canberra:

Parliament House, ACT
Parliament House, ACT

1. Tarikan utama: melawat monumen untuk Australia yang moden

Bandingkan politik Australia masa lampau dengan kerajaan demokrasi moden kami di Old Parliament House dan Parliament House. Atau lihat Australia melalui pandangan pelukis kami di National Gallery of Australia. Untuk keseronokan interaktif dan mesra keluarga, jangan ketinggalan melawat National Museum of Australia dan The National Science and Technology Centre. Anda boleh ketahui sejarah tentera kami di Australian War Memorial atau rahsia kejayaan wira sukan kami di Australian Institute of Sport. Kaji rekod, foto dan cerita di National Library dan lihat perlembagaan pertama Australia di National Archives. Anda boleh selami pameran budaya, sejarah dan cara hidup Australia dalam khazanah tarikan negara Canberra.

Floriade, ACT
Floriade, ACT

2. Festival hebat: dari belon udara panas hingga ke kereta berasap

Mulakan tahun anda dengan bau tayar terbakar di pertunjukan kereta di Summernats pada bulan Januari atau menyambut Hari Australia dengan hiburan sepanjang dua hari tanpa henti Termasuk pertandingan kriket dan muzik secara langsung di tapak Bangunan Parlimen. Sertai Perdana Menteri Australia dan Gabenor Jeneral dalam upacara peringatan Hari Anzac di Memorial Perang Australia. Pada musim luruh, langit Canberra akan dipenuhi dengan belon udara panas sempena Pesta Belon Canberra. Ibu kota tersebut turut disemarakkan dengan Acara "Membuka Minda: Menghayati Canberra dalam gemerlap cahaya baru" sepanjang 3 hari dan Pesta Canberra. Pada musim dingin, anda boleh mengalami kemesraan dan menjamu selera sempena Pesta Fireside di kawasan desa Canberra. Pada musim bunga, taman-taman di Canberra dihidupkan dengan warna-warna dan keharuman Floriade, sambutan musim bunga Australia.

Canberra, ACT
Canberra, ACT

3. Pelbagai jenis sukan: nak tonton atau main

Lawati Australian Institute of Sport bersama dengan seorang atlet elit. Anda juga boleh menguji keupayaan diri anda dengan berdayung, bermain bola keranjang menggunakan kerusi roda dan bola sepak maya di pameran Sportex yang interaktif. Tonton liga ragbi terkenal di Canberra dan pasukan negara bersaing di Canberra Stadium atau tonton perlawanan kriket atau pemainan bola sepak Australia di Manuka Oval yang bersejarah. Jika anda seorang peminat sukan lumba kereta, pergilah ke festival kereta Summernats dan Subaru Rally. Teringin untuk turut serta bersukan? Bermain golf di salah sebuah padang golf terbaik di Canberra dan di sini anda dapat lihat kanggaru berehat di atas rumput sambil anda bermain. Atau meluncur dengan paraglider, melakukan terjunan udara, meredah belukar, menakik, memasuki gua, mendaki ngarai dan berbasikal lasak di hutan belukar Canberra Nature Park.

Ngunnawal Rockart, ACT
Ngunnawal Rockart, ACT

4. Namadgi: taman negara yang kaya

Ikuti Yerrabi Walking Track yang menawarkan pemandangan hutan belantara Bimberi yang sukar dan mengagumkan. Ianya merupakan rumah kepada sesetengah ekosistem yang kurang gangguan di Banjaran Alp Australia. Atau terokai hutan pokok gam salji dan pokok alpin abu di laluan pejalan kaki di Square Rock. Memandu kenderaan pacuan empat roda ke puncak Mt Coree, memancing di anak sungai yang penuh dengan ikan trout dan berski merentas desa di cerun bukit pada musim sejuk. Lihat kanggaru, walabi dan katak corroboree utara dan jelajahi hutan jarang yang dipenuhi pokok gam salji, tanah lembap dan dataran yang dipenuhi bunga liar. Lihat tapak perkhemahan, tapak susunan batu istiadat dan seni batu yang ditinggalkan oleh orang Ngunnawal ribuan tahun dahulu. Kemudian ikut jejak ahli pastoral dan pemburu emas serta lihat memorial untuk stesen penjejak ruang Apollo di Honeysuckle Creek.

Poachers Trail
Poachers Trail, ACT

5. Makanan dan wain: di Poachers Trail

Ikut Poachers Trail menuju ke sesetengah daripada 140 buah ladang anggur dan 33 buah kilang wain yang bertaburan di kawasan desa yang aman hanya di luar Canberra. Pakai but getah dan berjalan melalui ladang anggur dan ketahui tentang faktor yang membentuk gaya hidup yang pelbagai di kawasan ini – dari sangiovese ke riesling, chardonnay, pinot noir dan shiraz. Singgah di ladang untuk membeli keju, minyak, cutni, jem, daging salai kayu dan wain buatan sendiri. Atau minum sebotol wain vintaj tahun lalu dan makan piza yang dibakar atas dapur kayu di kilang wain. Berkunjung ke studio dan galeri tempatan yang mempamerkan seni buatan tangan, barang kaca dan tembikar. Pada penghujung hari, berehat di butik inap dan sarapan, rumah ladang bersejarah atau rumah desa mewah yang menyeronokkan.

Canberra

Canberra

Berapa lama saya perlukan:
2 - 3 hari

Waktu terbaik untuk pergi :
Canberra merupakan tempat yang boleh dilawati sepanjang tahun tetapi Musim Bunga dan Musim Luruh khususnya amat cantik.

 

Idea Australia selanjutnya

Maklumat Lanjut

Anda boleh mendapat maklumat lanjut dengan berkunjung ke laman web Australian Capital Tourism.